Sunday, June 9, 2013

Sottong bakkar!!


Dah lama kite tak main masak-masak, kan?

Sejak mengandung kurang siket masak dengan harmoni dan gilang gemilangnya.. Kalau masak pon, ayam goreng, ayam goreng, ayam goreng..hehe.. Dah suami kitter ni suke sangat dengan ayam goreng.. Suh kawen nge kepsi tak mau! Hehe..gurau je.

Hari ni terlebih rajin. Nak masak sambil amik gambo banyak-banyak.. Arini masak sotong bakar. Resepi ambik daripada buku Chef Hanieliza yang famos amos tu. Memang diakui buku tu sangat membantu bila buntu nak masak apa. Actually, buku tu persediaan untuk bulan Ramadhan nanti. Suruh suami belek2 je nak makan apa nanti. Pastu tunjuk, mesti siap punya lah...

Tapi kalo bab-bab nak masak gulai ke kari ke..memang sangat payah la. Saya ni kalau dengan santan memang kalah. Asal masak kari mesti tak jadi. Dalam 10 kali buat, 3 kali menjadi kire okay lah tu. Nampaknya kena buat internship dengan mamak nasik kandar baru menjadi nih. Haha.

Panjang no mukaddimah kali ni. Okay jom kita layan gambo..


Siapkan semua bahan-bahan untuk ditabur atas sottong.. Nak hiris macamana sukati la. Tak ada garis panduan, harap maklum!

Untuk bahan tumis aka rempah dia, sila rujuk buku. Sukatan main campak-campak je. Tak payah skema sangat. Kalau skema duk ikut macam yang ditulis oleh chef pon belum tentu sedap. Dah takde bakat, nak cakap ape kan... Hehehe (mulut.. Macam chef wan sangat ek!! ) 

Pastu masukkan sotong dan taburkan bahan-bahan segar tu.. Eh kalau ikut chef kena bungkus dalam aluminium foil. Err, sebab umah kite takde Al foil tu kire guna non-stick pan pon okay la labu... (Al=aluminium.. Tak caya sila rujuk jadual berkala.. Chemist sangat akak nih!) ;)

Tuangkan rempah yang dah ditumis, bukak api sellow je tau.. Nanti hangus saya tak jamin.

Jangan lupa tutup dengan apa-papa penutup yang boleh dipercayai. Mm..kalo ade kuali-ajaib-cap-ikan-keluaran-syarikat-menang tu senonohla siket kan. Dah tak ade buat cara tak ade. Jangan duk desak suami belikan. Tak baik pressure suami. Jauh dari syurga karang... Ade duit beli sendiri. Kalau masakan jadi sedap dan bertambah rajin 'tido' di dapur, boleh claim dengan suami semula duitnya. Haha

Bila dah siap masak, jadi macam ni. Tapi yang ni macam ter-overcooked plak. Kalau dalam 15minit okay kot atas stove tu. Sottong kan cepat masak, bukan macam ikan kerapu ke hape. 

Pastu, dah siap hidang.. Ngap ler dengan hidangan-hidangan lain. Tapi kalau bujang, masak nasik dengan lauk ni dah kire heven la kan...

Selamat mencooba..

Tata. Burp!!!







No comments:

Post a Comment