Monday, March 26, 2012

[Heran] Macamane cikgu kat sekolah boleh jadi cikgu?

Aku pernah jadi guru.
Aku pernah mengajar di kawasan pedalaman yang berada hampir dengan Taman Negara.
Aku pernah mengajar di kalangan mereka yang aku tak faham bahasa pertuturannya.
Aku pernah mengajar kelas dengan 4 orang pelajar sahaja tapi riuhnya macam 40 orang.
Aku pernah mengajar kelas dengan jumlah maksimum 30 murid.

Tapi.

Aku tak pernah faham macamana nak jadi cikgu yang berjawatan tetap yang boleh kawal
murid yang sentiasa hyperaktif dengan macam-macam perangai setiap hari. Ya, setiap hari.

Salute spring!! Toing-toing-toing...

Sekarang aku involve dengan dunia mengajar ni sebab aku mengajar tuisyen. Budak darjah 2 dan darjah 3. Walaupun sekali seminggu, cukup untuk buat aku sedar, berat sebenarnya tugas seorang guru nih. Bukannya aku tak sedar selama ini, cuma aku dah lupa betapa susahnya nak jadi cikgu (lepas aku dah tamat kontrak dulu).

Aku mengajar tuisyen 2 jam je seminggu tapi penat berdiri selama 2 jam aku rase membakar malah boleh membengkokkan tulang belakang. Macamana kawan-kawan aku yang jadi cikgu boleh bertahan berdiri hampir separuh hari di depan kelas?

Belum lagi dengan karenah budak yang belum siap kerja pergi join kawan-kawan yang dah siap kerja, malah dia yang lagi kuat sembang macam dia paling terror. Aku tak pandang rendah/marah cuma aku hilang strategi untuk kontrol budak macam tu. Macamane korang buat ek?

Sebab aku rasa tanggungjawab guru tuisyen sama besar dengan cikgu kat sekolah. Ye lah cikgu kat sekolah kena buat kerja admin lagi, aku takde keje admin. Lagipon kalau mak bapak hantar anak2 tuisyen ni mesti lah nak anak diorang lagi pandai dari kawan-kawan lain yang tak gi tuisyen. Tu yang buat aku rasa takut kalau apa yang aku ajar diorang tak faham atau tak boleh terima.



p/s: kalau boleh aku tak nak hantar anak aku pergi tuisyen sebab aku kurang yakin dengan konsep tuisyen. walaupun aku ajar tuisyen.

No comments:

Post a Comment