Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Antara anak, paper dan master.

No comments:

Esok lusa dah nak masuk bulan December. Kalau ikut master nak kena siapkan writing sem ni. Sebab plan sem depan nak finalize thesis dan viva sahaja. Tapi simulation masih stuck. Idea dah ade. Method dah ade. Expected results dah ada. Tunggu bab simulated results je yang tak ngam.

Plus 30 November (lagi 2 hari) kena submit paper conference ICPEAM 2014 anjuran UTP. PG student wajib hantar. Result tak de lagi. Baru naik cuti bersalin mana sempat nak simulate result baru kan. *nampak tak alasan kukuh tak kukuh?

Malam ni memang tengah ada idea nak betulkan coding. Sekali anak plak buat tak mau tido. Tido jap 5 minit pastu jaga. Ulit punya ulit..berak 2 x.. Nenen tau la dah brape kali. Masih tak tido. Akhirnya tewas jugak pukol 1240. Boleh aku stat buat keje. Tak lama lepas tu 115 am dia jaga lagi. Huish. Dah takde cara sangat, aku amik dia menyusu depan pc. Alas bantal satu. Nasib yang ini kasi nenen terus tido.

--
Harap-harap Disember ni boleh siap simulation.
Harap-harap dateline paper akan extend sampai December gak.
Harap-harap baby akan tido sampai Disember. Eh?
Hehe.. Harap-harap baby besar nanti suka belajar. Takyah nak paksa-paksa ;)
Aminnn....

Nighty nite peeps.
For me-- tonight is gonna be one hell of a long night..

Keep calm and calmer!

Thursday, November 21, 2013

He is now 2 month old

No comments:
Masuk dua bulan.

Sekarang dah pandai menangis sekuat-kuatnya. Sebelum ni jarang menangis. Nak kata beralih bulan ye jugak la kot. Nak kate sebab kena cucuk tu bukan kot. Sebab takde bukti scientific pon lepas cucuk akan berubah perangai. 
Wallahu'alam.

Atau pun rindukan Ayah dia yang jauh dimata. Biasanya malam-malam tido dengan Ayah. Sekarang bila letak dalam baby cot memang senang sangat jaga. Tak lena tido. Kalau tido atas dada Ayah sampai pagi esok pon takpe. Kesian pulak bila dia jaga terus melalak. Bila pujuk sebut-sebut pasal Ayah terus dia diam. Macham paham je yek. Nasib Mommy yang tak menangis ingatkan Ayah. Sobss sobss..

Anyway masuk dua bulan ni Muhammad Izz (memang aku selalu panggil dia Muhammad Izz) dah pandai buat bubble dengan air liur. Dah meleleh leleh ke baju dah ayaq lioq dia. Huhu...

Lagi pulak sekarang dah boleh angkat badan. Bila letak dia dalam keadaan duduk sambil bersandar kat lutut..dia dah boleh naikkan badan dia kalau kita pegang tangan. Kuat kemain tangan dia.

*anyway takde maksud nak bangga kebolehan anak..cuma kami memang kena pantau growth progress Muhammad Izz sebab presume meningitis masa lahir tu.

Sekarang perkembangan dia boleh dikatakan normal. Lagipon bagi aku baby atau budak ni kebolehan dan perkembangan diorang berbeza-beza. No need to compare sape cepat sapa lambat. As long as diorang sihat, syukur sajalah.

Satu yang aku sangat syukur, sejak keluar hospital dulu Muhammad Izz tak pernah demam. Bimbang jugak kalau demam lepas cucuk..tapi alhamdulillah dia okay. Cuma aritu nampak lembik siket. Bangun tido dah nampak okay semula.



Friday, November 15, 2013

Feeling so dreadful today

No comments:

Pagi ni ada appointment dengan SV pukul 9 pagi. Semalam tido lambat. Lambat tak lambat la dalam pukul 2 pg. Tengok simulation sikit. I'm a last minute person.

Pagi ni tak sempat mandikan baby. Mintak Makteh dia lapkan aje. Tapi nasib la sempat jemur kain, buang sampah dan belikan breakfast untuk budak2 kat rumah. Susu tak sempat nak pam.. Sekarang pon dah rasa bengkak sebab pagi ni baby nyenyak tido. Tak bangun menyusu. Tengahari ni balik awal la. Semalam pon macam nak pecah. Keras macam batu. How i really need manual breastpump since no plug available kat tempat kami solat dlm ws tu...

Sampai kat parking dah pukul 9. Masuk ws jap setting laptop. Nasib ler access card ada dalam bag laptop. Kalo tak de memang naye la since tadi pagi takde sape dalam ws. Lampu pon tak bukak lagi.

Then pegi bilik co-SV dah ade orang dalam tu sempat la update blog kat luar pintu bilik dia ni. Well, takkan nak buat simulation atas karpet ni, ye dak?

Waiting.... *krik krik krik*


Harap cepat siap meeting ni. Nak settle hal claim gaji and petang ni nak gi jalan2.. Yuhuuuu...


Side note:: bile nak siap writing ni???????

Tuesday, November 12, 2013

Hibernating like a bawss!!

No comments:
I'm the mistress of planning and dreaming..


Selalu sangat berangan nak update blog selalu 
tapi kalau bab hibernate and put this blog on sleep mode
aku lah juara
banyak citer nak abadikan kat page ni 
senang la my kids nak tau pape 
diorang boleh baca sendiri
because i have short term memory
by the time budak dah besar nak tanya itu ini aku tak ingat
boleh aku jawab
pi rujuk belog mommy ye
takpe nanti aku redeem balik semua cerita
back date semua post
okay??
janji..
bile nak buat? 
entah...
tapi janji akan buat la....
InsyaAllah kalau diizinkan-Nya..
mane la tau kot-kot umo tak pendek macam kelingking..

Mode: bossy!!

Tuesday, September 3, 2013

Women Instinct

No comments:


Kelebihan yang Allah s.w.t kurniakan kepada wanita adalah "instinct" atau gerak hati yang kuat.

Dan seringkali gerak hati yang terlintas di nurani tu disangkal dengan mudah oleh pihak lain.

Atau dinafikan sendiri dengan harapan untuk lebih menyedapkan hati atau keadaan.

