Tuesday, February 26, 2013
Hujan Itu Rahmat
Bukan susah pun Allah nak turunkan ujian. Nak uji kesetiaan dan kesabaran hambaNya.
Bukan perlukan batu, api, gempa bumi, tsunami pun.
Hanya turunkan hujan. Walaupun rintik-rintik manja.
Dah boleh tengok sape yang merungut nak redah hujan tak de payung,
sape yang dalam hati cakap "susah betul kalau hujan, satu benda kerja pon tak boleh buat"
atau,
sape yang redah je hujan tanpa banyak cakap.
sape yang cakap "alah basah sikit je pon".
Tapi tu lah, mulut kalau dah biase merungut, paling kurang pun dalam hati mesti nak merungut.
Kadang-kadang bukan la sebab tak puas hati ke, rase susah ke ape.
Cuma dah terbiasa mulut dan hati nak mengomel.
Payah kalau tak sedar yang hujan tu sebenarnya RAHMAT daripada-Nya.
at
1:08 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment