Saturday, December 18, 2010

:: Saya ada menda nak announce ni.. ::

Saya nak bagi tengok dulu saya punya beg yang saya buat after balik dari Kompo aritu.
First beg sling untuk lelaki ya. Yang ini kepunyaan kawan adik saya.
Design dia pelik siket sebab dia punya penutup bag tu sekali dengan body bag.
Just lipat kalo nak tutup bag.


Dekat strap kaler merah belang tu ada magnetic snap. Katenye nak lukis gambar gitar kat depan beg, since saya dah buat penutup macam ni susah siket la kan nak lukes2.



Bahagian dalam saya gunakan kain bercorak army jenis japanese cotton.


Dan jugak satu lagi boxed tote yang dah agak lama saya iklankan dekat tepi blog. Farah AJ, my old skoolmate nak hadiahkan kepada kawan dia. So, dia minta buatkan nama kawan dia tu (Malin Salleh) depan beg tu. Memandangkan nama tu agak panjang, saya decided untuk jahitkan nama pada kain felt. Sebabnya kalau saya nak buatkan tulisan blok satu-satu sangat la payah dan time consuming. Jadi lebih senang saya jahitkan saya nama dia. Bolehla kan....


Semalam saya dah siapkan beg tempahan Incik Mizuary, nanti saya upload dalam next entry (saje nak banyakkan entry). Kena buat entry khas la kan.. Baru gempak!!

So, berbalik kepada announcement saya tu, saya nak bagi tahu kamu, kamu dan kamu *tunjuk-tunjuk* semua dengan hati yang separuh sedih, mulai hari ini (18/12/2010) saya terpaksa tutup tempahan bag dan sebagainya buat sementara waktu sebab saya agak sibuk dengan persiapan perkahwinan saya.
Walaupun tarikh perkahwinan saya lambat lagi, bulan 3 tahun depan (jangan bimbang saya akan jemput kamu, kamu dan kamu *tunjuk lagi* nanti), saya kena siapkan banyak benda.

Antaranya saya nak kena jahit sendiri baju nikah saya dengan nak buat beading lagi kan. Harusla glamer....hehehe. Tambah dengan nak alter baju melayu Hilman, bukan nak besarkan, cuma nak alter bahagian leher baju aje. Plus nak kena siapkan banyak baju pasang sedondon untuk semua ahli keluarga. Ada la dalam 6 pasang baju kurung, 3 pasang baju melayu dewasa dan 4 pasang baju melayu kecik untuk anak2 buah.

Tu belum masuk lagi dengan persiapan2 lain. HIV test tak buat lagi. Borang tak isi lagi. Goodies pon ade yang nak buat sendiri muffin-muffinnya (kalau agak tak sempat kena tempahla kan). Hantaran pun kena buat sendiri. Buat apa nak upah orang kan?, buang duit aje plus kena la asah kreativiti sendiri kan. Bukan wedding anak raja pon.. Hantaran ada la 27 dulang nak kena siapkan, tu termasuk saya punya, Liza dan Zam punya dulang hantaran.

Belum lagi dengan nak jahit langsir rumah bahagian depan rumah yang tengah renovate tuh. Harap2 sempat la. Tapi takut jugak kalau tak sempat sebab sekarang ni kejap je masa berlalu. Jap-jap dah sebulan.

Memang la saya takkan buat semuanya sendiri, Mama akan bantu saya. Tapi kalo masa tu masih ade yang tempah bag dan sebagainya akan sedikit sesak la kepala saya nak kejar dateline beg kan. Jangan ingat journalist je ade dateline, seamstress pon ade dateline nak kena kejar. Takot nanti kalo tak terkejar jadi deadline pulak...mati den. Fullstop.

So, bila semua dah settle saya akan announce balik untuk kamoo (kamoo adalah jamak kepada kamu,kamu dan kamu..**definisi saya sendiri) buat tempahan beg dan sebagainya.

Jadi sekarang ini saya akan siapkan tempahan yang telah dibuat sebelum pengumuman ini dibuat. Iaitu::

-From Yna:: Sling bag kaler koko (plain brown) dan jugak handbag (red-and-brown stripes).

-From Hanayuribara Rose:: Keisha Bag (Blue-Yellow Stripes) **sila konfemkan balik

-From Kak Ita:: Damia diaper bag (Colourful flowery + plain green)

-From Puteri:: Pencil Case dan A3 Drawing Bag **sila konfem kain cepat2 tau!

-From Kak Fadhilah:: Damia diapers bag (Colourful flowery+plain pink)

-From Mimi Suriati:: Tote bag (kain sukati aku kan...? thehehehe...)

-From Sarah:: dua bijik Damia Diapers bag dan Sling clutch

-From Hasnida:: 5 helai kemeja womanwear..

Harap2 customer saya yang tertinggal nama diorang tu (kalau ada) sila call/text saya ye.. atau boleh komen kat entry ni aje. Dan nama yang tersenarai ni saya akan call kamoo kalau ada apa-apa masalah dan jugak kalau bag dan siap.

Saya rase tu aje kot untuk entry ni. If there is anything left, I'll let you know later. Right now I will end this entry and go help my Mama to cook. Well, have to equip myself with cooking skills, rite? Or Hilman and I will end up at restaurant every day nanti...huhu

Babai kamoo semua!!!
See you, have a great day.

:: HidayahHilman ::

3 comments:

  1. uit2..mne da kain suketi..nak kain pink flowery ngan plain pink..design jer suke ati..

    ReplyDelete
  2. huhuhu...begitu la ye madam to be.saya faham & enjoy doing the preparation and others. goodluck.

    ReplyDelete
  3. ok..maap...
    nasib cik mimi cepat respond..huhu

    ReplyDelete