Kelemahan wanita adalah tidak mempercayai gerak hati.

Yang akhirnya, sesal dan sebal.

Monday, September 2, 2013

Pre-natal stress

No comments:


My husband and I, kami dah balik kampung since 2 minggu lepas.

17hb.8 - Saya ada sikit bocor air ketuban. Pagi sebelum suami pegi kerja, saya perasan ada air meleleh sampai ke kaki. Tapi siket je la. But no contraction at all. Suami saya dah cuak nak pergi kerja ke tak. Masa tu hari Sabtu. Saya memang tak kerja. Saya decide untuk tunggu kot2 ada leaking lagi sebelum pergi klinik. Bila suami saya balik kerja petang tu dia ajak jugak pergi klinik.

Lepas dah explain masalah kami kat Doc, she performed ultrasound and VE.     air ketuban (AFI) masih okay dan jalan belum terbuka. Kami cakap la kalau boleh kami nak bersalin kat Ktrg. Then, dia cakap kalau macam tu better balik sekarang maybe saya akan bersalin dalam masa 2 3 hari ni. Dapat MC 3 hari.

Cepat2 kami balik rumah kemas baju dan bertolak ke Ktrg. Dalam perjalanan tu memang saya rasa sakit pinggang. Sampai rumah mak dalam pukul 2 pagi.

19hb.8 - Regular check-up at KK dekat kampung. Bila nurse check, dia cakap baby head not engaged. Sepatutnya by week 36 baby head dah engaged. Dia suh saya pergi jumpa Doc. Doc at another KK pon cakap baby head not engaged. Dia refer saya ke GH. Masa tu dah takut kalau2 kena admit ward and nanti kena C-sect ke apa kan. Tapi takpe la pergi jugak.

At GH, dekat admission room diorang dah siap2 register untuk saya masuk ward. Then, tunggu turn untuk jumpa Doc. Punya la lama. Saya pergi pukul 2.30ptg jumpa Doc time dekat nak maghrib. Tapi masa Doc check dia cakap baby head dah engaged. Dan another Doc scan my baby. Dia cakap.baby okay. Siap tengah hisap jari lagi. Kencang plak tu ;) . Lagipun Doc tu cakap even time nak beranak baby head not engaged, diorang masih boleh guide baby untuk keluar secara normal. Tak perlu risau. Then, diorang discharged saya on the spot.

20hb.8 - Bangun tido pagi tu, perasan ada lendir bercampur darah (bloody show).. which is salah satu tanda dekat nak bersalin. Kami decide untuk ke hospital. Tapi saya masih ragu2 nak pergi sebab tak rasa sakit langsung. Tapi my husband and MIL memang dah suruh pergi. Okay, ikut aje. Tapi masa lalu depan GH saya decide we better check jalan dekat klinik dulu.

Kami pergi Klinik Perubatan Intan, and Doc performed VE. Masa tu dekat maghrib. Dia cakap jalan dah terbuka 3 cm. Dia terus buat surat refer ke GH. Tapi since saya tak rasa sakit, sempat balik rumah Mama jap. Sembahyang dan makan mi tomyam. Huhu...

Malam. Admit ke ward. Suami dan adik ipar saya nak tunggu kat luar, tapi saya suruh balik sebab kesian diorang tido kat atas kerusi je. Malam tu cek jalan, 2 cm la pulak yang terbukak.. Dan buat CTG (lupa nama penuh dia), resultnya baby reactive.

Pengalaman pertama saya duk dekat ward. Satu perkataan je. Disaster. Dengan baju besar gedabak, nyamuk duk hurung saya, makan tak best (mm..okay je la), bau darah yang sgt kuat (sebelah saya ada akak dah lepas besalin) dan panasnya.. Toksah cakap la. Memang sangat tak best. Pukul 3 lebih terjaga, pukul 5 baru boleh tido balik.

21hb.8 - Pagi tu doc buat check up. Performed VE again and CTG. Memang bukaan jalan tak ada progress. Still 2 cm. Saya pun tak rasa any contraction. Even the mildest one. Result CTG pon reactive. So, baby sangat okay la kan. Bila dah petang tu saya jadi makin stress duk dalam ward sebab bila dah sembang dengan gang 'sekapal' yang lain, ada yang sama kes dengan saya dah 4 hari warded. Still jalan tak terbukak. Ada yang terpaksa induce etc. Since saya takde complication apa-apa, saya bincang dengan husband nak mintak balik rumah. Scary dowh duk ward ni. Ada yang ditolak masuk LR pagi, petang pon tak keluar lagi. Ada yang merengkot2 atas katil tahan sakit sebab induce.

Bila bagitau Doc, dia agree dengan saya. Dia terus buat surat untuk discharge saya petang tu. Dia just cakap cukup 39+5 weeks saya kena datang serah diri kat hospital walaupun tak sakit. Nak monitor la tu kan?

28hb.8 - Weekly check-up at KK. No problemo. Tapi sedikit stress sampai nangis2 sebab takde tanda2 nak bersalin lagi. Even member sekapal yang lain pon dah bersalin.

Yang menjadikan saya stress sebab dah lama sangat suami saya bercuti. Sepatutnya cuti suami reserved untuk saya bersalin, ni tak bersalin jugak. Dia punya annual leave pun dah habis. Ni nak kena sambung unpaid pulak. Saya suruh dia balik Perak dulu dia tak mau. Katanya nak sambut baby sulung dia ni. Kalau tunggu saya sakit baru dia nak rush balik memang dia tak sempat. Memang murni niat dia tapi saya yang runsing kalau2 lagi 2 minggu pun saya tak bersalin lagi? Takkan dia nak cuti sampai sebulan? Paternity leave dia pun hanya sehari je. Means lepas saya lahirkan baby dia ada dalam 2 hari je untuk bersama baby then balik ke Perak dan tinggalkan saya berpantang di Ktrg. Saya punya maternity leave pon dah tinggal sebulan stgh je ni.

Sekarang ni memang saya tak rasa sakit langsung. Yang saya rasa cuma sakit celah kangkang sampai nak jalan pon sakit. Tapi still boleh handle la.

