Tuesday, October 30, 2012

I'm getting fat!

No comments:

Petanda badan semakin gemuk selepas kawin:
  1. Pagi lapar. Belum tengahari perut dah berbunyi-bunyi minta diisi. Sebelum balik kerja asyik fikir nak masak ape untuk dinner.
  2. Bila pandangan suami asyik terarah ke perut yang dah buncit, tanpa berkata apa-apa.
  3. Bahagian perut lebih banyak dipegang berbanding bahagian lain.
  4. Bila berjalan, peha bergesel sesama sendiri dan makin kuat berpeluh.
  5. Bila berbaju sendat, layer perut lebih nampak jelas berbanding layer aras dada.

Belum ada anak, badan dah macam mak-mak.

Oh, tidak!

Regim diet dan exercise harus bermula. Esok! 



Tuesday, October 23, 2012

Salam Aidil Adha

No comments:

Tak sabar nak balik kampung jumpa keluarga. Macam mana sekali pun rupa keluarga kita, itu sahaja harta dunia akhirat.  Tiada galang gantinya. Kurniaan Allah tanpa syarat yang pasti penuh hikmah.Walau apa pun yang terjadi, walau salah apa pun aku dengan keluarga..

Alang mintak ampun dan maaf sempena hari mulia ni.

"Bile agaknya boleh hantar Mama ke Mekah. Harap-harap jadi kenyataan. Aminn ya Rabbi alamin"








Ade sesiapa boleh kongsi tips untuk tidak menjadi lemah lagi? Tidak menangis lagi?

Sunday, October 21, 2012

Steamboat at home

No comments:

Semalam ade kawan-kawan ajak makan steamboat. Rezeki jangan ditolak, musuh mesti ditentang! hehe..
Ape lagi, sediakan perut la. 
Ni konon-kononnya farewell untuk Wani la sebab dah dapat keje kat KeyEll.
Pasni, lepak Ikea aje la dia. huhu

Actually, dah lame dah plan dengan Cik Dati nak gi makan steamboat kat Syabu-Syabu, Manjung.
Tapi takde kesempatan. Asyik cancel je.
Kalau nak ajak hubby aku memang payah siket la pasal dia tak suke steamboat.

Dia tak berapa bekenan makan campak-campak dalam periuk gitu. Lagipun tak kenyang katenye. Ape-ape je lah.

Layan gambar~~









Ni gambar jagung aku yang termasuk dalam air bandung!!


Thanks Yana, Wani dan Aini. Kenyang sampai malas nak bangun.
Yang penting semalam kejenya memang makan aje.
Dari pagi sampai ke malam, sambil-sambil tengok bola.
Alhamdulillah.
Kelate dah menang Piala Malaysia, Wani bile nak open table lagi?


Sunday, October 14, 2012

Omnomnomnom!!!! ...burppp

No comments:

Dah lame beli barang-barang untuk buat trifle, arini baru rase rajin tu datang. Ade la jin lapor yang menghasut. huhu.. So, layankan je gambo-gambo nye. 


Sapu jem kat atas roti bagi habiskan jem!

Buat dua bekas je, takut nanti takde sape nak makan. 
 #Hubby saye tak suke menda-menda yang berasaskan susu ni. Saye je hantu puding.

Kali ni tabur buah koktail je, air dia tak guna. Taknak moist terlebih.

Custard layer~~

Jelly layer~~ yummy!

"Eat me!! Eat me!!"

And cocktail yang lebih ni kite campur dengan custard yang lebih.

 

Campak je dalam periuk custard ni.

Letak dalam bekas, masuk peti ais!
 
Makan dengan double dutch pon sodapp!!

For dinner, i made Laksa Penang seperti yang diidam-idamkan. First time, yo!
Ni pon mintak resepi paling simple dari Kaksu. Memang simple pon. Katenye dumb cooking. Dan memang terbukti, memang simple sangat-sangat. Kenapa la aku baru tau senang. Hehe...
Cuma yang menjadi cabaran adalah untuk mem-balance-kan rase masam, pedas, dan kaw. *camne rase kaw?? haha
Pandai-pandaila asalkan "betul-betul ho liao"


Laksa is not in the frame. MIA.
 Sempatla jamu kengkawan makan laksa dengan trifle~~ 
Yeay!

