Saturday, December 4, 2010

:: First order from Hasnida ::

Sekarang dah belajar buat kemeja lelaki dan perempuan daripada Mama. Tapi ada banyak improvement yang perlu dibuat terutamanya kena mahirkan diri dengan membuat pattern baju mengikut potongan badan. Tapi last week saya cuba buat kebaya sendiri, ikut potongan badan sendiri memang tak de masalah. Memang terletak pada badan bila dicuba. Sehari dah boleh siapkan sepasang kebaya. Bolehlakan for beginner like me.

Yang ini, kemeja yang saya siapkan untuk Hasnida. Potongan ni ikut baju sedia ada yang dia beli kat Voir. Ambil ukuran ikut baju sedia ada lebih senang berbanding ukur pada badan sebab tak payah pikir banyak-banyak. Tiru saja.

Untuk wanita yang ada potongan badan yang agak unik, payah siket nak cari baju yang sesuai di pasaran dengan harga yang berpatutan. Kalo yang cantik-cantik tu atas 50 la kan.. Kemeja yang saya hasilkan boleh anda dapat dengan harga yang berpatutan bergantung kepada kain. Kemeja Hasnida ni saya jual dengan harga RM45 sahaja tak termasuk kos penghantaran.

Kalau ada yang berminat nak saya buat dengan kain sendiri, boleh poskan kepada saya kain yang kamu suka beserta dengan contoh baju yang nak saya tiru. Boleh alter siket nak besarkan, kecikkan, panjangkan atau apa saja. Harga saya ambik mengikut kain tak lebih daripada RM30 ringgit.

Selepas ni saya boleh cuba rekaan lain untuk 5 pasang baju lagi yang ditempah oleh Hasnida jugak.. Harap2 dia suka. Tunggu selepas saya balik dari Kl minggu depan ok..

Okey,,sekarang boleh tengok kemeja Hasnida dengan dia sendiri yang jadi modelnya..



Ini pulak pandangan daripada belakang.
Untuk sesiapa yang kurus boleh ikat ketat tali di pinggang..



P/s:: Sekarang tak banyak product yang ada sebab kain dah banyak yang habis. Next week saya akan tambah lagi stok kain.. Sila tunggu.

P/s/s:: Kemaja yang saya buat untuk Hilman dah siap jugak. Tapi tak amik gambar lagi. Tak sempat la. Dia yang selalu takde masa. So, tunggu bila tiba masanya saya akan tunjukkan ye.

:: HidayahHilman ::

2 comments:

  1. bravo2...ko blaja sume design baju yer..mak ak skrg malas dh nak amek baju pesen2 nie,die nk fokus kt baju kurung je..nti bole la ak suh mak ak rekemen kan ko customer die k..hehe

    ReplyDelete
  2. saje la nak test bakat..setakat mane blh pegi..huhu...
    boleh ajer nk rekemen...huhu...
    big thanks in advance.

    ReplyDelete