Baby plak aktif je dalam perut macam tak nak keluar. Memang saya dah runsing sangat. Kadang2 putus asa pon ada. Saya banyak sangat pikir sampai stress. Nasib tak efek kat baby. Kadang2 saya memang sangat negatif orangnya. Selalu pikir yang bukan2. Cepat sangat putus asa kalau ada hal yang tak jadi ikut plan. Ye, saya tau kita hanya rancang, Allah yang tentukan. But I can't help myself daripada fikir yang bukan-bukan.

Kalau nak cerita pasal induce baby naturally tu memang dah cuba macam2 cara. Dalam 2 minggu ni saya dah try jalan2 kat pantai tiap2 pagi, pergi swimming, try makan ubat homeopati, pergi dusun durian lagi, make loves, urut, minum air dan minyak selusuh, cakap-cakap dengan baby, makan macam-macam.. U name it! Pendek kata semua la. Still not working. Takda tanda sakit atau apa pon. Air ketuban pon tak pecah.

Setiap malam nak tido, selalu saya bayangkan esok pagi mesti sakit dan dapat pegang baby. Last2 saya jugak yang hampa. Sebabnya excited sangat nak jumpa baby. Dan risaukan hal kerja suami saya. Ramai.yang tenangkan saya suruh sabar, belum masanya lagi. Yang tak rasa memang la tak tau. Ahkak yang menanggung ni seksa. Membilang hari.

Tu belum dengan semua orang duk tanya, bila nak beranak? Ye lah, baby ni cucu sulong belah suami saya. So, memang ramai yang menanti2. Tapi hal ni minor je la bagi saya. Saya syukur jugak sebab MIL saya tak pressure sangat.

2hb.9 - Hari ni dah sampai due date baby. Saya makin tertekan. Kalau tak beranak jugak hari ni macam mana? Kalau by weekend ni pon baby still taknak keluar macam mana? Kalau ikut hati saya nak je saya ajak suami.balik Perak hujung minggu ni. Kalau terberanak sendiri kat Perak pun tak pe. Pantang sendiri je senang.

#moral of the story...

For next pregnancy (memang saya nak beranak lagi insyaAllah), saya nak ikut instinct saya sendiri je. Tak nak apply cuti awal sangat. Harap suami tak excited sangat nak sambut baby sampai saya stress.

Kalau saya memang ditakdirkan duk jauh dengan family, saya nak cuba pantang sendiri je. Masalah sekarang ni kami duk jauh dengan family. Memang susah nak ulang alik. Dengan jalan yang bengkang bengkok nya, kos lagi, masa lagi. Paling kurang 8 9 jam baru sampai.

Kalau ikut planning sekarang ni pun, saya akan berpantang kat kampung sampai 16hb je. 13-15hb ni majlis kahwin adik ipar saya. Lepas tu mungkin terus balik Perak. So, dalam masa pantang kat rumah memang kena blajar macamana nak handle semuanya sendiri. Harap-harap semua urusan dipermudahkan.

Nanti kalau dah bersalin saya update. Kalau lambat jangan marah :-)

Thursday, August 15, 2013

Post-Raya Entry.. Banyak giler nak cerita ceritut!

No comments:

My Mama selalu nyanyi dulu-dulu.. "cerita ceritut, tahi mata besar lutut.." What?? besarnya tahi mata. Well, my Mama suka meraban. I ikut Mama la..selalu  meraban. Pastu dah kawen ni tag team dengan hubby plak. Gang meraban sedunia. Dua-dua belah family tahu dah perangai kami macam mana. Tiap-tiap kali jumpa memang ada je cerita mengarut-mengarut buat jadi bahan #gelaksakan. Lebih sakan daripada hot fm pon sebenarnya... (bukan main lagi hashtag gelaksakan macam hot fm, you!)

Layan gambar raya dulu sepam,,




Balik raya haritu memang best sangat. Sebab tak payah masak. Hahaha... Berbuka mak masak. Sahur Budhe masak. Balik umah mak, mak masak lagi.. Keje kite laki bini ulang alik je. Tolong potong-potong je mana yang patut. Maklum la rumah dekat. 

Anyway, semua kueh yang diidamkan semuanya dapat merasa. Takde la baby meleleh ayaq lioq je nanti. 

Raya pertama haritu bermalam dan berpagi dekat rumah Mak mertua. Pagi-pagi dah layan nasik dagang heaven!! Lepas dah puas salam dan bergambar raya terus balik rumah Mama dan sambung bersalam dengan semua adik-beradik. Then, ikut konvoi beraya di rumah sedara mara. Nasihat saya, kalau nak kawin kalau boleh cari calon yang dekat dekat. Senang, nanti balik raya tak gaduh. Dalam sehari masih boleh ulang-alik dua belah rumah. Takde la mak-mak kite buat drama syahdu kalo tak nampak batang hidung kita dipagi raya ;) 

Macam kami, lepas ikut konvoi belah saya sempat lagi call konvoi Mak ada kat mana. Agak-agak nak join skali boleh terus pecut je. Dah memang tak jauh sangat pun. Raya tahun ni memang kami tak berenti raya sampai malam. Kena pulak timing cantekk... Memang ummphh la... Sampaikan masa raya kedua saya dah tak tahan sangat panas dan melekit beraya sampai malam, siap tumpang mandi rumah sedara. Hehehe.... Seb baik toiletries and towel semua dah ada dalam bonet kete.

Yang paling best siap ada insiden ketera pak sedara masuk dalam longkang. Uturn tak lepas. Siap terjongkit kete dalam longkang. Dah la time malam.

Jom layan gambar kenangan.. Yang mana ada je la ye..


                                            

                                   
                                                                            #tengok ape tu???

                                                               
                                    #maafkan segala salah dan silap sayang.. Ermm,esok buat lagi. Lol

                                        
                                  #mak dan ayah yang bosan menunggu adik-adik mekap dan pakai                                                                                                tudung. Berejam..

                                        
                                                                                       #le siblings

                                                                   
                                                 #herot berot dah molot mak uyung... Perot macam belong!!

                                              
                                                            #the sisters.. Molek je susun ikut turutan ek?.

                                              
                                                                 #pehal lak mak uyung posing mawt tu...

                                              
                                                                        #done at Mak's. going to Mama's...

