Saturday, October 26, 2013

My not-gentle-at-all birth story

No comments:

Kalau nak cerita pasal dream birthing memang aku ada wishlist aku sendiri. Like: no epidural, no episiotomy, normal delivery, no caeser, tak de nak induce labour, exclusive skin-to-skin with baby right after delivery and delay cord clamping which are memang susah nak dapat kalau beranak kat hospital kerajaan.

Tapi kita yang merancang dengan rancangan2 yang boombastic ni tak boleh nak lawan rancangan Allah untuk kita. Yang pasti semuanya untuk uji kekuatan, kesabaran dan kebergantungan kite kepada-Nya. Insaf jap.


Previous entry dah cerita pasal aku punya stress menunggu ketibaan baby yang tak kunjung tiba pada tarikh due tu.

Well, nak dijadikan cerita 2 3 hari sebelum melahirkan aku perasan dekat miss V ada gatal-gatal plus keputihan yang luar biase sampai berkeping-keping, tapi refuse untuk pergi klinik untuk cek sebab rasa macam malas dah nak ulang alik klinik. Buang masa. Buang duit. *aku menyesal tak sudah sebab tak pergi klinik masa ni. I'll tell you why, later.

On 10/9/13 -- pagi terasa macam ada contraction yang kerap tapi irregular. Nak record time contraction guna apps pon macam terconfuse-confuse. Masa ni duk rumah mak mertua. Then semua decide nak hantar masuk wad je since sekarang pon dah overdue sampai 9 hari. Elok-elok bersiap nak pergi hospital lepas lunch ada la pulak pakcik van pelamin call bagitau nak hantar pelamin adik yang nak kawin lagi 3 hari. Tunggu dia datang dulu, petang baru sampai hospital dan terus admit ke wad. Masa admission, doc perform VE, masih 2 cm yang terbukak. Plus dia swipe sample gatal kat miss V.

11/9/13 -- Pagi lepas doc round wad, aku termasuk dalam senarai untuk induce. Aku terpaksa pasrah je sebab bimbangkan baby plus baby gerak dah makin selow plak rasanya. LEbih kurang jam 9.00 pg diorang masukkan ubat sebijik melalui vagina untuk induce labour. Masa ni tak sakit lagi. Still okay.

Tengahari dah stat rasa sakit siket-siket terus call suami. Daripada tengahari sampai ke petang tu aku rasa paling lama masa berjalan yang aku pernah rasakan. Contraction dah makin kerap. Tapi bila cek jalan masih tak gerak sangat. Yang tak bestnya, tenaga dah makin kurang. Bila contraction datang, aku jadi sakit. Bila contraction berhenti, terus aku rasa mengantuk dan tak larat langsung nak bukak mata. Masa sakit tu memang suami cakap aku garang giler siap marah-marah dia suapkan makanan. Mintak dia urut-urut dekat pinggang. Petang tu ramai yang datang melawat tapi aku memang tak larat giler nak layan sebab sakit teramat sangat. Tak boleh nak gambarkan macamana sakitnya. Suami je duk buat lawak tak sudah-sudah.

Dekat maghrib tu, terasa nak mandi. Mintak Mama temankan aku mandi. Kononnya nak bagi fresh, sekali aku dilanda sejuk macam nak demam. Hingus plak berkumpul dalam hidung dan sesak dada. Batuk-batuk pon ade. Bimbang la kan macamana nak meneran nanti.

Malam tu mintak nurse cek jalan sekali lagi. Sebab dia cakap sebelum ni, tunggu LR panggil tapi tak panggil-panggil. Bila cek jalan, bukaan 4-5 cm. Terus suami gertak, hantar je ke LR sebab dah tak tahan sangat. Dia pon okay. Masa masuk LR dalam 9.30 malam.

Masa masuk LR suami belum temankan lagi. Pukul 10malam aku request suami masuk untuk temankan plus takde sape nak tolong urutkan pinggang time contraction datang menyerang. 

