Friday, October 5, 2012

Yang paling jengkel..

Bile dah bergelar isteri ni, aku perasan yang aku rasa sangat happy bila ada kawan-kawan rapat yang menjemput untuk datang ke majlis kahwin mereka. Berbanding dulu sebelum kawin, rasa jeles tu sebenarnya yang melebihi rasa tumpang gembira. Ye la, kite yang bercinta bagai nak rak..tup..tup.. orang lain yang kawen dulu. Tapi itu dulu la. 

Sekarang aku paling happy kalau ada kawan-kawan nak kawen. Tapi kalau aku tak dapat memenuhi jemputan tu aku minta maaf banyak-banyak. Sejak duk Peghok ni agak jauh dengan rumah kawan-kawan di Terengganu. So, tak berdaya upaya nak balik. Kalau yang buat kebetulan time cuti tu boleh la pegi kan. Intai-intai pelamin, baju pengantin, door gift, hantaran dan makan kenyang-kenyang. Bergambar dengan pengantin.. tu pun kalau ade rezeki pegi time pengantin nampak lapang. Kalau ramai yang kerumun pengantin, dengan pengantin duk tukar baju ke hape, jawabnye ahkak balik dulu la ye dik non. haha....

Tapi aku perasan ada jugak benda-benda yang menjengkelkan aku bila berada di majlis kahwin. Aku buat list ni kire random la, bukan nak point kat sape-sape pon. Boleh jugak jadikan sebagai tips untuk "THE DON'T" di kala menjadi raja sehari. Tetamu a.k.a rakyat jelata macam aku ni bukan la nak cadangkan majlis yang grand-grand sangat pon. Biarpun majlis sederhana asalkan selesa.

1. Jangan ada bunyi music yang terLAMPAU kuat sampaikan tetamu nak makan pon terasa macam ade speaker besar berdegung-degang dalam telinga. Sangat la annoying kalau nak bercakap dengan orang sebelah pon kejap kejap "ha?!" "ha?!". Ade pulak la suara sumbang nak nyanyi lagu rock kapak dengan bunyi minus one yang tak minus one sangat. Suara bercampur-campur. Rase nak aje pegi dekat set ala-ala konti radio tu, cabut semua plug. Sila sensitif dengan makcik-makcik yang dah separa pekak dan jugak bakal makcik yang sememangnya cepat migrain.

2. Bab meja makan. Kalau pegi kat kenduri kahwin dekat dewan tu memang tak ade masalah. tapi bagi aku masalah akan timbul kalau pegi kenduri kahwin di kampung-kampung yang tak sediakan meja untuk tetamu makan. Yang ada deretan kerusi sahaja. Mungkin ada yang tak mampu nak sewa meja tapi... entahlah.. kadang-kadang kesian tengok kakak-kakak yang datang dengan baby dan beg Gucci Prada segala tapi payah nak makan. Mane nak letak bag, mane nak letak air, mane nak letak baby, nak suap pon risau kot-kot ade yang duduk atas air dia. 

3. Bab lauk malas nak cakap banyak la kan. Sebagai tetamu kena makan apa saja yang dihidangkan dengan banyak songeh tapi kalau boleh biar la kena dengan selera ramai. Dah dua wedding aku pegi dekat Perak ni, makan nasi minyak dengan rendang. mm..bagi aku agak pelik la. Rendang tu memang sedap, sedap kalau makan dengan ketupat. huhu. Lagi satu kalau boleh pastikan senduk-senduk lauk tu tak kotor. Ake pernah jugak jumpa senduk lauk yang penuh lauk kat tangkai dia. Ade jugak sekali tu tombol pulas air sirap tu penuh dengan gulai daging. Malaun mane la yang takde kesedaran sivik tu. huhu.. Pengotor kat rumah sendiri tak pe, kalau kat majlis sila la jaga sikit.

Itu aje kot yang rase nampak ketara sangat. Yang lain tu aku tak de kisah sangat. Bedal aje. lagipun aku faham la kalau dah buat majlis kahwin ni memang akan ada benda yang kite terlepas pandang. Mana nak sambut menantu, mane nak beramah dengan bakal-bakal besan, kawan-kawan, sedara mara, harapkan dayang-dayang aje la tengok-tengokkan mane yang patut. 

Anyway,nanti la kalau ade yang lain aku update kemudian.

Note: Tahun depan ada 2 majlis kawin family aku.. tak sabar..


No comments:

Post a Comment