Friday, March 29, 2013

Baby sedang week 17

No comments:

Banyak sebenarnya nak update kat sini walaupun ada deadline untuk siapkan simulation dan siapkan paper pembetulan. Ye la sebab 3 bulan pertama tahun 2013 ni banyak masa dihabiskan dengan tidur dan berehat kat rumah dengan  tujuan tak berlaku keguguran seperti sebelumnya. Sekarang SV pun dah siap warning untuk siapkan kerja cepat-cepat sebelum deliver nanti, dan baby pun rasenya dah semakin sihat dan progress. Macam happy je duk dalam perut mummy, hehe.. 

So, sekarang dah boleh fokus balik dengan kerja. Awal tahun aritu rase macam nak differ je satu sem, tapi pikir-pikir balik nasib la tak differ, sebab nanti bersalin nak cuti lagi. Gaji dahle bergantung dengan duit geran, nanti dah hujung tahun geran dah expired, gaji takde, keje tak siap, mati den. Oh tidak!

*sekarang nak masukkan gambar scan terbaru baby tapi lupa bawak cabel -.-"



**Ni nak sambung update selepas 2/3 hari tergendala. #memang nak kena ketuk kepala kan?




Ini gambar scan baby yang sangat nampak kan? Actually gambar scan ni diambil pada 18/3/2013.

Sepatutnya appointment di KK hanya untuk rutin pemeriksaan seperti biasa tanpa scan (doctor tak ada, nurse tak boleh tolong scan, I guess!), tapi memandangkan sedah masuk 16 minggu (minggu lepas) and berat badan saya tak naik-naik sejak mula mengandung, steady je 60kg. Jadi nurse cakap boleh kalau nak gi scan kat klinik biasa.

Dan, sempat la berkejar ke klinik untuk scan baby. Daripada gambar scan tu dah boleh nampak kepala, badan dan jugak kaki baby. Masalahnya, time scan ni saya tak boleh nampak monitor sebab wayar tu pendek, so monitor tak boleh pusing. Cuma si Ayah je yang boleh tengok baby.

Pengalaman paling best masa ni sebab baby dah boleh bergerak. Masa mula-mula Dr scan baby tak gerak lagi. Lepas kejap, baby terkejut (nampak sangat badan baby terkejut macam kena cucuk kat pinggang, haha) dan terus hisap jari. Hehe.. untung Ayah dapat tengok baby dulu dari mummy. hehe.. Masa ni Dr ni sempat say Hi! dekat baby, cute kan.. hehe...

Dan yang paling penting, baby sihat dan berat baby juga progress. And for my own record baby sekarang:

Minggu: 16W5D
Berat baby: 146.5 g
Panjang baby: 38mm (BPD), 132mm (HC), 106mm (AC), 18mm (FL)

*actually saya tak sure ape maksud ukuran panjang baby yang pelbagai tu, jap lemme google..

BPD= biparietal diameter (ni tak sure ape.. bawah ni penerangan dia:)

 "The BPD is measured from the outer edge of the nearer parietal bone to the inner edge of the more distant parietal bone"

HC= head circumference (ukurlilit kepala)
AC= abdominal circumference (ukurlilit badan)
FL= femur length (panjang kaki)

source: http://www.baby2see.com/medical/charts.html
              http://www.baby2see.com/medical/charts.html#Femur_Humerus

Dekat link ni ada disediakan calculator dan jugak measurement chart for baby/fetal growth. Boleh la check sendiri okay!

Saya sekarang sedang tunggu tarikh 9/4/2013 untuk scan baby sekali lagi, dengan Dr dekat KK. Boleh la saya tengok sendiri baby gerak-gerak dalam tummy mummy! hehe..

Nanti baby dah besar siket boleh vaginal scan (3D) untuk tengok baby dengan lebih jelas lagi.    
Boleh jugak tengok jantina baby, but my mama said tak perlu kot, biar surprise.. mm..good idea. hehe..

Latest update for this week is...

