Friday, March 29, 2013

Baby sedang week 17


Banyak sebenarnya nak update kat sini walaupun ada deadline untuk siapkan simulation dan siapkan paper pembetulan. Ye la sebab 3 bulan pertama tahun 2013 ni banyak masa dihabiskan dengan tidur dan berehat kat rumah dengan  tujuan tak berlaku keguguran seperti sebelumnya. Sekarang SV pun dah siap warning untuk siapkan kerja cepat-cepat sebelum deliver nanti, dan baby pun rasenya dah semakin sihat dan progress. Macam happy je duk dalam perut mummy, hehe.. 

So, sekarang dah boleh fokus balik dengan kerja. Awal tahun aritu rase macam nak differ je satu sem, tapi pikir-pikir balik nasib la tak differ, sebab nanti bersalin nak cuti lagi. Gaji dahle bergantung dengan duit geran, nanti dah hujung tahun geran dah expired, gaji takde, keje tak siap, mati den. Oh tidak!

*sekarang nak masukkan gambar scan terbaru baby tapi lupa bawak cabel -.-"



**Ni nak sambung update selepas 2/3 hari tergendala. #memang nak kena ketuk kepala kan?




Ini gambar scan baby yang sangat nampak kan? Actually gambar scan ni diambil pada 18/3/2013.

Sepatutnya appointment di KK hanya untuk rutin pemeriksaan seperti biasa tanpa scan (doctor tak ada, nurse tak boleh tolong scan, I guess!), tapi memandangkan sedah masuk 16 minggu (minggu lepas) and berat badan saya tak naik-naik sejak mula mengandung, steady je 60kg. Jadi nurse cakap boleh kalau nak gi scan kat klinik biasa.

Dan, sempat la berkejar ke klinik untuk scan baby. Daripada gambar scan tu dah boleh nampak kepala, badan dan jugak kaki baby. Masalahnya, time scan ni saya tak boleh nampak monitor sebab wayar tu pendek, so monitor tak boleh pusing. Cuma si Ayah je yang boleh tengok baby.

Pengalaman paling best masa ni sebab baby dah boleh bergerak. Masa mula-mula Dr scan baby tak gerak lagi. Lepas kejap, baby terkejut (nampak sangat badan baby terkejut macam kena cucuk kat pinggang, haha) dan terus hisap jari. Hehe.. untung Ayah dapat tengok baby dulu dari mummy. hehe.. Masa ni Dr ni sempat say Hi! dekat baby, cute kan.. hehe...

Dan yang paling penting, baby sihat dan berat baby juga progress. And for my own record baby sekarang:

Minggu: 16W5D
Berat baby: 146.5 g
Panjang baby: 38mm (BPD), 132mm (HC), 106mm (AC), 18mm (FL)

*actually saya tak sure ape maksud ukuran panjang baby yang pelbagai tu, jap lemme google..

BPD= biparietal diameter (ni tak sure ape.. bawah ni penerangan dia:)

 "The BPD is measured from the outer edge of the nearer parietal bone to the inner edge of the more distant parietal bone"

HC= head circumference (ukurlilit kepala)
AC= abdominal circumference (ukurlilit badan)
FL= femur length (panjang kaki)

source: http://www.baby2see.com/medical/charts.html
              http://www.baby2see.com/medical/charts.html#Femur_Humerus

Dekat link ni ada disediakan calculator dan jugak measurement chart for baby/fetal growth. Boleh la check sendiri okay!

Saya sekarang sedang tunggu tarikh 9/4/2013 untuk scan baby sekali lagi, dengan Dr dekat KK. Boleh la saya tengok sendiri baby gerak-gerak dalam tummy mummy! hehe..

Nanti baby dah besar siket boleh vaginal scan (3D) untuk tengok baby dengan lebih jelas lagi.    
Boleh jugak tengok jantina baby, but my mama said tak perlu kot, biar surprise.. mm..good idea. hehe..

Latest update for this week is...

... berat saya dah naik 1 kilo!!! yeay!!  
haha.. never been this happy when gaining weight. 

dan paling best nya bile hari-hari (5-6 kali sehari) tengok berut buncit depan cermin. Tak pernah rasa se happy ni bila perut makin buncit. 

I love my body now! with our lovely baby in it...

i should stop for now, till i write again. daa...

No comments:

Post a Comment