Friday, January 25, 2013

Preview: Preparation untuk baby

No comments:

Last day kami pergi Kamdar Ipoh untuk shopping kain. Khas untuk buat barang baby. Untuk dia punya bantal, selimut, blanket dan my nursing cover. Ingatnya nak beli kan kain untuk buat barut baby sekali tapi tak sure kain cotton yang macam mana yang sesuai. Nanti la minta pendapat Mama/Mak.



Then, dapat 5 jenis kain. Yang black polka dot, hijau bunga-bunga dan blue polka dot tu jenis cotton, same as the plain blue untuk buat bantal-bantal dan tilam sekali kalau boleh.
Dan, yang belang-belang jenis flannel untuk sarung bantal, sarung tilam dan selimut jugak.








Overall, flannel dekat Kamdar Ipoh tak banyak yang corak simple dan cantik. Mostly corak stok nak buat pyjamas jer. So, tak banyak pilihan. Tapi okay la beli siket dulu, once this batch is done baru boleh process to next project yang sangat banyak dalam kepala ni. Entah sempat ke tidokk... tapi yang sebenarnya 'entah rajin ke malass'.. 

Sambil intai kain untuk barang baby, intai sekali kain jenis lycra and jersey kot ada yang okay untuk buat skirt ke hapa. Malangnya tak de. Tak best betol. Lycra corak buat tudung je yang ade and jersey semua nipis-nipis. So, cancel.

After this, boleh beli kekabu untuk buat bantal-bantal baby... 

Eiii..tak sabar..tak sabar..tak sabar...

And sekarang duk research pattern untuk diapers bag for baby. Senang nak jalan-jalan nanti dan siapkan awal-awal supaya tak gopoh di hujung-hujung waktu. Kalau boleh semua nak buat sendiri, tapi bukan mampu pon kan. Yang mane terdaya je la Cik Dayah... huhu

Yang penting bag untuk baby kena ade compartment yang cukup untuk letak semua barang-barang. huhu.. Baru la organized, ye dakk!!?

Okay, till then. See ya!



Friday, January 18, 2013

Random #7

No comments:
Can anybody help me::

I'm in a condition where there's not even single particle in my small-sometimes-big stomach, to be digest = I'm hungry!!

Wednesday, January 16, 2013

Air Gula dan Suntikan

No comments:
Disclaimer: Sorry entry ni tak de gambar. Bukan tahap blogger tegar.

Last week dah pegi buat buku dekat klinik kesihatan (KK), cek macam biase je. This week kena pegi semula untuk test kencing manis, kena minum air gula la kan. Aiiyaakkkk....

So, tadi dah pegi minum air gula. Actually takde la pekat sangat. Daku ingat dia punya pekat tu macam air gula yang mak-mak buat time nak kenduri tu. Senang kalau nak bancuh sirap, tuang air gula dengan sirap je. Ehh, takde la. Rupanya air suam segelas yang dikacau gula lebih kurang 5 sudu gitu. Nak kata likat tu takde la tapi memang sangat manis sampai perit jugak la tekak ni. Siap tanya nurse tu, "kena habiskan ke?". Nurse tu gelak je, "tak aci mengelat". hehe..

Dia punya procedure adalah kena puasa start daripada malam, pukul 10, sila jangan gatal nak bersahur pukul 5 pagi, okey. Pastu pagi kena ambik darah dulu, then minum air gula segelas. Then aktiviti bebas selama 2 jam, sila pegi sopping. haha.. tapi jangan makan dulu. Lepas 2 jam datang balik ke KK dan ambik darah sekali lagi.

Tapi yang harunya, masa ambik darah yang first tu urat lengan tak timbul. First masukkan jarum tu tak keluar darah, sakit je dapat. Try sekali lagi baru dapat darah se baldi. Eh, lawak je. Separuh syringe je diorang nak... 

Pastu masa suntik yang ke dua selepas 2 jam tu pon same, tak kena tepat dekat urat kot. Dapat siket je, tapi sangat sakit. Pahtu nurse tarik balik jarum tu. Bila tarik balik tu, apelagi memancut-mancut darah tu sampai kena muka nurse. Eh, takde lah. Menipu je. Hehe.. Memancut siket je la darahnya. Nurse pon dah bimbang. Tangan aku dah ketar-ketar dah. Phobia pon ade. Bila suntik sebelah siket baru okey. Dapat la amik darah. Aku siap menjerit kot, tapi jerit halus je lah. Nanti nurse tu cakap aku ngada-ngada plak. hehe

Tapi sampai sekarang rase sakit kat lengan ni. Dah lebam dah tempat kena jab tu. harap-harap lepas ni urat tu jangan main sorok-sorok. Naya la aku... Orang lain kena 2 kali, aku kena 4 kali. Mmm, benda-benda macam ni la yang buat aku takut nak gi derma darah. hehe...

Tapi yang paling scary, nurse tu cakap kalau result keluar aku takde kencing manis, kena repeat test sebab takut ujian salah. Tapi kalau first test positif kencing manis, tak yah repeat. Tak adil kan? Kalau boleh tak nak repeat test, tapi tak nak gak ade kencing manis. Mmm, tak de pilihan.

Actually, minum air gula ni normally diorang buat kalau usia kandungan 7 bulan keatas, tapi since my history yang dah 2 kali gugur, doctor suspek keguguran tu disebabkan kencing manis. Tu yang kena buat test, before ni tak pernah test pon. Tapi pada firasat aku, gugur dulu bukan sebab kencing manis tapi sebab benda lain. mm... ape-ape je lah, ye.

Da..




Friday, January 4, 2013

Our baby is 5 weeks and 4 days

2 comments:
Pagi ni my Hubby temankan saya pergi KK Manjoi buat check up. Since hari ni hari Jumaat, takde pemeriksaan untuk ibu mengandung di KK Seri Iskandar kecuali dengan appointment.
Jadi saya minta tolong kakak senior saya, DR Nazirah.. hehe.. Kak Na, tolong buat check up untuk confirmkan saya mengandung atau tidak. Sebab saya ragu-ragu.

So, keputusannya memang POSITIF dan ini gambar scan my baby.


Nampak tak yang dalam kantung warna hitam tu?
Tu la my beloved baby.

He/she now is 5 weeks and 4 days.
Isnin ni saya kena pergi klinik kesihatan Seri Iskandar plak untuk buat buku pink.
And, nak mintak DR buat surat untuk jumpa pakar dekat hospital.
Saya nak cek deep lagi, kencing manis, dan segalanya.
Ada sepupu kami, DR jugak, cadangkan untuk ikat serviks (scary giler) untuk prevent miscarriage lagi.

Alhamdulillah syukur atas anugerah Allah ini.
Penyeri hidup kami sekeluarga.
Bakal cucu sulung Mak dan Ayah tapi tak sulung sangat untuk Mama dan Papa ;)

In sya Allah kalau diizinkan Allah baby ini milik kami,
kamu hanya akan baca saya update tentang baby saja dalam blog ni nanti. huhu....

Kepada sesiapa yang sedang merancang untuk dapat baby jugak, saya doakan kite semua dapat merasa menjadi ibu, suatu hari nanti.





Note:: Tadi dapat info daripada suami, dia dapat interview untuk projek DALAM UTP. huhu...heppi nya tak terkira. rase nak menanges. InsyaAllah kalau dapat, tak payah berpisah KL-Seri Iskandar. huhu..
Lagi senang dia nak jaga saya.
Interview dekat Alor Setar, jadi saya tak ikut sebab jauh sangat. Bahaya untuk my baby bumping2 dalam keter.
Semoga berjaya, my Hubby dunia akhirat~~


I'm positif. Hoorey!!

No comments:



Ni gambar masa ambil pada 3/1/2013..
Mungkin permulaan yang baik pada tahun baru ini.
Actually saya dah rasa simptom-simptom ni seminggu lepas. Lepas balik dari KL.
Tapi tak mau berharap sangat takut salah tafsiran.

Saya punya period memang dah lewat. 
Makan pon tak lalu, selalu marah-marah, muntah-muntah.
Bila beli tester, ingatnya nak test 9hb nanti sebab tunggu 2 minggu kononnya.
Tapi tak sabar punya pasal, terus test pagi esoknya.

Tapi line yang kedua tu blur siket. 
Kalau ikut instruction memang positif, positif kan?
Saya plak yang ragu.

Apepon tunggu keputusan doktor, bia soheh!



Tenkiu Tesco!

No comments:
Suke bila dapat kupon dari Tesco.
Baru je ambik dari peti pos tadi.
Esok boleh gi Tesco tak payah bawak duit. hahaha..


Kat sebelah dia ada lagi kupon RM5 ringgit 3 keping. Aku tak snap.


p/s:: doploh hinggit pun menunjuk, biar laa... rezeki jugak. kan?

Thursday, January 3, 2013

Butter prawn dan telur bistik

No comments:
Lama sungguh rase nye dok update gambo makanang.

Semalam tetiba gi google image makanan. Sebab tak tau nak masak ape. Terjumpa dengan resepi butter prawn dan telur bistik. Semua berasaskan telur.

Dulu pernah try buat floss untuk udang tu tapi tak jadi, sekarang dah jadi.




Nampak sedap, kan? Mesti la...
Tapi jangan tertipu, rase tak de la sedap sangat. huhu.
Sebab floss tu goreng dalam minyak, maka minyak dia melimpah-limpah. Pasni aku tak buat dah butter prawn ni. Terlalu berminyak.
Hubby kite makan je, tapi tak berapa gemor le sebabnya beliau lagi gemor udang celop tepung. Pendek kate semua yang celop tepung la dia suke. Kalau jari kite ni dicelop tepung dia makan tanpa sedar yang isteri dia dah kudung. huhu...


Ni plak telur bistik. Rasanya okey la. Aku siap beli sos ikan kot nak bagi rasa same dengan resepi. Takut kalau tak de sos ikan tak jadi pulok.




Rasa dia okey. Sedap.

Tapi satu masalah aku kalau bab memasak ni, tak reti nak masak untuk small portion.
Sudahnya, berlebih-lebih la plak. Makan 2 orang mane nak habis. Aku pulak tengah tak lalu makan. Secuit je ambik.

Ni, baki ade lagi dalam kuali nih.
Membazir betol kan, nak buang, sayang...
Pastu bila simpan dalam peti ais lama-lama pon bukan sedap bila dah perangat.

Len kali kena belajar masak segenggam jer.


Wednesday, January 2, 2013

2013: Please be nice to us.

No comments:

Bye bye 2012. Entry ni agak lambat since hari ni dah 2nd January 2013. Kalau nak flash back tahun 2012 rasa macam tak perlu kot.. walaupun ade banyak benda yang jadi, tapi rasanya mari kite cuba tengok apa yang bakal menanti di 2013.

Kalau masuk tahun baru je mesti semua nak citer pasal azam baru. Aku memang malas nak pasang azam ni. Tau dah, aku ni pon bukan orang yang tinggi keazaman. Sat ni aku berazam, esok aku lupa dah.

Jadi, sesuai dengan personaliti orang macam aku yang tak suker ber-azam, aku rase baik aku buat wish-list. Ape yang aku harap akan menjadi kenyataan tahun 2013 ni:

1- ANAK
Tahun ni harap sangat nak lahirkan anak, zuriat kami berdua. Aku rase kami sudah bersedia. Tapi Allah lebih tau sebenarnya, samada kami sedia atau tak. Tapi yang penting aku cuba berusaha dan berdoa supaya kami cepat-cepat dapat baby. Tak kisah boy or girl, tapi kalau dapat boy nama dia Ali Imran. Nama untuk baby girl belum fikir lagi. Tak sabar nak belai anak Mama dan Ayah.

2- HABIS MASTER
Tahun ni aku cadang nak habiskan master. Biar cepat-cepat siket. Tak perlu kot masuk tahun 2014 baru nak habiskan. Boleh cari kerja lain pulak. Atau, sambung PhD,kah? PhD belum fikir lagi.. Kalau boleh habis tahun ni, boleh ikut hubby plak. Tak kisah la, kalau ke KL, ikut ke KL. Kalau hubby dapat kerja kat Trg, lagi bagus. Tak kisah ke mana pon, asalkan dapat le cari rezeki.

3- KERETA
Ni sebenarnya plan hubby untuk aku ada kereta sendiri. Takyah kereta besar-besar, kete kecik pon okay. Buat aku pakai pegi keja. Sebab Neo ni dah terlalu sporty untuk aku, tak sanggup nak menonggeng masa masuk dan keluar kereta. Dan tak berapa elok kalau aku nak mengandung. Spring dia keras sangat. Melambung-lambung baby dalam perut kang. Nak menjaga si Neo ni dah satu hal. Cerewet sangat. Itu tak boleh, ini tak boleh. huhu... ade kereta sendiri senang la aku bawak sesuka hati aku. Jangan marah, bakal Ayah! =)

4- KAHWIN
Eh, bukan aku yang kawen. Adik-adik la. Harap-harap tahun ni ade rezeki adik aku dan adik ipar aku nak kawen. Semoga selamat semuanya. Aminnn...

5- POSITIF
Lagi satu, untuk diri sendiri, aku nak menjadi seorang yang lebih positif dan lebih matang. Semoga aku dapat sayang diri aku sendiri, menghargai dan sayang semua orang disekeliling aku dengan ikhlas dan bahagianya. Tak mau pikir negatif-negatif lagi.

Semoga tahun ni ada banyak benda gembira berlaku dekat kami suami isteri dan jugak keluarga kami. Semoga Mak, Ayah, Mama, Papa, adik-beradik dan anak-anak sedara semua hidup aman dan bahagia. Sihat sejahtera selalu dalam kandungan rahmat Allah s.w.t.

And to the year of 2013, 
please,,please,,please,, be nice to us all.

Amin ya robbal alamin. Semoga Allah memakbulkan semua doa-doa kami yang Dia tahu adalah terbaik untuk kami.

Wassalam.