... berat saya dah naik 1 kilo!!! yeay!!  
haha.. never been this happy when gaining weight. 

dan paling best nya bile hari-hari (5-6 kali sehari) tengok berut buncit depan cermin. Tak pernah rasa se happy ni bila perut makin buncit. 

I love my body now! with our lovely baby in it...

i should stop for now, till i write again. daa...

Friday, March 22, 2013

2nd anniversary.. alhamdulillah!

No comments:
Haha... *gelakkan diri sendiri sebab lambat update 

Actually gambar ni dah duk dalam draft lame dah. Sejak anniversary ari tu la. Tapi sebab upload gambar je jadi draft terus lupa nak update.

Tapi tak kira!! Nak update jugak. Sebagai kenangan ulangtahun ke 2. Tahun depan boleh bukak balik, tengok, baca, hayati. Aku ni kan pelupa. Kalau tak masukkan kat sini, halamatnya memang tak berapa nak ingat kenangan-kenangan ni semua.

Tahun depan boleh la compare ucapan makin grand ke makin kurang memercik pancaran cinta ke,,kan? hehe.. Aku punya wish aku tak printscreen pon.. hehe.. malu la..
Kalau sape yang add stagram kite tu dah bleh tgk gambar bwh ni. Recycle je pon.. hehe




Anyway, Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-2 buat aku dan suami. Semoga semakin diberkati dan dapat la kami menimang cahaya mata pertama tahun ni.


Dalam duk pikir-pikir nak beli hadiah ape tu, dapat le jam Alba seketol sorang. Memandangkan harga jam aku masih under bajet, dapat plak beg sebijik lagi. Hadiah berganda gitu. Bagitau kat sini bukan sebab nak riak ke hape, sebab nak bagi ingat kalau-kalau aku lupa tahun depan. takyah la nak tanya suami tahun depan, "Abang, tahun lepas abang bagi hadiah ape kat sayang?" "Sayang bagi hadiah ape kat abang?" Nak kena cekik ngan hantu Kak Limah??

Ni belum kes lupa tarikh anniversary lagi. Awal bulan aritu, suami yang tanya, "Anniversary kita bile yang?" Yang si sayang nya menjawab "Entah, bulan 3.. eh ni la bulan 3.. bulan ni la..."

Hadoi.. Pak Pandir ngan Mak Mandir betol... eh, bukan Mak Andeh ke? Entah.





Saturday, March 9, 2013

Baby Bump

No comments:

Pagi ni bangun dari tidur terasa perut jadi keras. Mula-mula ingat macam nak terkencing. Biasa la preggy mummy asyik nak kencing je kerjanya. Tapi tak de pulak rase nak kencing. Terkejar-kejar ke toilet ke hape..

Bila sentuh kat bawah perut terasa benjolan baby (baby bump la..). Ya Allah rase gembira sangat. Syukur Alhamdulillah. Dapat jugak rasa pegang baby sendiri. Si ayah nya bukan main happy lagi. Siap cium-cium perut mummy. Hehe..

Semoga Allah beri izin kesihatan, kesempurnaan, kebijaksanaan dan kecerdasan untuk baby kami. Moga baby kami dapat jadi anak yang soleh/solehah. Aminn..

Thursday, March 7, 2013

Nursing cover and first blanket

1 comment:

Last day boring duk umah. Tak pegi workstation pun sebab tak de kereta. So, lepak kat rumah je la. Dah lepak saje-saje rase sakit otak plak. Okay. Ambik inisiatif untuk start jahit barang baby sebab sebelum ni tak dibenarkan menjahit lagi. Petua orang tua-tua. Kena la ikut.


Ni dah masuk 3 bulan dah boleh la menjahit, kan? Aritu dah gunting kain untuk selimut baby. Plus jahitkan felt "BABY" dulu. Jahit tangan dibenarkan. Hehe... Ingat nak letak nama baby tapi sebab tak tau jantina,  so, hold dulu la. Kang letak nama baby girl keluar bibird plak... Haru.. Hehe..

So.. Ni la hasil dia. Blanket untuk ma baby.. Pas ni boleh buat lagi. At least kena ade 4 5 helai blanket kan..


