Thursday, November 8, 2012

Pendrive, Mekdi dan Tisu


Pendrive

Saje nak update cerita pasal pendrive hari tu. Nak stalker sila klik link.
Actually, kawan aku tak boleh nak tolong sebab software yang dia bagi memang tak boleh nak register dua kali. Pasrah je la kan. Nak dijadikan cerita, aritu sembang dengan sorang abang technician kat department, then terkeluar cerita pasal pendrive. Dia cakap dia boleh tolong dapatkan semua file yang terdelete tu. Aku pun ape lagi, happy la. Cerah je masa depan rasenye.. huhu *poyo.

Then, Isnin mintak tolong dia. Yess berjaya!

Katenya software yang dia ada tu memang boleh dapatkan balik semua file dari computer/pendrive even dah beberapa kali format device. Maknenya, kalau sape-sape yang pernah amik gambar tak senonoh dan tak pakai tudung dalam telefon ke hape jangan jual la telefon, nanti ade orang yang terlebih ceredik, dia retrieve balik gambar/video tu semua, buat modal! Mane la tau kan..

Mekdi

Dah mintak tolong orang tu pandai-pandai la belanja makan kan. Nak bagi upah kang macam tak berapa nak cukup. Nak ajak makan kat kedai, dia segan, kot. Dah dia mintak breakfast, aku beli aje la mekdi, kang beli nasi lemak kang nampak tak bersungguh. 

Bukan rasuah okey. Ni upah.

Rasuah jadi kalau dia retrieve file dari pendrive orang lain yang aku jumpa ke curi ke... huhu



Tisu

*rujuk gambar diatas

Aku tertinggal tisu bekas lap hidung aku atas meja technician tu. Masa aku blah baru sedar tertinggal tisu. Nak masuk balik pintu dah terkunci.

haha...tak senonoh.... nasib la ye.

Ni baru betol perumpamaan; susu diberi, tuba ko balas!

p/s: aku snap gambar masa dia tinggalkan aku sorang2 dlm bilik dia.huhu


No comments:

Post a Comment