Salam Sabtu~~
Menengokkan hutan lalang kat rumah sebelah ni memang menyakitkan hati. Memang semak. Tapi oleh kerana rumah tu memang rumah tinggal tak boleh nak cakap ape la kan. Biarkan aje. Walaupun segala macam tikus dan nyamuk duk bersarang dalam tu.
Ni plak ade pokok kapal terbang (kalau tak silap aku) yang dah same tinggi dengan bumbung rumah. (sorry gambar tanak pusing- puas dah aku duk rotate). Pastu aku dengan hubby pakat cantas dah pokok ni. Lagipun aku tak rase tuan rumah ni sengaja tanam pokok ni. huhu..
Ni pasu bunga yang ade kat rumah kitorang. Pasu ni tuan rumah kitorang yang punya. Kitorang takde nye nak beli pasu-pasu ni semua. Pokok bunga kertas ni pon yang sedia ada. Kitorang tolong siram je. Kalau ikutkan aku, nak je aku cabut pokok bunga ni. Pasal dia punya batang tu pon dah nampak separa hidup. Aku tak berapa suke sangat dengan pokok bunga ni. Baik tanam sayur ye dak? Boleh makan.
Pak cik ni aje lah yang rajin siram. Pastu paksa-pakse aku suruh siram pokok ni. Siap ugut-ugut. Tiap-tiap kali balik keje tanya aku dah siram belum. Kalau aku dah siram pon dia siram jugak. Untung la air murah ye, bang! Mungkin sebab pakcik ni yakin dan percaya dengan kebolehan pokok bunga kertas separa hidup ni untuk berbunga dengan jayanya. Aku, tak...
Ha, yang ini aku punya pokok. Ni aku dapat dari jiran (lagi) sebelah. Ada satu petang tu aku balik keje, tengok dia laki bini duk trim-trim pokok depan rumah, aku try la berbasa-basi mintak induk pokok pandan nak tanam. Malu la aku time nak masak nasi lemak, nasi minyak, nasi ayam tu duk panggil2 Kak Senah nah mintak daun pandan. Agaknya sebab dia pon dah bosan aku asyik duk pekik time nak daun pandan. Nah dia bagi dengan pasu-pasu sekali. huhu.. So, menengokkan pasu dia yang dah uzur tu, aku salin la masuk dalam pasu yang elok sket ni. Banyak yang kosong.
Mai tengok dia punya akar yang melingkar-lingkar ni. Pokok cenonet je, akar bukan main.
So, pokok daun kesum aku dah ade teman. Yeay! So, lepas ni boleh la memasak dengan senang hati.
Pasni kena tanam pisang plak. Huh. Tinggi cita-cita aku!
No comments:
Post a Comment