Untuk buat nursing cover, pattern dia saya amik dekat sew much ado punya blog. Nampak macam lebih senang tutorial dia. Se jam je spent masa untuk buat ni. Start dari potong kain sampai siap.

Tapi sebelum tu saya kena recycle ring-D for the straps. Memandangkan (eh, ayat skema) haritu saya punya beg dah tak boleh pakai. Boleh la kasi potong semua straps dia..amik semua ring dia. Nanti boleh guna. Lagipun dan habis kedai saya round kat Bandar U ni..satu pun takde jual ring-D :'(


Nampak beg ni dah terkupas kulit?? hehe
               


Ni hasil dia..


Malas la plak nak order online setakat sepasang. Guna je la ape yang ade. Walaupun berat siket besi tu.

Ni hasil untuk my nursing cover yang super simple. Hehe.. Seronok dapat buat sendiri. Kalau beli ni tah brape diorang jual ni.






Pakai atau tak, tak penting. Yang penting kalau time terdesak nak nursing kat tempat ada orang tak la segan sangat. Lagipun si ayah baby dah warning jangan nursing depan orang..hehe.. Saya pun malu bang..

*teringat plak terpandang sorg akak nursing anak depan public kat dalam klinik. Masalahnya ada bapak orang kat tepi pintu. Huhu.. Nampak la terjojol di situ. Mm.. Oh tidak!!
Lepas ni banyak lagi plan untuk jahit banyak barang baby. Well, one step at a time. Pelan pelan kayuh. Sempat la sampai bulan 9 nanti. Hehe..



Da..



Sunday, March 3, 2013

Tepung oh tepung..

No comments:

Semalam beria aku duk buat puding buih kuah kastard. Ikut semua tips yang MIL ajarkan. Sebelum ni buat tak brape menjadi buihnya. Bile campur kuah dia jadi lerai. Hancuss..

Semalam punya batch dapatla dalam 4 bekas. Yang 3 bekas tu jadi cuma yang se bekas lagi tu tak jadi. Sebab tu yang hujung-hujung. Banyak air sgt kot. Dia jadi 2 layer. Tapi overall okey la. Bagi aku. Kalau aku tak puji sape lagi nak puji kan..

Nak dijadikan cerita..

Dekat suami aku nak balik tu aku siapkan kuah dia. Okey.

Malamnya, aku potong la nak makan. Bila dah letak kuah, kami makan ler. Tapi hubby aku tu kate kuah tak menjadi. Aku pun heran la. Katenye rase muak. Dia memang tak boleh rase susu banyak sangat. Elergik. Aku rase macam ok je. Tak pe la aku pikir esok aku tambah tepung kastard dengan air siket.

Hubby kite ni kalau sedap memang dia akan angkut 4 5 kali sehari. Tapi peliknya yang ini memang dia tak angkut langsung. Memang tak sedap la tu gamaknye. Kalau tak lena gaye dengan tekak dia, baik buang aje la. Tapi nak buang sayang.

Petang esoknya.. Aku bancuh lagi 2 sudu tepung kastard tu. Suruh la hubby nye rase, still dia kate tak menjadi. Pastu dia tanya kenapa kaler tak kuning? Aku cakap la, ke sebab kuning telur tak cukup? Heran giler aku.

Skali pikir punya pikir... Cek punya cek..heran punya heran. Gi kat almari barang tu... Hallamak.. Gua silap masuk tepung jagung daaa..... Sebab kebetulan tepung jagung tu duk dalam bekas kaler kuning, confideng je aku itu tepung jagung. Patut la tak kuning. Tapi campur lagi dengan tepung kastard makin tak sedap la sebab dah jadi pekat... Aku pun tak lalu..

Kesimpulannya untuk hari ini:: aku ni kadang-kadang boleh tahan jugak bangang nye. Geram dengan diri sendiri. Membazir jer.

Dan, pengajaran untuk hari ini:: ini la pentingnya ilmu yang cikgu tak ajar dekat sekolah.

#malas aku nak snap pic kuah kastard tu. Tensiooonnnnnn....

Sekian, selamat membuang.