Masa sakit-sakit tu syukur sangat ada suami kat sebelah tolong bagi support. Dia yang suruh baca Surah Al-Insyirah dan doa Nabi Yunus berulang-ulang. Dia tak putus-putus doakan aku supaya cepat dan senang bersalin. Masa ni memang tak kesah doc nak cek jalan berkali-kali dan berapa ramai doc nak interfere. ctg yang diorang pasal kat perut detect jantung baby yang semakin lemah. Last cek bukaan 7 cm tak gerak-gerak ke 10cm. Tak pasti kenapa. Sampai doc bimbang keadaan baby yang makin lemah. Diorang suggest untuk operate. Aku dan suami terpaksa setuju sebab dah tak larat dan siket putus asa pon ada. Siap sign surat kebenaran untuk operation. Masa tu suami call Mak dan Mama. Semua emotional.

Tapi OT pulak lambat nak prepare sebab penuh. Sementara diorang siapkan OT, ada nurse suruh aku mengiring dan kepitkan peha. Bila contracction, dia suruh aku teran je sekuat hati. 

Masa ni aku tekad nak teran baby. bila contraction datang kali ke 2 aku terus teran sekuat hati sampai ter-pop kepala baby keluar siket. Terus aku jerit dekat nurse rase macam kepala baby dah keluar. Bila nurse check memang dah nampak rambut baby. Terus semua doctors and nurses datang kat aku. Diorang decide untuk guna vacuum sebab aku dah letih dan baby dah lemah. Masa ni suami terpaksa keluar LR (ikut procedure). Masa kali ke 3 diaorang tarik guna vacuum plus ku teran, terus keluar kepala baby.

Once kepala baby dah keluar, masa ni la hilang serta-merta semua sakit yang aku rase dari tengahari tadi. Perasaan best tu memang superb and amazing sangat tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Sampaikan aku cakap dalam hati, bestnya beranak..rase nak beranak lagi.. hahahaha... masa sakit sebelum tu siap tobat tak nak ngandung dah. Hamek ko.. Sedap rupanya beranak ni..

Bila baby keluar diorang tunjukkan kat aku jantina baby. Nampak la bibird dia yang cute tu.huhu... Aku tak sempat nak skin-to-skin sebab diorang terus bawak baby ke NICU sebab baby tak menangis sangat (lemas). Actually bila baby menangis dia akan tarik oksigen sampai ke otak. Since baby izz tak menangis, oksigen tak berapa sampai ke otak. 

Time ni aku dah sangat letih cuma baring je menunggu nurse keluarkan placenta lepas tu doc jahit luka hidup-hidup tanpa bius. Siap rasa lagi benang tu ditarik-tarik. Btw, doc yang bidankan aku tu schoolmate aku dulu. Rase okay la siket. 

Lepas dia nurse dah bersihkan aku semua, kena stay dalam LR yang sejuk tu selama 2 jam untuk habiskan drip. Masa ni la boleh rehat dan lelapkan mata. Tak sampai sejam tido, suami datang kejutkan aku dengan muka happy dan bahagia. Bahagia sebab anak dia comel. Dia pon tak sangka anak dia comel. huhu... Masa ni rase terharu sangat.. walaupun baby terpaksa duk NICU, still rasa bersyukur sebab yang dinantikan selama ni dah dapat.

Kesimpulannya, I ended up induced for labour, vacuum birthing, with episiotomy, plus ubat tahan sakit (lupa nama dia) and no skin-to-skin let alone to delay the cord clamping. As long as my baby is okay, it worth all the pain. 

Well, I guess sampai sini dulu... Nanti sambung citer baby dekat wad.

daa...






Thursday, October 24, 2013

Muhammad Izz Rizqi bin Mohd Zulhilman

No comments:

After 40 weeks and 10 days in my tummy, 12th of September 2013 marked the bornday of my first son at 1.25 am. Named Muhammad Izz Riqzi bin Mohd Zulhilman, registered by his Ayah on the 7th day of his birth.


Here's the picture of our sweet little precious,



# Gambar ni diambil dalam wad selepas di-transfer daripada NICU. Semua baby pon pakai baju pink. Sweet lol.


# He look sweet in green. Green seem suitable with his skin tone. I'll show you later, baju masa cukur jambul pon hijau jugak.


Anyway, maaf for very super-duper long hiatus. Sejak sebelum deliver sampai la dah masuk hari ke 43 hari ni. Baru nak update gambar dan post bagai. 


Next post pasal my not-so-gentle birth story B-)

Keep on reading ya!