                                              
                                     #ade je yang rosakkan gambar.... Tapi dah beso nanti boleh gelak kan                                                                                             Eka menguap.

                                                                       
                                                                  #with Uteh yang amik gambar sebelum ni..

                                                                       
                                                                                           #the buyungs....


End of part 1.. Tunggu part 2 okay.


Sunday, June 23, 2013

Nursing cover as gift..

No comments:

Demi untuk nak gi tengok baby Afiya, saya buatkan satu nursing cover untuk Ibu Afiya. Kak Zakiah.


Gunakan saje kain yang sedia ada. Sebab tak tau nak buat apa dengan kain ni. Rasenya keperluan untuk my baby dah cukup.

Here's our pictures with Baby Afiya yang tak suka tido atas tilam tapi tertido atas dukung saya... Bestnya jadi ibu..huhu




Geram tengok jari Afiya yang runcing dan panjang ni. Ala-ala model gittew!!!


Pic blurry, sumimasen...





Thursday, June 20, 2013

Rindu jeritan neo!

No comments:




Rindu nak naik Neo. Nak dengan ngauman Neo tiap pagi. 
Banyak giler kenangan dengan Neo. 
Daripada hitam ke kuning sampailah ke putih.

Banyak sangat jasa Neo pada kami.
Johor je tak sempat sampai dengan Neo.
Suka, duka, gembira, sedih. Semua dengan Neo.
Teman bicara time tuan dia dia sorang-sorang.

Bila hujung minggu, yang ni lah di belek-belek, di belai-belai, di usap-usap.
Pantang dapat gaji, ade je mende nak upgrade untuk Neo.

Sian baby baru tak sempat naik Neo.
Bukan cari pengganti, cuma harap Neo dapat berkhidmat untuk tuan dia yang lain pulak.

Atas semua yang dikongsi bersama,
KAMI BANGGA DENGAN NEO!!!




Thursday, June 6, 2013

Barut baby ;)

No comments:


Bila dapat tau saya mengandung banyak benda yang saya plan nak buat/jahit sendiri. Termasuklah barut baby. Bila google tutorial nak buat barut baby, banyak sangat nampak orang duk buat barut baby dengan kain pattern cantik-cantik. Tapi oleh kerana malas dah tak sempat, barut baby tertangguh. Yang sempat siap (hingga entry ni ditulis) cuma bantal, selimut, nursing cover n bolster baby. 

Tapi nasib baik masa balik kampung rumah mertua 2 minggu lepas, Mak cakap barut dah ada. Mak simpan dalam almari dekat dapur. Barut ni semua kepunyaan adik-adik ipar. Ada lah dalam 12 helai. Cuma ade kesan-kesan kuning pada barut tu sebab lama sangat simpan, naik kuning.. Nasibla bila dah rendam dengan sabun bagai, hilang jugak akhirnya. Hehe... So, tak payahla susah-susah nak jahit lagi. Lagipun, barut tu baby akan guna untuk jangkamasa sekejap je, lebih kurang 3 bulan yang pertama tu. 

 Ni barut baby yang apat daripada MIL..

Total ade la dalam 12 helai..


Ni plak hasil cilok dari rumah Mak. Barut, lampin, alas lampin 3 segi, orang dulu-dulu pakai.. Ni saje je basuh. Tak sure pakai ke tak. Hehe.. Plus ada satu hat baby. Sape punya entah ni...

Plus, sepupu husband saya pon ada offer nak bagi pinjam anak dia punya barut. Baby Aqil punya. Dah orang offer nak bagi pinjam, sambar je la. Bila dah tanak pakai nanti boleh pulangkan semula. 

Owh, selain tu ade jugak lampin dengan baju-baju newborn yang Mak simpan.. Banyak la jugak. Penuh satu sidaian. Memang boleh stop beli baju newborn. Bila baby dah besar siket baru boleh start beli baju semula. Kalau baby bakal lahir ni baby girl, lagiii banyak baju dalam simpanan. Baju adik ipar yang paling kecik. Sebab dia selang jauh dengan abang-abang dan kakak-kakak dia, memang banyak la baju dia, baru-baru lagi.

Tapi yang paling best, dalam banyak-banyak baju, ada satu yang paling best.


Ni baju kepunyaan husband saya masa dia kecik. Its amazing how my MIL boleh jaga baju ni elok-elok. Still intact. Cute kan? Sampai baby boy boleh pakai si Ayah punya baju. Baju ni dah umur 28 tahun kot. Dah layak masuk muzium ;) hehehehehe... Tengok fesyen pon tau fesyen lama kan. Sekarang payah nk jumpa seluar newborn macam tu. ala-ala spender tu kan. Sekarang jenis short ada la kan.

Seriously, tak sabar nak tengok baby. Nak tengok baby pakai semua baju-baju ni. But, it's okay. Im giving my son as long time as he wants to be in my tummy. We just wait until the moment comes.


Wassalam.


Panic di pagi hari, battery phone mati!!

No comments:

I'm currently on my 27th ++ weeks, and the baby is kicking more frequent than ever. But this morning I cause everyone a panic situation, just because my phone's battery is dead.

Pagi tadi my husband and I siap-siap nak pergi kerja, then saya rasa sakit perut (Notice sekarang guna "saya" instead of "aku", cakap lemah lembut la kononnya).. Memang sangat memulas-mulas. Mula-mula masuk toilet,  'yak' la siket.. then lega sekejap. Pastu duk sekejap, rasa memulas lagi. Suami saya dah bimbang semacam dah, takut-takut la early contractions for pre-mature delivery ke hape, kan? Tapi saya sure ni sakit perut nak 'yak' je nih. Saya masuk toilet lagi skali, then after having my own looong sweet time dalam toilet tu, saya cakap kat husband boleh la dia pegi keje sekarang. Eventough  he was a lil bit hesitated nak tinggakan saya, still paksa dia pegi keje jugak. Lagipun arini memang ada borang saya nak kena hantar, kena gagahkan diri pegi jugak.

On the side note, semalam lupa nak charge handphone sebelum tido. Then nak pegi keja saya bawak charger skali. Alkisahnya bila dah sampai ws, lupa plak nak charge sebab duk bersembang. Bila duk chat dengan Dhati kat FB, baru Dhati cakap my hubby msg dia nak no fon Yaya (ws-mate), mesti kes call hp saya x dapat ni... baru perasan hp belum charge.

Terus charge-kan hp. Dengan berdesupnya! Once dah on kan hp, berderet notification masuk, missed call lagi, text lagi, siap mak mentua call tanya okay tak. My husband punya panic x dapat nak call, dia dah siap nak balik dah. hehe.. yang sebenarnya, saya duk bersembang ceria je dalam opis. hehehe....

Kesian pulak, saya memang jenis x brape nak kesah phone ade battery ke tak. Tapi this time, ni memang kena jadikan pengajaran sebab dah dekat-dekat nak bersalin ni, ramai yang bimbangkan kita. Jadi kena alert dengan hp, pastikan selalu on. Senang nanti ada apa-apa orang dapat reach kita within seconds.. fuhh!!

Habis sebabak cerita harini.

Jom, buat keja!!

;)

Friday, May 31, 2013

Tendangan power! ..from the inside.

No comments:

Sekarang ni baby asyik duk menendang aje kerjanya. Baru jap ni, dia kick 3 kali. Kuat giler sampai berombak perut mommy dia ni. Aku siap panggil hubby yang duk tengah basuh kete kat luar.. Tapi kalau dengan Ayah dia takde pulak nak kick kuat-kuat. Main-main dengan Mommy ye..  

And btw, kami dah tau jantina baby. He kicks hard because he is a BOY!!

Last week we went to the doctor. Masa dekat Terengganu. Siap ajak Nenek, Acu dan Uda dia pegi scan baby. Masa tu 25 minggu doctor cakap mungkin agak susah nak detect jantina because sometimes position baby menyukarkan doctor nak detect jantina. But, we gave it a try la...

Lepas doctor ukur kepala baby yang besar dan sihat tu, doctor ukur plak tangan dan kaki dia. Then, lepas tu sekejap doctor cakap "eh ni dia tunjuk. Laki ni.." Sempat la nampak "bibird" dia jap. Hehe. Ayah dia pon ape lagi. Happy la tau baby dia boy. Kan? 


Ni picture baby masa umur 25 minggu dalam rahim Mommy. Baby memang sangat sihat sekarang. Even the doctor predict baby mungkin keluar awal seminggu daripada EDD. Tapi, ye la kepala baby supposed to be larger than other organs, right? From this picture, boleh tengok brain baby, his ribs, hands etc. 

So, I guess tak perlu la pegi jumpa doctor kat Pantai Hospital untuk scan 3D kan? Let the rest be mysterious. Nanti bila dah keluar boleh la nk tenung muka baby puas-puas. Takyah nak scan banyak-banyak sangat. As long as our baby is healthy, it is more than enough for us. 

Sekarang pon dah boleh kira berapa kali baby menendang dalam sehari. Lebih kurang 10 kali sehari, kalau ikut info daripada nurse. Tapi bukan 10 kali dah, lebih pon ada. Main bola agaknya dalam perut Mommy. Huhu. Biasanya start pukul 11 malam time kami nak tido tu la mula dia start menendang, ajak main agaknya. Nanti dah keluar, jangan di ajaknya main malam-malam sudah... Ada yang jadik zomba kang..

Kadang-kadang terfikir jugak, nanti bila baby dah keluar mesti rindu nak rasa baby kicking dalam perut. Rindu nak tengok perut buncit depan cermin. Rindu nak usap-usap perut sambil cakap dengan baby.. Eh, jangan cakap aku kena prepare for baby no. 2 okay! Hehe..

BABY.. MOMMY LOVES YOU SO MUCH!! Can't wait to see you.

That's all. Jumpa lagi.

Wassalam.



Friday, May 17, 2013

Updating this blog just to kill the time-

No comments:

Feels like so long been ignoring this blog. The last time I blog about is before balik kampung, not for election but before the election. O..balik tolong Mak masak untuk tahlil arwah to'ki. 

2 weeks after that we went balik kampung lagi for election which was very intense in our family. Should I story-mory here? Okay, just lemme list it out, just for my future remembrance  cause I intend to forget anything happened around me. Low capacity of brain memory.

What happened in my families pre- and post- general election of 2013:

1- My younger brother (Pak Ude) was very supportive towards PAS, extreme, if I would say. Made my Papa called him Taliban, haha! We went flag hunting at town. Tak tau mana nak beli bendera, then decided to curik je mane-mane. haha

2- My Mama, who supported/voted for BN for her whole life was in dilemma right until the election day, because my-Taliban-brother, me, all my sisters, and the in-laws except one (Pak De), keep telling her to change the vote this time. Pas. And she was very pening kepala, Hey mana Mama mau pangkah ini kali?? hahaha... And we all said, Ini kalilah, Mama!

3- My Mama was actually afraid if Papa knows that everybody is against BN, Papa would freak out. We kept our choice behind Papa's back.

4- On the night after the election, Papa asked me what I voted for? And nervously said, Of course, Biru la pa! And he said back to me, ha.. I don't believed in you. Haha,, he can read my mind, lol! I just wanted to avoid the lecture!

5- During the result hearing on television, imagine my Papa sat in front of the TV while two of his son-in-laws are reading the result from the internet behind him, quietly not to reveal that they are actually voted for PR. haha,, and my sister coincidentally bad-mouthed (kutuk) BN. And when she realized that Papa was near them, there goes the silent and bunyi-cengkerik-jadi-background!!

6- My hubby and I went balik rumah Mak that night and I fell asleep around 11++pm. And when I woke up at 1++am, he told me that BN won the GE again. Then, we were all frustrated and I kinda tak boleh tido kejap sebab frust sangat. Same goes to my MIL and FIL.  

7- But after all, we kind of felt worth it as long as the candidates that we voted for won, parliament and DUN.. even though the opposition can not rule the state, it's okay as long as we tried.

Regardless  of what political side that we chose to vote for or believed in, I think this election really was the toughest one and we are still a family, I'm glad that we are. Not need to argue or brag about who won and who lost. Just accept the result as it is.

No more political stuff for me after this, I am soooooo tired of following political issues these days. I need to focus for another events in my family..


