Last week dah pegi buat buku dekat klinik kesihatan (KK), cek macam biase je. This week kena pegi semula untuk test kencing manis, kena minum air gula la kan. Aiiyaakkkk....
So, tadi dah pegi minum air gula. Actually takde la pekat sangat. Daku ingat dia punya pekat tu macam air gula yang mak-mak buat time nak kenduri tu. Senang kalau nak bancuh sirap, tuang air gula dengan sirap je. Ehh, takde la. Rupanya air suam segelas yang dikacau gula lebih kurang 5 sudu gitu. Nak kata likat tu takde la tapi memang sangat manis sampai perit jugak la tekak ni. Siap tanya nurse tu, "kena habiskan ke?". Nurse tu gelak je, "tak aci mengelat". hehe..
Dia punya procedure adalah kena puasa start daripada malam, pukul 10, sila jangan gatal nak bersahur pukul 5 pagi, okey. Pastu pagi kena ambik darah dulu, then minum air gula segelas. Then aktiviti bebas selama 2 jam, sila pegi sopping. haha.. tapi jangan makan dulu. Lepas 2 jam datang balik ke KK dan ambik darah sekali lagi.
Tapi yang harunya, masa ambik darah yang first tu urat lengan tak timbul. First masukkan jarum tu tak keluar darah, sakit je dapat. Try sekali lagi baru dapat darah se baldi. Eh, lawak je. Separuh syringe je diorang nak...
Pastu masa suntik yang ke dua selepas 2 jam tu pon same, tak kena tepat dekat urat kot. Dapat siket je, tapi sangat sakit. Pahtu nurse tarik balik jarum tu. Bila tarik balik tu, apelagi memancut-mancut darah tu sampai kena muka nurse. Eh, takde lah. Menipu je. Hehe.. Memancut siket je la darahnya. Nurse pon dah bimbang. Tangan aku dah ketar-ketar dah. Phobia pon ade. Bila suntik sebelah siket baru okey. Dapat la amik darah. Aku siap menjerit kot, tapi jerit halus je lah. Nanti nurse tu cakap aku ngada-ngada plak. hehe
Tapi sampai sekarang rase sakit kat lengan ni. Dah lebam dah tempat kena jab tu. harap-harap lepas ni urat tu jangan main sorok-sorok. Naya la aku... Orang lain kena 2 kali, aku kena 4 kali. Mmm, benda-benda macam ni la yang buat aku takut nak gi derma darah. hehe...
Tapi yang paling scary, nurse tu cakap kalau result keluar aku takde kencing manis, kena repeat test sebab takut ujian salah. Tapi kalau first test positif kencing manis, tak yah repeat. Tak adil kan? Kalau boleh tak nak repeat test, tapi tak nak gak ade kencing manis. Mmm, tak de pilihan.
Actually, minum air gula ni normally diorang buat kalau usia kandungan 7 bulan keatas, tapi since my history yang dah 2 kali gugur, doctor suspek keguguran tu disebabkan kencing manis. Tu yang kena buat test, before ni tak pernah test pon. Tapi pada firasat aku, gugur dulu bukan sebab kencing manis tapi sebab benda lain. mm... ape-ape je lah, ye.
Da..
No comments:
Post a Comment