Monday, January 17, 2011

:: saja nak membebel::

Bangun pagi tadi temankan Achik pegi temu sambil menduga. Temuduga. Agaknya istilah temuduga ni asalnya daripada orang yang ditemuduga sebab calon tu akan pegi bertemu dengan majikan dan menduga berapa agaknya gaji aku nanti. hehehe...

Cakap pasal kerja.

Kadang-kadang terasa sangat jeles dengan kawan-kawan yang sama degree dengan kita yang kerja best-best kan. Dengan Petronas, dengan syarikat bertaraf antarabangsa dan kat mane2 la.. Asalkan keje. Pastu ade jugak yang sambung Master kan. macam seronok je dah ada 2 accreditation daripada U kan. Degree and Master. Ada yang dah sambung phd. Dapat jugak experience dan jugak gaji besar kan.

Nak bandingkan dengan saya ni takde gaji beso.

After degree dulu kena balik kampung sebab masa tu keluarga lebih memerlukan saya. Keluarga dalam keadaan haru-biru sementara. Mama saya tengah bersdih dan perlukan seseorang disisi. **off the record. Dapat interview kat KL pon hati berbelah bagi nak kerja jauh sebab bimbang keadaan Mama.

Sambil duk kat rumah tolong Papa saya dekat site. Kadang-kadang jadi buruh kasar. Walaupun saya perempuan, saya cuba jugak bawak lori, bawak bulldozer, ikat bata dan sebagainya. Kenapa? Tak pecaya aa..? Tapi tak lama la tolong Papa sebab project takde.

Gaji kadang-kadang ade kadang-kadang takde. Adatla keje sendiri. Kalau ikut kan bukan tak penah kerja ngan orang, pernah la kerja. Tapi rezeki pendek2 je setakat ni. Pernah kerja kat kedai roti tapi tak lama. Pernah kerja kat pejabat lawyer tapi berenti dapat bila cikgu. Dapat jadi cikgu tapi kontrak pulak. Sambung la belajar bio dengan biotech 6 bulan. Buat training, kena himpit pulak. Terpaksa tolak tawaran kerja sebab tunang saya cemburu selalu keluar dengan bos. huhu.... sambil-sambil tu buat beg. Sekarang ni memang fokus nak menjahit. Belajar menjahit dengan Mama.

Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh menjahit beg yang macam-macam pattern. Dan jugak sudah hampir terror buat baju kurung moden, baju kebaya dan baju melayu sendri. Baju kurung dah lama terror. huhu... Cuma kadang-kadang bila buat pattern baju, Mama kena ada untuk cek betul ke tak. Sebab tu, baju nikah saya buat sendiri. Dah siap dah, cuma nak siapkan jahit manik saja. Sebab tu jugak saya berani jahit baju untuk semua ahli keluarga sebab nak mengasah skills. Tapi saya tak boleh tunjuk lagi gambarnya. nanti tak surprise la.

Saya buat semua tu, dengan niat nanti bila dah kahwin boleh la saya kerja sendiri. Lagipun bile pikir-pikir balik, saya rasa ilmu kejuruteraan kimia saya dah pon berkarat. Isi borang kerja, SPA dan sebagainya tak penah dapat2. Dah sangat fedup dengan interview. Dan sangat nak muntah tengok resume. Tapi saya tak salahkan rezeki Allah sebab saya rasa bakat menjahit yang dikurniakan itu satu anugerah. Sia-sia kalo saya tak guna. Allah dh sebut kot rezeki saya ada dalam bidang jahitan. Kita tengok la macam mana nanti,ok.

Dan jugak bakal teman hidup saya sokong aje keputusan saya. Dia lebih selesa alau kerja saya tak melibatkan lelaki lain. Tapi bolehke? Katanya, sekarang ni bini kena jaga betol-betol. Kalau tak bini kita curang, orang lain amik kesempatan menggatal dengan bini. Kena plak orang naive macam saya ni senang sangat kena tipu ke apa..hehehehe.... itu namanya pemikiran kolot atau berjaga-jaga? Terpulang pada penilaian dan keadaan kita sendiri kan.. Dunia hari ini semua boleh jadi.

Pendapatan.

Kalo nak ikutkan berniaga sendiri pada awalnya takde la masyuk sangat. Hanya orang yang berniaga je tahu. Tapi dugaan la kan. Dah lama nanti baru kaya, InsyaAllah. Tapi saya tak idamkan untuk hidup kaya. Sekadar tidak berhutang sudah cukup bagus tapi sekarang masih banyak hutang. Maka, hidup belum seronok lagi. Poket kita kering orang tak tau kan, tapi ada bisnes sendiri sudah ditahap membanggakan. Bukan bangga dan bongkak dengan orang lain. Tapi bangga dengan diri sendiri. Sekurang-kurangnya saya berpeluang temankan Mama saya ke hospital bila-bila masa sahaja. dan saya boleh ke mana-mana bila-bila masa sahaja. Tak perlu sentiasa isi borang cuti.

Cuma saya harap nanti dah berumah tangga boleh sedikit fokus kepada berniaga sendiri. Semoga lebih berjalan lancar. Kalo tak lancar mintak duit ngan suami la kan.Mmm..bagusnya jadi orang perempuan. hehehe.....

Yang penting harus selalu positif walaupun banyak halangan. Dan jugak harus selalu happy dengan hidup. Hidupkan macam roda, sentiasa berputar.

Kamu yang bekerja tu happy tak? Happy nya lain siket kan..

No comments:

Post a Comment