Till then, my hubby is about to arrive and fetch me. I need to pack my things up. And balik masak - bukak puasa, today my last day ganti puasa. Yeay.

Dada didi dudu!!


Tuesday, April 16, 2013

Our heartbeats (Mood:: Balik Kampung)

No comments:

This just a quick update. Sekejapan lagi nak jumpa Mr. SV. Nak suruh dia review paper untuk hantar petang ni. Tak pun esok. *tak agak-agak nak suruh SV buat keje. ko hado??

Tapi perjumpaan ni lebih berkepentingan untuk aku mintak cuti ari Khamis ni. Memandangkan Jumaat ni hari yang mulia lagi berkat jatuh pulak Hari Keputeraan Sultan Perak, makan dengan ini kami laki bini telah plan untuk balik kampung. Si Suami dah lame apply cuti ari Khamis ni. Aku baru nak mintak. Ala,, aku ni jenis cincai je. Kadang cuti dulu, isi borang kemudian. Takpe la ni behave siket. Mintak dulu baru balik. Kalau SV tak bagi? Tak kira nak balik jugak..

Plan ni di buat sebelum orang umum pilihanraya. Nanti nak mengundi balik lagi. Tak pe la balik kerek-kerek (acap kali) ni bukan salah pon. Lagi dapat pahala nak jeguk mak ayah mama papa adik beradik semua kat Terengganu. Jauh perjalanan luas pemandangan, cramp punggung dalam kete toksah cerita la. Rase nak pasang sayap kat Neo kasi jiwa kelajuan siket.

So, papal paper tu harapnya tak yah la susah-susah mintak aku betulkan banyak sangat. Betul banyak-banyak bukan boleh Nobel Prize pon. *typical pemalas kan.. Maaf la, malam ni aku dah plan nak packing baju. Plus nak basuh kemeja suami. Semalam dia basuh baju, aku suh dia tinggal kemeja jangan campur dalam washing machine nanti rosak kolar. **motif sangat nak bagi tau laki aku rajin basuh baju. Well, time preggy ni la nak buli suami kaw-kaw. Pas ni jangan harap, gigi dia pun suh aku flosskan. Esok dah boleh fly awal siket. Monteng lagi. Eh, biase....

Kebetulan hari ni Hari Jadi MIL, so balik kampung esok lusa boleh la baham kek sebijik dua buat berkat anak dalam perut. Sebjik dua?? Apekah?? Boleh cari hadiah sutera sepasang kat Pasar Payang. Buat hadiah hari jadi. Nanti boleh bergaya time anak pompuan dia nak kawin.

FOR EMAK::
SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA SENTIASA BAHAGIA DALAM LINDUNGAN ALLAH. DIPANJANGKAN UMUR sampai dapat tengok cucu-cucu semua besar panjang, DIMURAHKAN REZEKI... SAYANG MAK!!

---------------------------------------------------------------------------------------------


Now update pasal baby pulak::

Sekarang masuk Week 20--
Eh lupa nak update pasal gi scan baby aritu


..mencelah..

tengah duk type SV plak datang nak cek paper.
Lepas dah bincang banyak menda yang dibetulkan dan nak kena betulkan lagi.
Memang aku tengah bengang giler la ni. Hancuss mood nak balik kampung...
Stress giler ni. Hati rase nak mengamuk.
Muka langsung muncung, tak senyum pon.
Aku rase sekarang  aku semakin suka rebel, tapi dalam hati je la.
Awal-awal dulu aku ikut je, sekarang aku banyak tak puas hati.
Tu la asik tukar direction ke kiri ke kanan.
Terus takde mood nak update pasal baby.

Sorry baby, next time mommy will update pasal awak okay.

*tembak kepala



Tuesday, April 2, 2013

Yang hangit tu ade yang suka

No comments:
Kalau yang bahagian hangus-hangus ni memang kegemaran dia.
Kalau makan jemput-jemput ke, goreng pisang ke, roti bakar ke, memang suka bahagian yang ade hangus-hangus, yang ade hitam-hitam siket.
Tapi kalau legam tu lain cerita la kan..
Tapi kalau nasik kerak tak de plak nak berebut ye?

Ni perangai sama macam mak mentua dia.
Memang nak yang hitam, berebut!

Banyak lagi perangai yang sama dengan mak mertua.
Tido tak pakai selimut.
Tido suke peluk selimut.
Suke apam kuah. (Ni bini dia baru tahu).
Suka cakap mengarut pun ada gak. Hahaha...


Friday, March 22, 2013

2nd anniversary.. alhamdulillah!

No comments:
Haha... *gelakkan diri sendiri sebab lambat update 

Actually gambar ni dah duk dalam draft lame dah. Sejak anniversary ari tu la. Tapi sebab upload gambar je jadi draft terus lupa nak update.

Tapi tak kira!! Nak update jugak. Sebagai kenangan ulangtahun ke 2. Tahun depan boleh bukak balik, tengok, baca, hayati. Aku ni kan pelupa. Kalau tak masukkan kat sini, halamatnya memang tak berapa nak ingat kenangan-kenangan ni semua.

Tahun depan boleh la compare ucapan makin grand ke makin kurang memercik pancaran cinta ke,,kan? hehe.. Aku punya wish aku tak printscreen pon.. hehe.. malu la..
Kalau sape yang add stagram kite tu dah bleh tgk gambar bwh ni. Recycle je pon.. hehe




Anyway, Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-2 buat aku dan suami. Semoga semakin diberkati dan dapat la kami menimang cahaya mata pertama tahun ni.


Dalam duk pikir-pikir nak beli hadiah ape tu, dapat le jam Alba seketol sorang. Memandangkan harga jam aku masih under bajet, dapat plak beg sebijik lagi. Hadiah berganda gitu. Bagitau kat sini bukan sebab nak riak ke hape, sebab nak bagi ingat kalau-kalau aku lupa tahun depan. takyah la nak tanya suami tahun depan, "Abang, tahun lepas abang bagi hadiah ape kat sayang?" "Sayang bagi hadiah ape kat abang?" Nak kena cekik ngan hantu Kak Limah??

