Thursday, November 1, 2012
Hidup zombie di hambat seketul pendrive atas nama teknologi
Balik daripada kampung lepas Aidil Adha, kami angkut pc dari umah mak mertua aku. Kepunyaan suami. Memang dah lama nak angkut bawak mai sini sebab laptop besar tu tak boleh nak run simulation dengan cekapnya. Cemerkapnye ade.. Lagi pulak keybord huruf O dengan L dah tak boleh guna. Rosak. Kalau nak type kena pasang keybord pc. Gigih jugak la aku menahan kena gelak dengan budak Pakistan time aku guna laptop tu kat library. Dia tanya "Hidayah, why are yo using that external keyboard?" pastu gelak-gelak. Cinabeng betol!
Nak install keyboard baru memang tak berbaloi. Baik beli laptop baru. Tapi bila pikir-pikir, laptop kecik (notebook) tu ade dah. Elok lagi kitorang pakai. Tapi dia punya performance agak limited la. Mane bleh install simulation software. Kalau setakat update status fesbuk, menunjuk makanan kat blog tu okey la. Sound pon slow je time tengok movie.
So, bawak la pc ni. Lagipon adik ipar aku dah dapat laptop free dari sekolah. So, on la kan. Takde susah dah time nak buat kerje sekolah. Biase la budak skolah nak buat scrapbook ke, facebook ke~~LOL. *rasenye banyak 'buat' facebook kot.
Nak jadi cerite, bile dah siap pasang, suami aku ni punya gedik gatal dah ade pc kesayangan terus la duk godek-godek pc. Arakian, setelah beliau mencucukkan pendrive 8gig beliau, terus kena hidap virus. Virus shortcut plak tu. Apelagi terus semua folder tukar jadi shortcut. Aku dah biase kena virus ni. Tapi takde mende pon, cuma kena buat coding siket kalau nak dapat balik folders semua. Actually, folders tu semua ade je, cuma telah dihidden-kan oleh virus cinabeng tu.
Beliau terus menggunakan kebijaksanaan beliau untuk meng-google coding bagi menghapuskan virus-virus tu. Mase tu aku tengah berkerah tenaga basuh kain-kain lap segala daki dan kicap dapur. Jadi aku biar je la dia. Orang tak mintak tolong buat ape kite nak kacau kan? Berdikari katenye.
Tidak lame kemudian, aku dengar suare menjerit "Arrrgggghhhh" lebih kurang macam tu. Aku pegi la tengok, sekali dia terdelete semua folder kerja-kerja dia. Yang tinggal folder shortcut yang tak guna satu sen tu. Dia tersilap delete. Habis la ko nyah!! Makan asap.
Dah ter-delete nk buat macamane kan. Nak menambah perisa cerita malang tak berbunyi-tak berbau-tak ternampak ni, bile cek dalam recycle bin takde pon semua folder yang dah delete tu. Mane peginye??? Ahkak pon tak tau. Aku buat muka tenang. Rilek-rilek. Dalam keadaan macam ni kite kena bertenang. Mangsa kejadian (suami aku le tuh) memang dah menjerit-jerit dah. Beberape kali beliau mem-provoke ketenangan aku dengan memaki-maki (maki diri sendiri barangkali!). Dan beberapa kali jugak, aku menjerkah beliau. Dose sebenarnye jerkah suami. Tapi kalau suami histeria, dimaafkan barangkali.
Waktu kejadian, masa dah pukul 12.
Aku tanya dia "Ade back-up tak semua file?". Agak-agak kamu la kan, ape jawapan mangsa?
Hah. Kamu semua memang bijakkkkkkk.... "Tak ade!!!!"
Sekali lagi wajah tenang aku diuji. Kalau aku cepuk laki aku ni, alamatnye nerake paling dasar la nanti. Tenang-tenang...
Mula la sesi mengoogle dan mendownload segala macam software yang katenye, (ye, katenye!) boleh dapat balik semua deleted files. Dengan internet yang selow nye, hampir pukul 2pagi la aku duk menerai software tu. Tapi masih hampa. Cer teka, jam-jam macam ni mangsa tengah buat ape??
Alkisahnya, si mangsa sudah pon tido. Disebelah aku, didepan pc, diatas lantai. mm... Aku confirm dia tido dengan hati yang bengang. Kesian pon ade gak. Anyway, tengah duk menunggu software tu scan pendrive dalam cubaan untuk retrieve files, aku pon tertido jugak. Ditempat yang sama.
Tup-tup pukul 4 pagi kami terjaga. Aku dengan tak larat masuk bilik, sambung tido. Si mangsa bersengkang mate untuk cuba dapatkan files beliau. Aku memang tak larat mase tu. Rasenye sempat la sampai pukol 5pagi suami aku duk try godek pendrive ni. Pastu beliau sambung tido. Lepas tu jam 8 pagi, aku pulak yang ambik giliran. Nasib tak de baton. Berganti-ganti kot.. Si suami dah pegi keje dah. Tinggal aku je masuk keje lambat, semata-mata... Tak pasal-pasal hari tu, kami jadi zombie.
Tapi tak berhasil jugak. Last-last terpaksa mintak tolong kawan-kawan kat fesbuk. Nasib la ade member aku yang ade cara untuk dapat balik file tu. InsyaAllah malam ni aku try. Dah 2 hari duk main mende ni. Haish. Doa-doakanlah ye. Sang suami plak, asal call aku tanya pasal pendrive. Habis semua keje office tergendala, katenya.
Aku yang solehah ni kena la layankan, ye dak...
Moral of the story, selalu la back-up data dalam medium lain. Try la DropBox ke, Skydrive ke, Google Silverlight ke, hantar email ke, archives ke, hard disk ke. Paling tak pon copy la ke desktop.
Malam ni kalau berjaya dapat balik semua file tu, aku nak mintak kereta sebijik. Sekaligus dengan hadiah besday aku esok. *nak bagitau besday dia esok lettew~~
Agak-agaknye ade ke orang zaman 60-an dulu habiskan mase dengan masalah pendrive ni sampai berhari-hari?
p/s: bombastic tak tajuk aku?
bye.
at
7:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alaaa sweetnya hampa dua nih. Hahahaha. Canner la bley jd gini. Adoi risau plak. Takziah utk man. Mintak dekat man ford fiesta satu!
ReplyDeleteCadangan yang bernas. aku takut nanti dapat kete hot wheels jer~~
ReplyDelete