Sunday, November 21, 2010

:: November yang dah separuh... ::

Lame sangat tak update kan..

November ni terasa sangat busy sampai tak sempat sangat nak menjahit dan tak sempat jugak nak update blog. Nak kate sibuk macam pak menteri tu takdelah cuma sehari tu rase cepat je berlalu. celik mata pagi tu, pi mai pi mai, dah malam kan?

Bulan ni ramai sangat member yang dah tukar status jadi "Puan"..huhu...menamatkan zaman bujang. So, saya pon sibuk la pegi wedding kawan-kawan. Awal November ni aje dah 6 kenduri kena pegi sampai kadang tu tak makan pon. Singgah je. Kalo dah sehari 3 wedding tu alamaknye makin besar la 'pouch bag' saya..hehe..Anyway "selamat Pengantin baru" untuk kawan-kawan yang dah kawen tu. Semoga bahagia selamanya.

Sibuk tu tak masuk lagi dengan nak settle hal wedding sendiri kan. Walaupun lambat lagi tapi buat la persediaan siket-siket. Kebetulan akak saya balik cuti raya baru ni.. saya dan mama pulun jahit baju akad nikah akak saya. Nanti kawin kitorang buat sekali. Kiranya double wedding la. Nak senang dan jimat kan. Baju akad nikah saya tak beli lagi. jahit sendiri takpe la lambat pon kan. Menempah kad, pelamin, katering, try baju dan sebagainya..penat tuh..

Dan jugak dengan hal-hal remeh temeh handphone dan simkad yang dah seminggu tak settle. Tak tau la pulak simkad 3G tak compatible dengan handphone takde 3G? ye ke? Entah aku pon tak sure.. Sampai dah siap tukar handphone kat kedai tak jadi jugak. Kena pegi celcom la arini.

Lagi satu busy nak siapkan bilik menjahit. Dengan usahasama ramai orang (ramaila sangat~~), dapat jugak tukarkan stor tepi garaj yang dah jadi sarang tikus kepada bilik menjahit aku.. Senang siket kan bile ada space sendiri. Semua saya dan mama buat sendiri dengan pertolongan adik-adik. Start daripada bersih bilik. Buang semua barang yang tak berguna. Cat bilik. angkat barang, mesin, susun lagi. Beli pintu, pasang lagi..pendek kata semua la....

Sekarang dah kurang stress siket. jiwa pon dah tak kacau. Boleh la menjahit dengan senang hati.
Pasni kalo production kureng jugak tak tau la kan. hehehe

Sape yang terasa nak upah baju ke, beg ke, langsir ke, nak upah jahit manik ke sila datang umah ye. Boleh bincang lebih siket. kalo yang jauh2 tu kite online je ok....

K lah nak update beg plak.
Chiao!

:: HidayahHilman ::

No comments:

Post a Comment