Monday, March 5, 2012

:: Nasi ayam mari.. ::



Hari yang bersejarah. First time ever, aku cuba masak nasi ayam. FYI, aku tak pernah masak nasi ayam. Yang aku selalu, tolong potong-potong je, tolong kacau-kacau, tolong hidang-hidang dan tolong makan-makan. Semestinya. Untuk buat semua dari A-Z seorang diri amatla first time.


So, sempena hubby nak balik rumah lepas dah 2 minggu x jumpe, aku hidangkan dengan nasi ayam resepi mak mentua. Hasilnya.. Tadaa.... Nampak sedap kan?? Man pon tak percaya aku buat. Dia syak aku beli. Ape kess..


Best jugak buat nasi ayam ni ek.. Mencabar betol. So, layan gambar.

Nasi ni tak nampak berkilat sangat. Sebab aku lupa nak keluarkan planta dari peti ais siap-siap, padahnya lupa nak tumis bawang segala dengan planta. Aku campak2 je bahan dalam air stok ayam tu untuk masak nasik.. Nasik ada masin siket. Still boleh makan la. Aku memang ada masalah dengan garam. LOL.

Ayam memang sedap..terbaik!!




Since, rumah takde blender...aku patut bagi kredit kat diri sendiri yang bersusah payah parutkan cili merah ni. Sos ni pon menjadi. Cukup rase masam dan manis kata En Hilman.


Bean sprout (taugeh hijau) goreng dengan sos tiram je..simplest ever!!




Sayur kena meriah. Tomato, salad, timun dan daun ketumbar. Heaven!!

Daku sesangat le upset kalo makan nasi ayam dekat kedai mesti tomato sehiris, timun sehiris, salad yang adooo.... Hampeh betol. Bukan mahal pun sayur tu kan. Kalo setakat nak bagi meriah sayur tu, tak bankrup pon kedai nasi ayam. Lagi bertambah ramai kastemer ade ler. Ni tak, sayur malu-malu je.
So, take note la siket ye tauke kedai nasi ayam.

Ok, mission accomplished!

Next mission: Mee Kari.

1 comment: