Monday, November 8, 2010

:: Nak tunjuk banyak beg selepas sekian lama.. (Part 2) ::

Ni nak sambung Part 2 pasai beg yang dah lame tak tunjuk. Agaknya tuan punya beg pon dah puas pakai beg ni. Dah lunyai kot. =)

Kena stat ikut aturan supaya saya tak lupa storyline okeh. Yang ini sambungan Kak Mazu punya tote bag yang dah biasa tgk design ni. Kan? Sori gambar agak blurr. Adakah kerana tangan selalu ketar time nak snap gambar? Atau salah kamera? Opps..Jangan marah Acik.

Ok, balik pada gambar. Design dah biasa tengok cuma yang lain nye ade 2 bijik mate hitam kat bawah nu. Mungkin hitam sebab baru lepas kena debik sape tau kan...

Jom tenung siket mate hitam nih..Jangan kelip!!


And then jom tengok PSP Cover yang saya buat untuk anak sedara Safuan+Filzah kalau tak silap saya. Tak sure plak apa nama the lucky boy tapi Safuan mintak letak nama FENZ kat PSP cover ni. Mulanya saya nak letak felt tapi memang payah la sebab kecik. Nanti tak lawa. Pastu saya cuba sulam dengan mesin. Mesin jahit baru ni boleh buat sulam tau.. Pandai2 sendiri aje sulam nama ni. Saje nak berkreatif sendiri. Sila tengok hasilnya sendiri ya!!

Dan sebagai menghargai pelanggan tetap saya yang dah tempah banyak beg, saya hadiahkan dengan drawstring pouch yang sangat cute. Bleh la bawak uncang ni satu sorang pegi keje. Letak alat mekap ke, kan? Satu untuk kak Mazu, satu untuk Kak Nanie, dan satu untuk Filzah. Thanks kamu, kamu dan kamu!!




Next adalah laptop sleeve dan jugak charger casing untuk Raziz. BF adik saya. Saja, kebetulan dia datang umah dari Kelate saya hadiahkan untuk dia. hehe..padahal ni idea Acik yang nak bagi kat Raziz. Saje je nak steal the limelight.. tak salahkan?? Sila jawab "tak". Pattern dia lebih kurang macam Kak Mazu punya pattern.. Sila rujuk older post kalau rajin..huhu.. Kat bawah ni laptop sleeve.


Yang bawah ni plak betol-betol gandingan ideal sleeve dan casing.


Memang la, sleeve ni untuk notebook. Bukan laptop biase. la...korang tak tau ke? Kan saiz dia kecik tu!! Ece..ece..ece...aku pura-pura membebel la pulak.

Charger pon muat2 je ye.. Jangan risau. Biasa kalau notebook sleeve macam ni harga dia RM18 tak masuk pos. And kalo nak skali dengan charger casing ni saya charge RM25 je (tak masuk postage). Pakej la kan. Murah kan?? Mane kamu nak cari beg notebook casing murah cenggini kan..

Yang si label ni nak enterframe jugak. Akak tak tau!! -jungkit bahu-

Yang ini pulak camera casing Acik. Saje je nak masuk book.



Ha,,dah habis tengok kan..

Ini je lah untuk part 2. rasenye takde dah part 3. Channel tergendala la hujan2 ni kan.
Musim2 hujan ni rase nak duk dalam selimut je 24 jam kan? Haha korang tak boleh pasal korang keje kan. Aku tak keje...(dengan bangganye) hahaha...

Takde la gurau je. Yang penting syukur sangat rumah tak banjir tahun ni. Kesian tengok mangsa banjir yang teruk melanda Utara Semenanjung dan Kelantan. Mungkin tahun ni kene hulurkan banyak bantuan untuk negara sendiri kan.

Apa-apapun selamat malam. Suwwit Dreeeeammmmmsss...

:: HidayahHilman ::

No comments:

Post a Comment