Tuesday, May 4, 2010

my last weekend project (half) updating

Ni projek yang aku buat hujung minggu aritu. Since Trg dapat cuti 3 hari, aku bajet dapat la aku jahit banyak siket. Yang ini adalah quilet wallet untuk Eza Sendoh (Mane dapat nama Sendoh tu dik?)..kain merah polka dot ni aku beli dah lama tapi tak penah guna.. cantik kan. Nampak retro je. Nanti Eza le pakai kat Dublin yer..cari market kat sana plak..hehe...worlddd gitew.


Bahagian dalam dia macam biasa. Ni card slot kaler maroon. dan card slot berbunga macam2 kaler..

Yang ini sling cluth black stripe kepunyaan Eza jugak. Tapi butang depan tu akak dah tukar,,dengan butang kayu. Thanks for buying ya..


Manakala..(cewahh aku guna manakala tu..respek siket) yang dibawah ni kepunyaan Farhana. Purse but not quilted.. purse ni pendek siket dari Eza punya tadi. Fabrik cotton Jepun kaler dark brown berbunga2.. Attention!! Kain cotton Jepun aku tak upload kat blog ni sebab aku beli siket je. sometime half meter jer. So, akan selalu berubah2.. payah kalo nak update semua kain.. Banyak la permintaan+pertanyaan yang aku payah nk jawab..huhu...

Tepi dia (bias tape) kain yang sama bercorak light pikn polka dot.

Dalam dia ada satu slot untuk card (kaler merah) dan jugak space untuk coins (kain colourful flowery yang kat tengah tu)..yang ni design atas permintaan Farhana sendiri.


And purse ni ade slot untuk duit kertas melintang macam ni...ruang dia agak besar. kalau banyak duit pon takde hal sampai riban-riban..muat aje..



Well itu aje untuk kali ni...korang notice aku cakap Half Updating kan kat tajuk dia..sebab actually ari Jumaat dan Sabtu aku dah jahit 8 clutch untuk Mizuary tapi tak finish sepenuhnya (aku belum sempat jahit tangan) aku tak boleh update lagi..minggu depan ok. Sakit gak ah tangan aku menjahit sesungguh hati weekend aritu. yelah lame tak jumpe buah hati (mesin jahit tu,,)..aku "belai" kaw2 punya.

Ahad ingat nak sambung jahit bagi siap but ada aral melintang sebab belum bukak mate lagi Mama aku dah sampaikan berita yang Mak Mertua Cik Bie meninggal. Jadi haritu pergi ke Kuala Krai. Al-Fatihah untuk arwah Mek. Arwah pergi dengan tenang. Agak-agak aku pergi nanti tenang ke..aku pon tak tau. Wallahualam.

Sambil2 tu sempat la amik gambar dengan Hakim dan Rafiq. Melepas rindu. Hakim dah gemuk siket dan sangat lincah..Habis dia duk angkat besi la, main pagar la..budak2 apa dorang tau pasal kesedihan kan..

Tapi aku ada la cakap kat Hakim.."Nenek dah takde..Dia cakap "Ada.." berulang2 kali. Tak boleh terima kenyataan lagi.

Ni aku dan Akim


Cik Bie, Rafiq dan Mama

Mesti korang akan kate yang kitorang tak nampak sedih kan. Memang kami sangat simpati dengan kematian Mek. Tapi aku dapat rasekan yang anak2 Arwah semua terima pemergian Arwah dengan hati yang tenang dan terbuka. Tak ada apa yang nak ditangis dan dikesali. That happen when we live happily and leave the world with even more peace. Memang sedih tapi hakikat yang pergi tetap pergi.

Anyway sekarang tersangat rindu pada Sultan dan Eka..dah lama tak jumpe. Kapan ketemu ya...

Thanks for patiently reads ok..love yaa..

HidayahHilman

No comments:

Post a Comment