Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Coaster Tutorial ( A set of six )

No comments:

Hari ni meh blajar cara nak buat coaster untuk mug atau cawan mengunakan cara senang dan mudah dan murah dan cantik...

Macam gambar kat bawah ni.

Tutorial belambak je dekat internet. Kalau rase tak faham bahasa melayu/suka nak asah grammar/vocab boleh rujuk mana-mana blog craft lain. [klik link ni]


Actually idea ni datang bile aku duk tengok dalam bilik stor banyak kain-kain yang tak guna.
Dulu mase rajin buat bag, beli banyak stok la. Bila dah tak buat bag memang banyak kain tersimpan. Tengok aje le, stor rumah aku macam hape. Kemas kemas, bersepah balik. 
So, cara mudah, kite try sikit-sikit clearkan kain-kain ni semua. Buat la ape-ape pon.



----------------------------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan *bukan bahan masak:

6 keping CD yang dah tak digunakan.
Kain tebal untuk badan CD
Kain cotton nipis dan lembut untuk dijadikan bias tape
Pembaris (tak perlu)
Pensil untuk lukis kat kain.
Mesin, benang, bla..bla..bla... 

*mula-mula nak guna kain kuning ni tapi tak jadi sebab nipis sangat

*CD terpulang pada masing-masing nak guna CD ape. 
Kalau ade CD pirate yang nak dilupuskan pon boleh gak. huhu

Sila tekap saiz CD atas kain. Ikut je bentuk bulatan CD tersebut.

Once dah siap, potong kain tu besar siket daripada bulatan. Bajet dalam 1/4 inci.
Estimate untuk bias tape.

Tekapkan lagi bulatan tu dekat kain untuk dapatkan 12 bulatan yang sama besar.

Okey, siap dah 12 keping kain berbentuk bulat.

Next, potong kain cottong nipis sepanjang 17 inci dengan lebar lebih kurang 1 1/4 inci.
Potong sebanyak 6 keping, okey!
Kalau gunakan kain petak macam aku ni lagi senang sebab tak payah ukur, just ikut garisan kain. huhu... well, sloppy me!

Kemudian, sandwich-kan CD dengan 2 keping kain bulat tu. Letak CD ikut garisan yang di buat tadi. Pin kan dekat tepi supaya jahitan tak lari nanti.

Then, jahitkan kain ikut bulatan. Rapat dengan CD kat dalam tu. Gunakan foot untuk jahit zip. Barula tepi tu kemas je.

Lipatkan kain tape (lipat 4). Then, jahitkan tape di sekeliling kain bulat. Sehingga hujung bertemu hujung. Siap. Then ulang untuk 5 keping CD lagi.

Hasilnya, voila!! 
Macam kat atas ni. Dapat dah 6 keping coaster.
Kalau sape yang meja makan ade 8 kerusi boleh buat 8.
Kot la nak jemput orang datang makan, boleh la hiaskan meja sekali.

Masa diambil: Kurang daripada 2 jam.

Note: mm...pasni nak buat ape plak ye....

Anyway, selamat mencoba~~



Thursday, November 4, 2010

:: Menjahit zippered poket,, for dummies!! ::

No comments:
Saya tau dah ramai yang tau macamane nak jahit zip untuk poket, tapi saya baru nak tunjuk sebab saya baru figured out macamane nak buat supaya nampak lebih kemas.. Sekarang refer tajuk dan tambah kat belakang...for dummies like me!! Sesuai??

Caranya sama aje cuma kamu (jarangkan kite guna perkataan "kamu" dalam kehidupan seharian..), cuma kamu kena guna fleece interfacing atau dlam kate org kampung.. kain gam. So, gunting siket kain gam agak2 untuk zip je. Saya biasa gunting dalam 9"x4"..


Pastu gosokkan kain gam dekat mulut zip..agak2 la... Sori kalau gambar tak jelas sebab saya guna kain yang sama kaler. Susah siket nak differentiate. Boleh klik gambar untuk enlarge.


Kemudia, buat segi empat dengan pen. Boleh ikut ukuran saya kalao nak. 3.5" dari atas dan 5" dari tepi. Yang ini contoh poket untuk tote bag. Segi empat tu ikut ukuran zip kamu. Dan buat muncung segi tiga kat tepi dia.


Kemudian, ambil kain untuk poket anggaran dalam 10"x13" mengikut poket kamu la..nak besar mane pon. Pinkan pada kain yang ade lukisan petak tadi. Pinkan corak bersama corak. Outside facing outside.

Kemudian, sila jahit ikut segiempat luar tu..bukan yang bahagian dalam ok..Saya punya petak tu ade siket terlebih. Hehe..membuktikan saya bukan seorang yang kemas. Titik.

Pas dah jahit, boleh gunting ikut garisan dalam petak. Dan jugak ikut muncung segi tiga tu ek..

Kemudian, balikkan kain poket inside the hole. Jadi macam kat gambar atas tu. Boleh tekan dengan jari mengikut petak segiempat untuk nampak kemas. Diulang! Kalau takde fleece tak kemas.


Kemudian jahit zip secara jahit tindih (topstich) pada lubang poket.

Bila dah siap topstich jadi macam ni kat belakang (atas).


Bila dah sudah jahit, lipat dua poket..saya tunjuk tak sama kat atas ni sebab nak bagi nampak.

Bile dah sama pin siket tanak bagi lari. Pastu jahit keliling poket. ade 3 side yang perlu jahit.


Kat bawah ni contoh zip yang dah siap.. takkan ade bahagian yang kemetot dan jugak meleding bila dah siap berbanding dengan tak guna kain gam kan?


Kalau kamu nak buat open pocket tak payah jahit zip kat lubang tu. Sukati aje nak mane2 ye.


Itu saje..

Please leave comment if u find this post helpful. Thanks and keeps coming to KedaiKecik... (^__^)y

:: HidayahHilman ::

Friday, April 30, 2010

Cara mengembalikan kekerasan!!

No comments:
Untuk bekas pelanggan, pelanggan dan bakal pelanggan...

Sapa2 yang dah beli clutch or beg (biasanya tote bag tak la..)...Pusher bag ya..

Ada yang cakap after beberapa ketika dah guna clutch dia akan jadi lembik..ye la kan dah kain pon namenye bukan kadbod..kalo lembek tu tandanya korang suke sgt la tew bergaya dengan beg korang..haha

anyway ada cara untuk kembalikan kekerasan beg tu...caranya, panaskan seterika and then tekapkan seterika panas tu kat beg/clutch...tekap means tak yah gosok la...senangkan??

But i think tak applicable untuk clutch yang dah lama korang miliki.kalo korang dah bersungguh2 tekap but tak keras jugak..kena beli baru maa....

p/s:: malas nak tangkap gambar proses tekapan ini...korang kan pandai...

p/p/s:: anyway kain jenis heavy cotton ini tak washable coz the fabrics will look worn out..

~~ku rasa kan pudar dalam hatiku..rasa cinta yang ada...lalala...aku lupe....

tata..

-HidayahHilman-

Wednesday, April 7, 2010

Mari pasang Magnetic Snap...

6 comments:
Aku saje je nak menge-share care2 memasang magnetic snap...

tak menjahit sbb Mama tengah jahit baju kurung seseorang...aku update blog dulu..

so, direct to tutorial...sape yang nak try mesti kenal dulu magnetic snap ni..hehe..ade sedikit poyo disitu...

Ok..mula2 amik interfacing yang keras dan gunting bulat.agak 1inci lebih besar drpd besi bulat ini...(tengok gambar). lepas dah gunting bulat buatkan 2 line tu guna pen..biar center la.



Pastu amik penetas dan lubangkan ikut garisan pada interfacing yang dah dibuat tadi.

Now beralih kepada fabrik yang nak di attach-kan. Buat benda yang sama. ukur 2 line tu dengan pen...tadi pensil..poyo jugak disini.what to do aku byak pen n pensil :)

Lubangkan. Guna penetas tu.

Masukkan kaki magnetic snap.

Kat belakang dia korang masukkan interfacing dulu then baru masukkan besi leper tu...

Bila dah masukkan,,korang tekan kaki dia keLUAR..bukan kedalam..aritu aku buat ke dalam sebab tu dia tak tahan sebab tak kemas...

Korang tekan la dgn ape2 pon..ikut kreativiti ok...dgn jari pon takpe kalo rase2 tak syg jari...

And,,,Siap!!

Selamat men-coba ya...

Love,
HidayahHilman