Thursday, November 4, 2010

:: Menjahit zippered poket,, for dummies!! ::

Saya tau dah ramai yang tau macamane nak jahit zip untuk poket, tapi saya baru nak tunjuk sebab saya baru figured out macamane nak buat supaya nampak lebih kemas.. Sekarang refer tajuk dan tambah kat belakang...for dummies like me!! Sesuai??

Caranya sama aje cuma kamu (jarangkan kite guna perkataan "kamu" dalam kehidupan seharian..), cuma kamu kena guna fleece interfacing atau dlam kate org kampung.. kain gam. So, gunting siket kain gam agak2 untuk zip je. Saya biasa gunting dalam 9"x4"..


Pastu gosokkan kain gam dekat mulut zip..agak2 la... Sori kalau gambar tak jelas sebab saya guna kain yang sama kaler. Susah siket nak differentiate. Boleh klik gambar untuk enlarge.


Kemudia, buat segi empat dengan pen. Boleh ikut ukuran saya kalao nak. 3.5" dari atas dan 5" dari tepi. Yang ini contoh poket untuk tote bag. Segi empat tu ikut ukuran zip kamu. Dan buat muncung segi tiga kat tepi dia.


Kemudian, ambil kain untuk poket anggaran dalam 10"x13" mengikut poket kamu la..nak besar mane pon. Pinkan pada kain yang ade lukisan petak tadi. Pinkan corak bersama corak. Outside facing outside.

Kemudian, sila jahit ikut segiempat luar tu..bukan yang bahagian dalam ok..Saya punya petak tu ade siket terlebih. Hehe..membuktikan saya bukan seorang yang kemas. Titik.

Pas dah jahit, boleh gunting ikut garisan dalam petak. Dan jugak ikut muncung segi tiga tu ek..

Kemudian, balikkan kain poket inside the hole. Jadi macam kat gambar atas tu. Boleh tekan dengan jari mengikut petak segiempat untuk nampak kemas. Diulang! Kalau takde fleece tak kemas.


Kemudian jahit zip secara jahit tindih (topstich) pada lubang poket.

Bila dah siap topstich jadi macam ni kat belakang (atas).


Bila dah sudah jahit, lipat dua poket..saya tunjuk tak sama kat atas ni sebab nak bagi nampak.

Bile dah sama pin siket tanak bagi lari. Pastu jahit keliling poket. ade 3 side yang perlu jahit.


Kat bawah ni contoh zip yang dah siap.. takkan ade bahagian yang kemetot dan jugak meleding bila dah siap berbanding dengan tak guna kain gam kan?


Kalau kamu nak buat open pocket tak payah jahit zip kat lubang tu. Sukati aje nak mane2 ye.


Itu saje..

Please leave comment if u find this post helpful. Thanks and keeps coming to KedaiKecik... (^__^)y

:: HidayahHilman ::

No comments:

Post a Comment