Saturday, November 10, 2012

Coaster Tutorial ( A set of six )


Hari ni meh blajar cara nak buat coaster untuk mug atau cawan mengunakan cara senang dan mudah dan murah dan cantik...

Macam gambar kat bawah ni.

Tutorial belambak je dekat internet. Kalau rase tak faham bahasa melayu/suka nak asah grammar/vocab boleh rujuk mana-mana blog craft lain. [klik link ni]


Actually idea ni datang bile aku duk tengok dalam bilik stor banyak kain-kain yang tak guna.
Dulu mase rajin buat bag, beli banyak stok la. Bila dah tak buat bag memang banyak kain tersimpan. Tengok aje le, stor rumah aku macam hape. Kemas kemas, bersepah balik. 
So, cara mudah, kite try sikit-sikit clearkan kain-kain ni semua. Buat la ape-ape pon.



----------------------------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan *bukan bahan masak:

6 keping CD yang dah tak digunakan.
Kain tebal untuk badan CD
Kain cotton nipis dan lembut untuk dijadikan bias tape
Pembaris (tak perlu)
Pensil untuk lukis kat kain.
Mesin, benang, bla..bla..bla... 

*mula-mula nak guna kain kuning ni tapi tak jadi sebab nipis sangat

*CD terpulang pada masing-masing nak guna CD ape. 
Kalau ade CD pirate yang nak dilupuskan pon boleh gak. huhu

Sila tekap saiz CD atas kain. Ikut je bentuk bulatan CD tersebut.

Once dah siap, potong kain tu besar siket daripada bulatan. Bajet dalam 1/4 inci.
Estimate untuk bias tape.

Tekapkan lagi bulatan tu dekat kain untuk dapatkan 12 bulatan yang sama besar.

Okey, siap dah 12 keping kain berbentuk bulat.

Next, potong kain cottong nipis sepanjang 17 inci dengan lebar lebih kurang 1 1/4 inci.
Potong sebanyak 6 keping, okey!
Kalau gunakan kain petak macam aku ni lagi senang sebab tak payah ukur, just ikut garisan kain. huhu... well, sloppy me!

Kemudian, sandwich-kan CD dengan 2 keping kain bulat tu. Letak CD ikut garisan yang di buat tadi. Pin kan dekat tepi supaya jahitan tak lari nanti.

Then, jahitkan kain ikut bulatan. Rapat dengan CD kat dalam tu. Gunakan foot untuk jahit zip. Barula tepi tu kemas je.

Lipatkan kain tape (lipat 4). Then, jahitkan tape di sekeliling kain bulat. Sehingga hujung bertemu hujung. Siap. Then ulang untuk 5 keping CD lagi.

Hasilnya, voila!! 
Macam kat atas ni. Dapat dah 6 keping coaster.
Kalau sape yang meja makan ade 8 kerusi boleh buat 8.
Kot la nak jemput orang datang makan, boleh la hiaskan meja sekali.

Masa diambil: Kurang daripada 2 jam.

Note: mm...pasni nak buat ape plak ye....

Anyway, selamat mencoba~~



No comments:

Post a Comment