Saturday, October 16, 2010

:: Lama tak tunjuk beg..saya mencurangi blog ini ::

Ok.
habis cerita pasal Yusof bin Jamil.
(yang tak tau cerita, sila rujuk older post)

Dah lame tak tengok beg secara borong kan.

Semalam dah siapkan 3 beg yang dah lama delay.

Opps!!! sebelum tu lupa nak show off kat korang,,
saya dah buat label tau..after dekat setahun duk cari2 label yang boleh ditempah..
yang ini ditempah dengan kucinpurple.. Big thanks for Kak Yong.

Tadaaaa!!!!!!!!

cantek tak?
Sila cakap cantek...sape cakap tak cantek tanak kawan....**mulut muncung

harga segulung murah aje RM 30.00
bleh buat design sendiri or mintak dia design-kan.
So, after this beg akan ada label..yang sebelum2 ni takde label Yak ampun!!!! Sorry.


So,now back to business **tarik balik muncung

Let's see Kak Ninie's lappy sleeve. Yang bercorak whitey flower kat luar and black rose kat dalam..

yang ini untuk ukuran laptop 14 inci..


kat dalam dia ade satu poket untuk simpan pendrive ke, modem broadband yang kecik tu kerr,,dan ape-ape sahaja yang dirasakan perlu.


Ya,,ini la rupenya label saya bila dah dijahit ditepi bag tu..
(ahh...happy nya tengok)



Dan yang ini pulak lappy sleeve untuk Mazuraida. Dengan kain red abstract di luar.
Di gabung dengan kain hitam kat bawah dia.
(sorry gambar kabur..maybe I shud get myself one superb-can-do-almost-anything camera..
hahaha...baru massyukkk..iye dak?)

Perhatian:: semua ayat dalam kurungan adalah monolog dalaman-ku.

Ukuran laptop adalah 11 inci. kirenya untuk notebook la ni.

bahagian dalam berfabrik flower bugs yang kiut miut.

dalam dia pun ada satu poket untuk simpan pendrive korang yang banyak tu kan...
ye la masing-masing ade pendrive sampai 3 4.
**pen ni hiasan je..tak termasuk dalam pakej tau.


kat bawah ni rupe label yang dijahit kat depan..
nampak sangat plain kain hitam tu..so,saya hiaskan siket.

(saya dah edit gambar sampai nampak hodoss..menci!!)


***


Next is beg Asmirda Mamat. Beg tote macam Yna punya haritu kan.
Tapi gunakan kain pink flowery. Ingatkan kain ni dah habis aritu rupenya boleh lagi untuk digunakan kat sini. Naseb baek yer..

Saiz beg ni besar boleh muat macam-macam.. even lebih besar dari Yna punya..


Zoom-in siket!!

Buttons ade 2 bijik.. Ingat nak letak 3 tapi macam padat sangat..
(2 is better than three-song by Taylor Swift and me~~)


Inside:: Kain plain pink dengan satu poket berbunga!!


Kat depat initial "ASRAZ" yang boleh tahan bessarr punya!!

And. Not to forget. The Label.


Dan tak lupe jugak bag tempahan dari Azman yang saya tak berapa bangga nak tunjuk tapi tunjuk jugak sebab nak jugak bagi siket glamer kat bag ni.

tak bangga sebab tak ikut spec.
Dia nak ade zip tapi tak boleh nak letak sebab tak de skill kot.
(kena berguru lagi!!!)


Tulisan pon tak berapa membanggakan..
Jual separuh harga je lah...

Ok la..tu je yang ade..

Rasenya tahap kesetiaan pada blog dah menaik dan meter kecurangan dah turun...

Nanti jumpa lagi..

Babai..muah..muah..

- HidayahHilman -

No comments:

Post a Comment