Saje update time boring kat rumah sorang-sorang. Tunggu suami balik, lambat lagi. Nak buat keje malas. Duk la mengadap blog sendiri yang sunyi sepi. haha.. kesian. Aku perasan link blogger-blogger lain pun macam sunyi jugak. Tak ber-update. Masing-masing sibuk dengan real life kan sekarang. Aku je yang asyik duk bukak blog diorang.
Anyway, tadi pegi temankan my friend pegi Aeon Pengkalan, cari hadiah untuk member jugak. Jusco tengah sale sekarang. Mostly 30%-70%. Biase la time pokai ni sale la pulak kan? kuangsam betol. Then, masa duk meninjau punya la lame kat bahagian beg dalam Jusco, ternampak satu bag yang macam ni.....
Actually not exactly like this one, the color was greenish-dark-blue.
But, you get the idea right? It was a casual backpack for women.
mmm... cantek. Tapi aku tak beli la sebab aku tak pakai beg macam ni. Maksud aku, bukan masanya lagi. Tapi ni must-have item ni... once aku dah ade baby la kan. Sebabnya, time dah ade baby nanti takkan nak jenjalan pakai handbag lagi. Tak praktikal la kalau nak letak barang baby, dengan nak dukung baby lagi. Tapi, ade je ibu-ibu yang pakai handbag bile dukung anak. Terpulang pada masing-masing la kan. Walaupun harga lepas sale rm89.90, tapi aku tahan hati dari membeli. Sebab?? Meh aku list-kan sebabnya:
- Sebab bulan ni kena tahan dulu dari membeli dan membelah wallet sebab berjimat. Bulan ni tengah save duit untuk "projek kereta". Nanti la citer lain kali. Tapi bukan beli kete baru. Tunggu PKR dapat Putrajaya dulu ah baru beli kete baru. Murah sket kan?
- Next, aku tak boleh membeli dan membelah kalau tak dengan en. zulhilman ku ittew sebab kami ni memang tak boleh dan tak akan shopping barang sorang-sorang. Secara history-nya, everytime aku beli barang tanpa consult dengan kekasihku itu mesti ade je yang tak puas hati. Same la dia pun. Confim rase tak sedap hati dan menyesal. Lagipun, husband aku je yang tau taste aku (bila beli barang aku), dan aku aje yang tau macamane nak yakinkan pilihan dia (bila tengah beli barang dia). Di situ la kukuhnya komunikasi antara kami. Dan kami kalau shopping memang lama. Walaupun nak beli barang yang murah.
- Macam yang aku cakap tadi, sekarang bukan masanya lagi. Tak yah beli dulu. Tunggu bila perlu baru beli. Kang kalau tak de rezeki dalam mase terdekat. membazir je.
Anyway, enough about that.
Now, nak cakap pasal makan kat food court tadi. Memang rase tak puas hati sebab mahal nak mampos. *maafkan bahasa saya,ok. Plus tak sedap sangat pun. Lepas makan rase mual. Biasa la kalau sizzling food ni bukan la best sangat. Setakat nasik dengan kuah kicap menggelegak, ape la sangat sampai smilan hengget. Dahle sotong kecik, udang cinonet. mmm. nak buat macamane kos sara hidup kat dunia ni semakin mahal. Kos sara hidup kat akhirat nanti lagi la mahal. Nak-nak orang tak banyak bekal macam aku nih.
Alamatnya, malam ni masak sedap-sedap untuk cover balik yang tengahari tadi. *mm, no wonder la ai makin "tough"..
Ape-pun bersyukur la dapat makan. Tak sampai tahap kebulur lagi. Dalam bersyukur merungut jugak. huhu..
Bai~~
No comments:
Post a Comment