Ni belum kes lupa tarikh anniversary lagi. Awal bulan aritu, suami yang tanya, "Anniversary kita bile yang?" Yang si sayang nya menjawab "Entah, bulan 3.. eh ni la bulan 3.. bulan ni la..."

Hadoi.. Pak Pandir ngan Mak Mandir betol... eh, bukan Mak Andeh ke? Entah.





Sunday, March 3, 2013

Tepung oh tepung..

No comments:

Semalam beria aku duk buat puding buih kuah kastard. Ikut semua tips yang MIL ajarkan. Sebelum ni buat tak brape menjadi buihnya. Bile campur kuah dia jadi lerai. Hancuss..

Semalam punya batch dapatla dalam 4 bekas. Yang 3 bekas tu jadi cuma yang se bekas lagi tu tak jadi. Sebab tu yang hujung-hujung. Banyak air sgt kot. Dia jadi 2 layer. Tapi overall okey la. Bagi aku. Kalau aku tak puji sape lagi nak puji kan..

Nak dijadikan cerita..

Dekat suami aku nak balik tu aku siapkan kuah dia. Okey.

Malamnya, aku potong la nak makan. Bila dah letak kuah, kami makan ler. Tapi hubby aku tu kate kuah tak menjadi. Aku pun heran la. Katenye rase muak. Dia memang tak boleh rase susu banyak sangat. Elergik. Aku rase macam ok je. Tak pe la aku pikir esok aku tambah tepung kastard dengan air siket.

Hubby kite ni kalau sedap memang dia akan angkut 4 5 kali sehari. Tapi peliknya yang ini memang dia tak angkut langsung. Memang tak sedap la tu gamaknye. Kalau tak lena gaye dengan tekak dia, baik buang aje la. Tapi nak buang sayang.

Petang esoknya.. Aku bancuh lagi 2 sudu tepung kastard tu. Suruh la hubby nye rase, still dia kate tak menjadi. Pastu dia tanya kenapa kaler tak kuning? Aku cakap la, ke sebab kuning telur tak cukup? Heran giler aku.

Skali pikir punya pikir... Cek punya cek..heran punya heran. Gi kat almari barang tu... Hallamak.. Gua silap masuk tepung jagung daaa..... Sebab kebetulan tepung jagung tu duk dalam bekas kaler kuning, confideng je aku itu tepung jagung. Patut la tak kuning. Tapi campur lagi dengan tepung kastard makin tak sedap la sebab dah jadi pekat... Aku pun tak lalu..

Kesimpulannya untuk hari ini:: aku ni kadang-kadang boleh tahan jugak bangang nye. Geram dengan diri sendiri. Membazir jer.

Dan, pengajaran untuk hari ini:: ini la pentingnya ilmu yang cikgu tak ajar dekat sekolah.

#malas aku nak snap pic kuah kastard tu. Tensiooonnnnnn....

Sekian, selamat membuang.

Tuesday, February 26, 2013

Hujan Itu Rahmat

No comments:

Bukan susah pun Allah nak turunkan ujian. Nak uji kesetiaan dan kesabaran hambaNya.

Bukan perlukan batu, api, gempa bumi, tsunami pun.
Hanya turunkan hujan. Walaupun rintik-rintik manja.
Dah boleh tengok sape yang merungut nak redah hujan tak de payung,
sape yang dalam hati cakap "susah betul kalau hujan, satu benda kerja pon tak boleh buat"

atau,

sape yang redah je hujan tanpa banyak cakap.
sape yang cakap "alah basah sikit je pon".

Tapi tu lah,  mulut kalau dah biase merungut, paling kurang pun dalam hati mesti nak merungut.
Kadang-kadang bukan la sebab tak puas hati ke, rase susah ke ape.
Cuma dah terbiasa mulut dan hati nak mengomel.

Payah kalau tak sedar yang hujan tu sebenarnya RAHMAT daripada-Nya.




Thursday, February 21, 2013

Food Poisoning

No comments:
Petang semalam balik dari Tesco terasa sakit kepala. Ingatnya balik nak terus masak, tapi tak tahan sangat tido jap. Sedar2 hubby dah balik. Lepas semayang asar terus gi dapur nak prepare makan malam. Tapi masa tu sakit kepala lagi. Tapi tahan je la sebab dah lama tak masak. Walaupun hubby dah offer nak beli makanan kat kedai je.

Lepas dah makan malam, rileks la depan TV sambil duk tunggu Revenge pukol 10. Time tu kepala sakit giler2. Tapi tak nak gi klinik. Sapu balm je. Lepas urut2 siket terus rasa nak muntah. Masuk bilik air habis semua isi perut keluar. Sampai tersembur2 dalam toilet. Bila dah lega siket tu sambung rehat balik. Tapi still rase macam ade lagi yang tak lepas.

Hubby bagi minum air masak dan makan ubat. Vitamin untuk baby. Duphaston, folic acid, B complex & iron. Tak lama lepas tu rase tak sedap pulak. Masuk bilik air, habis semua ubat2 dimuntah balik. Rasenye sebab iron tu rase hanyir sebab tu muntah. Kali ni keluar ubat dan air je. Time ni mmg badan dah rase lembik dah.

Nak pergi klinik mmg dah lewat. Rehat je la depan TV. Dengan selsemanya lagi. Hidung berair-air. Last-last mintak hubby ambikkan garam kasar. Mulut rase loya. Terasa nak kemam benda masin. Hubby dah buat muka. Pelik. Macam2. Haha..

Sebab perut dah kosong, lapar balik la kan? Tapi nak makan nasi ke roti ke mmg takut muntah semula. Last2 pergi dapur cari mempelam. Nasib pelam tu x masam sangat. Lemak2 je rase dia. Itu je la yang ade dalam perut ni sampai pagi.

Pukul 3.42 pg terjaga dari tido sebab mimpi bukan2. Time tu mula la tak boleh tido. Pergi toilet la..pergi minum la. Amik lotion la sebab kulit rase kering. Since tak boleh tido, try bukak zikir terapi. Pastu sedar2 dah pagi.

So, pagi ni hubby pon tak pergi kerja. Nak teman gi klinik jap lagi. Tapi badan rase mcm dah okay. Cuma x larat sebab tak makan. Tak de tenaga.
Paling2 pon jumpa doktor amik ubat selsema je lah...

Rehat lagi arini...


Daa..

Saturday, February 2, 2013

Craving during pregnancy

3 comments:

...dan apa yang ada di Terengganu tapi takde di Perak. 

*ni entry kompilasi makanan Trg.



Since pregnant ni  takde la aku duk mengidam nak makan menda yang payah atau susah sangat. Macam daging rusa ke, daging kuda ke ape. Tu memang tahap extreme la tu. Even aku pernah dengar mak-mak dulu ada cerita kisah mengidam yang pelik-pelik. Nak makan sabun la, nak cium bau minyak petrol la, nak makan pengilat kasut la. Memang tahap sadis. Ape yang sedapnye mende alah tu semua, aku tak tau la. Ala, bukan bakan banyak pun jilat siket je, buat lepas gian.

Aku sekarang cuma duk mengidam makanan Terengganu je. Maklum la tekak Trg, mana nak lari. Kalau time breakfast pagi memang la sangat sedih kat sini, alih-alih jumpa nasik lemak, bihun goreng, mee goreng. Tak de variasi sangat. Roti canai pon dekat mamak je, aku kalau makanan mamak ni memang payah nak lalu. Bukan la demand sangat, tapi kalau kat Trg pagi-pagi memang banyak mende nak pilih. 

Meh aku senaraikan makanan pagi yang senang-senang boleh dapat kat Trg (kalau nak tengok gambar boleh google sendiri-jangan stim sorg2 sudah):


  • Nasi dagang: lauk ikan aya/tongkol..perggghhhhh
  • Nasi minyak: lauk ayam atau lauk daging
  • Nasi lemak: kalau dapat Ali punya nasik lemak memang kaw2 la...
  • Roti canai: banyak kedai melayu nak di tuju. Mamak memang yillek, naadaa, nehi hey kat Trg. Jarang org Trg layan mamak. haha
  • Laksam: Ni memang rare! Kena pandai cari kedai yang best.
  • Nasi Kerabu: Ni dekat area rumah Man (Pak Tuyu kot) ade kedai nasi kerabu daging/ayam bakar. Dia punya sambal kelapa memang best sangat2... hari-hari makan pon takpe.
  • Pulut gaul nyor: Wallah... ni kalau makan dengan ikan kukus, ikan kering or ikan goreng memang mahsyuk... sedap...
  • Nasi himpit kuah kacang atau kuah gulai ikan aya: Ni pon kena sodappppp...
  • lain-lain makanan macam mee goreng, bihun goreng, nasi goreng tu standard la. Tapi jarang jadi pilihan pagi-pagi.
  • Kueh-mueh: Pulut panggang, karipap inti ikan, kuih bom, dan lain-lain tu memang malas aku nak list kan. Kecur ni!!
Kalau time tengahari plak, kalo tanak makan nasi berlauk, boleh cari kedai yang jual mi sup perut, nasi beriyani, nasi ayam (dekat nasi ayam Yunan tu pon best gak) - banyak la tempat jual nasik ayam kat Trg ni. Laksa kuah merah, laksa kuah putih (ni laksa Trg la) and laksa penang. Laksa je dah 3 jenis uollsss..... Macamane nafsu makan tak melonjak kat Trg.. Kalau rase panas terik, lalu depan pasar payang rembat cendol pulut dengan rojak buah. Heaven!

Petang. Ha, ni part paling best. Makan petang... yang paling utama KEROPOK LEKOR (gi je kat Losong atau Bukit Tok Beng, goreng pisang (Lan Banana, dan lain-lain yang seumpama denganya), mee goreng, bihun goreng, kueh mueh dekat simpang 4 traffic light Panji Alam. Kalau rajin nak rase ke Pantai Kelulut, pegi gerai yang paling first, adik tu jual kecil-kecilan je.. ade sata ikan the best in the world dengan air kelapa muda! Tak pun pegi Pantai Teluk Ketapang, banyak giler jual makanan laut (Udang, sotong, ikan) segar2 celop tepung. Nasib orang je tak de yang di celup tepung lagi...

Malam? 

Aik, dari pagi sampai malam asyik makan je, malam pon nak makan? 

Takpe boleh.. pegi je mane2 kedai. Order la ape2. Nak makanan tradisional cari kedai Norazila ade banyak cawangan kat Trg. Paling best dekat simpang 4 Masjid Terapung. Malam2 tak susah kat Trg, jalan  2 3 minit confirm nampak kedai makan. Roti tempayan, dekat Batu Buruk atau dekat Paya Resak. Bawah jambatan Sultan Mahmud ada sup gear box sedap. Tapi tak pernah try. Lain-lain sila google sendiri okay!!

Kalau air tangan Mama dengan Mak tak yah sebut la. Ikan singgang Mama paling the best dengan nasi dagang Mak.. pergghhhh.. sikit lagi nak sampai surga! Budu ulam semua.. 4 pinggan tak terasa...

Okay jom layan kompilasi gambar makanan Terengganu (semua aku google):

 


 






AMACAM??? MELELEH???



------xx------

Suatu malam yang hening, hujung minggu yang lepas..
Menangis la jugak aku kat atas katil sebelum tido teringatkan makan Terengganu ni semua.
Betapa indahnya kalau duk Trg sekarang time pregnant ni. Ni bulan tak puasa, nanti bulan puasa rase kan la lagi seksanya tak boleh jumpa nekbak, tok aji serban, puteri mandi, popia, bronok dan segala-galanya... :'(

Mungkin aku tak habis explore Perak tapi aku cuma nak simpulkan, selera Perak tak berapa kena dengan tekak aku. Kebanyakkan nya kedai Kelantan dengan Siam yang paling laku. Yang masak pon Indon. mm~~~

Kalau gi Ipoh lagi jammed kepala otak. Habis2 makan fast food. Kedai cina belambak2... aku confirm sedap makanan diorang tapi agak-agak la weyy takkan aku nak makan kedai cina...

Mamak atau nasi kandar memang nehi babuji!!!


Tata... aku nak gi masak nasik, goreng ikan makan dengan kicap.

Note: sejak ngandung ni aku agak malas nak masak, nak2 kalau duk sorang2...