Thursday, February 16, 2012

Tips bersin dengan cepat dan senang..LOL

Aku tau entry ni bunyi nya agak mengarut. Crap. Ridiculous. But, it really works.

Ok. Here's the situation:

1- Pernah tak korang mengalami perasaan nak bersin. Masa tu korang tengah duk bersembang dengan kawan (atau sesiapa sahaja) dan rase nak bersin tu menggatalkan hidung dan mengganggu perbualan korang menyebabkan korang terpaksa berhenti sekejap daripada bercakap. Bila korang palingkan muka ke arah lain (untuk elakkan bersin tu terpercik kat muka kawan). Tapi selepas beberapa lama baru lah korang bersin. Pastu dah lupe apa nak cakap dekat member.

atau;

2- Korang tengah dating dengan pakwe/makwe korang, tengah duk berbincang nak tema wedding yang macam mana nanti, dan anak berapa untuk mase depan, tengah tanya pakwe korang agak-agak bakal mentua korang tu suka tak korang, pastu tetiba rase nak bersin. Bila dah sedia nak bersin tetiba tak jadi pulak nak bersin sedangkan korang rase atom-atom gatal dalam hidung yang nak terkeluar tu bakal menghilangkan semua penyakit resdung korang. So, bersin terbantut dan hidung makin gatal.

Sila tengok picture dibawah (Google) dan bayangkan kesengsaraannya.


Dan;

Korang tau yang BERSIN dengan cepat dan efektif dapat hilangkan semua keresahan di hati. Nak-nak bagi penghidap resdung kronik macam aku.

So, ni penyelesaiannya. Ready??

Kita pergi dekat basic science dulu.
Mengikut Teori Kinetik Jirim, semua jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang diskrit dan sentiasa bergerak secara rawak. Zarah-zarah sentiasa berlanggar antara satu sama lain. Apabila tenaga haba dibekalkan, zarah akan bergerak lebih laju. Sebaliknya, zarah bergerak lebih perlahan apabila disejukkan.
Walaupun zarah-zarah gas sangat halus untuk dilihat, pergerakan rawaknya dapat diperhatikan dengan mikroskop melalui perlanggarannya dengan zarah-zarah asap. Pergerakan rawak zarah-zarah asap ini dikenali sebagai Gerakan Brown.
Sumber: Wikipedia

Jadi mengikut teori diatas, kesimpulannya ialah zarah-zarah yang bergerak secara rawak (gas) akan bergerak dengan lebih laju bila dibekalkan tenaga haba yang boleh didapati secara direct daripada cahaya. Yes, mana-mana cahaya. Kecuali lah cahaya keimanan.

Maka, setelah membuat teori sendiri bahkan (sila salute gaya bahasa aku!!) aku telah membuat eksperimen dan berjaya membuktikan teori aku sendiri bahawa:

bila korang pernah mengalami salah satu daripada situasi/masalah diatas dan ingin menpercepatkan proses bersin yang amat la menggangu, plus korang nak keluarkan bakteria dalam hidung dengan jayanya.. SILA PANDANG KE ARAH CAHAYA BILA KORANG NAK BERSIN. TAK KIRA LAH CAHAYA MATAHARI (paling efektik tengok kearah matahari terik), CAHAYA LAMPU KALIMANTANG ATAU CAHAYA DARIPADA MENTOL BULAT. Dengan serta-merta korang akan bersin dan-dan tu jugak.

Korang tak percaya? Cuba la sendiri.

Kaitan dengan teori science ialah, zarah-zarah bersin (bakteria) akan bergerak dengan lebih cepat bila tenaga haba dibekalkan dengan memndang ke arah cahaya. Macamana haba masuk dari pandangan mata dan turun ke hidung, nanti aku kaji kemudian. Hehe... Aku belum masuk bab tu lagi. Dan after korang pandang cahaya 2 atau 3 saat, korang akan terus bersin. Tapi takde lah sampai tercabut hidung. At least korang akan rase lega..aahhhh... dan mula menyembur-nyembur orang sekeliling. Cuba tengok gambar dibawah, mungkin terlalu ekstrim tapi bukankan ini yang anda mahukan?? hahaha.. (sape la pompuan ni ek. bughuk perangai!!)

(Google)

Warning: Jangan duduk berdekatan mereka yang sedang mencuba teori ini. Buruk padahnya!

Ape-apepon selamat bersin dengan lebih lega! Yeah..

3 comments: