Monday, February 27, 2012

Tips hilangkan rasa pedas yang boleh putuskan lidah

Menulis dekat MS Word kemudian copy and paste dekat “new post” ternyata tak sama feel dia dengan menulis directly di “new post”. Tapi cuba jugak sebab sekarang rumah aku dah takde line internet. Jangan nak tanya kenapa, ok! Malas nak jawab.
So, back to the subject.
Bagi sesiapa yang berlidah Chinese (bukan bermaksud racist disini!) , maksud aku lidah yang tak tahan pedas langsung, mungkin entry ni amat bermakna untuk korang. Pernah tak bila makan pedas dengan gelojoh atau pun tertelan cili sampai 2 mangkuk dengan berturutan membuatkan korang terasa lidah korang tetiba takde? Pedas sampai nak terputus lidah. Aku selalu la jugak. Nak-nak kalau makan nasi lauk cili campur budu. Bukan budu campur cili sebab memang dah sah-sah banyak cili dari budu. Atau pun tergigit cili dalam tomyam yang disangkakan sayur.
Masa tu aku confirm, kalau ade sape nak cakap dengan aku tu ibarat nak mintak lempang free la tuh. Setakat nak minum air 2 3 gelas aku jamin memang tak hilang punya. Kalu hilang pon lambat. Jadi sebagai penyelesaian kepada masalah negara mengalahkan PRU13 tu, aku cadangkan korang cuba buang bisa cili yang dah meresap kedalam mulut tu. Eh, korang tak tau ke cili pon ade bisa dia jugak? Ada. Ala-ala ular tedung la kan..
Macamane?
Senang je.

Pertama.
Kalau masa tu korang ade kat rumah, korang cepat-cepat la berlari-lari anak ke dapur. Straight je menuju ke sinki. Jangan singgah tempat lain! Pastu tundukkan muka ke dalam sinki sambil nganga siket mulut. Pastu jangan bergerak sehingga korang akan rase semacam ada air bisa yang keluar dari mulut korang. Air tu tak sama macam air liur tau, dia lain macam sket. Selepas 2 3 minit dah keluar semua bisa tu, masa tu memang dah tak pedas lagi dah.
Kedua.
Kalau korang ade dekat kedai makan, gunakan ajelah ape-ape bahan yang ade. Tak perlu la nak cari toilet kat kedai makan yang aku jamin biase nya gred E. So, kalau aku aku amik tissue banyak-banyak pastu tekup je kat mulut dan tundukkan muka siket. Aku biase buat macam ni sebab aku tak control ayu. Langsung tak. Tapi pada sesiapa yang control ayu tu, korang tak yah ikut tips ni, just buat-buat muka manja menahan pedas je depan pakwe korang kalau tak nak kena dump. Kalau dah kena dump tu jangan cari aku mintak tips cari boipren plak… bo layan.
Kalau ikutkan memang la agak disgusting, tapi aku pedulik ape. Memang tak tahan pedas kot. Daripada lidah aku putus baik aku buat je.
Lepas dah habis semua rase pedas tu jangan telan lagi cili tu sudah. Kang tak pasal-pasal berebut jamban yang gred E tu plak kang…

Da..

No comments:

Post a Comment