Thursday, March 22, 2012

Misi menjadi Master!

Selepas tamatkan degree tak pernah terlintas untuk aku sambung Master dan aku sangat admire kawan-kawan seperjuangan (JKKP UKM 2008-2008) yang sambung Master walau apapun alasan mereka.Nak menghabiskan degree pun dah separuh nyawa inikan pulak nak habiskan separuh lagi nyawa untuk buat Master, kan?

Tapi, Allah itu Maha Merancang dan Maha Mengatur, tiba giliran aku untuk buat Master. So, here I am.

After hampir 6 bulan dekat UTP, dapat jugak surat tawaran untuk buat Master dari Registry. Permohonan tu aku/kami isi lebih kurang 3 bulan lepas. So, Early next month dah boleh daftar. Tapi kena guna duit sendiri dulu untuk basic registration (approx. RM400) dan yuran mungkin (ya! Mungkin!) akan ditanggung oleh KPT kalau permohonan untuk MyMaster tu lulus.

Dalam Aku dengan Dhati duk menunggu surat offer yang lambat keluar dekat Registry tu agak bimbang kalau-kalau kami diterima untuk intake Mei 2012 yang mana kalau terjadi macam tu akan ada masalah kemudian hari memandangkan kontrak RO akan habis lebih awal dari study. So, mana nak cekau duit belanja bulan-bulan kan?

Lepas 2 3 kali duk usha-usha dekat kaunter registry, dan harus la sangat segan dekat akak yang serve dekat kaunter tu (walaupun itu memang keje dia), akhirnya SV kami yang sangat caring tu call PIC bahagian Registry tu, En Tajul nama dia, untuk cepatkan offer letter kami. Ingatkan cepatkan dalam minggu depan, skali petang semalam jugak dapat.Dan-dan tu jugak diorang print-kan. Nampak sangat teori kabel-kabel orang dalam ni memang la tersangat benar. Korang ingat kalau Sv kitorang tak call semalam, diorang nak terus print ke? Aku ingat tak kot...

Anyway, offer letter tu sangat penting untuk kitorang apply sponsorship daripada KPT. Kalau offer letter lambat, lagi la lambat nak dapat sponsor kan sebab next application process adalah pada bulan Julai. Kami nak jugak kejar untuk bulan April ni.

Bila dah cek-cek terms dekat MyBrain punya website, diorang boleh tanggung aku untuk RM10,000 je (tu pon kalau InsyaAllah dapat). Baki yuran yang lagi 3 ribu tu sape nak bayar kan? Seboleh-boleh tak nak bayar sendiri kan..
So, Lepas dah bincang-bincang dengan SV, dia suruh kami tanya dekat PG office untuk scheme GA (Graduate Assistance kot kalau tak silap aku) untuk mintak UTP bayar baki yuran TAPI dengan SYARAT kami kena serve UTP. Caranya dengan jadi tutor, atau demo atau bantu lecturer marking paper ke ape. Terpulang pada keadaan.

So, kami pegi la kat PG office tu. Yang klakarnye kami tak tau mana PG office tu sebab
semua orang duk panggil CGS (Cente for Graduate Study), padahal dah selalu pergi. Kami student-student ni panggil PG office. Nasibla bila dah pergi tu jumpa dengan Pn Kamaliah yang sangat sweet dan ramah dan baik dan menyenangkan dan segala jenis dan la...hehehe. So, bila dan bincang, katanya kami hanya perlu mohon jadi GA bila duit sponsor KPT dan habis. Bukannya sekarang. Fuhhhh!! Lega....

Tapi bila aku pikir-pikir balik, bila dah akhir-akhir sem nanti mesti sibuk nak writing thesis nak buat report segala bagai kan? Mesti busy jugak nak buat kerja GA tu..mm..kite tengok la macam mana. Harap-harap tak berat sangat.

So, bila peluh-peluh jantan betina semua dah keluar lepas dah kesana-kemari, tiba la masa untuk melampiaskan nafsu makan. hehehe.. Prinsip aku, sibuk macam mana pon, makan tetap makan.

Jadi sekarang, tinggal nak hantar segala dokumen untuk MyBrain (by online) dengan harapan permohonan berjaya la hendaknya. Doa-doakan la ya!

Oh ya, nanti kena buat medical check-up untuk hantar skali dengan permohonan. Mana nak cari tempat buat check-up yang murah dan cepat, ya? Kalau free lagi bagus.. baru betul-betul ho liau!!

Agak-agak ade tak beza bila dah bergelar PG student nanti ek?? Ke same je suka baca blog? hahahaha... Dahla semalam dah kantoi main FB. Padan muka aku! Kite tunggu dan lihat je ye..

Babai!

No comments:

Post a Comment