Tapi, lepas makan laksa ade orang itew request nak meggi pulak. Siap boss!

Ini, semalam punya. makan dekat DJ Sumo Food House. DJ Sumo ni adelah rappers kumpulan The Fabulous Cats dulu. Ade gambar-gambar diorang tertampal kayt dinding kedai. Cool~~

Sizzling Grilled Chicken - RM8.90 (murah la kan..)

Grilled Chicken Chop with rice - same harga.
#All the pictures langsung tak edit - malas la..

Pesanan penaja: Esok sila Monday Blues okeyh!!

Saturday, October 13, 2012

What a Stressful Saturday (for me)..

No comments:

Pagi ni bangun skali dengan hubby time dia nak pegi keje. Siapkan bekal breakfast dia. Semalam dah siap buat roti daging gulung. Pagi ni just goreng aje. 

Ada plan dengan my friend nak pegi perasmian kad diskaun untuk siswa tu. Student kan, selagi boleh diskaun memang nak sangat la. Before that, sempat basuh baju, jemur baju (jemur baju dalam rumah sebab malas nak susah-susah angkat kat luar yang sekarang selalu hujan lebat). Sambil-sambil tu sempat jugak update blog.

Kitorang janji 10.30 pagi. Sampai kat Undercroft, ramai dah student. Penuh. Time nak masuk takde enough chair for two (we both). So, I have to sit beside a boy (who I thought was a Chinese). My friend duk kerusi belakang with other friends. So, OK lah. Fine by me.

After 5 minutes, the event have not started yet but I felt dizzy because of the smell of that boy beside me. Not to say that, that boy is badly smelled. But, it is from his perfume. Actually I recognized this kind of perfume, banyak kali. Which is very busuk. Bau dia macam monkey dekat zoo. Sorry, no offence. Memang tak tahan bau ni...Selalu jugak terbau bila jalan-jalan dekat mall.  Tapi aku tak sure perfume apa, my husband once told me the brand of the perfume, but I m not sure betul ke tak. 

So, I've decided to get out of the hall, pura-pura pegi toilet. Tapi tak pegi pon. Once the VVIP dah masuk, aku masuk balik, berdiri kat belakang. Sempat la dengar budak UTP nyanyi lagu "Gemuruh" as an opening. *Uhhrf.. But later I've decided to wait outside takut nanti ade yang panggil suh isi tempat kosong dekat depan. Tanak aku.

Bile duk kat luar, dengar ade budak-budak UG (undergraduate) cakap yang diorang tak bagi kad tu arini. Today just the launching day. *Uhhrrf again. 

Then, I told my friend ,who was still inside, that I'll be going - to clinic.

At the clinic, I told the doctor that I wanted to test for pregnancy. Since I have already missed by period for almost 15 days. Long story short, the test was negative. She said that it may be due the imbalance hormones. *I thought so..  But, still I'm quite frustrated and stressed because we kinda hoped that it is positive. 

Then, I went to Tesco to buy some stuff nak buat laksa penang. Tapi kena draw duit dulu sebab cash tak cukup. Unfortunately, mesin ATM dua-dua rosak. *denggg...
Malas dah nak buat laksa penang. Terus nak balik. Then, my friend text cakap diorang akan bagi kad diskaun tu arini, *pulakk dah.... I replied aku akan pegi sana balik.
Tapi masa tu sangat bengang sebab banyak menda tak menjadi arini. Benda simple-simple plak tu. Last-last rase malas nk pegi, aku terus balik rumah. Hati dah marah, apelagi, makan banyak la jawabnye.

Actually ade hikmah jugak aku tak pi, sebab right after aku masuk rumah hujan turun lebat giler. So, OK sket rase hati yang tengah bengang. 

p/s: aku skip story pasal kena himpit dengan driver yang bawak Honda dekat traffic light. Bawak Honda tapi drive macam sial. Driver Kancil lagi bagus dari kau!


Untuk dia..

No comments:

Last week jalan-jalan dengan hubby ke Gerbang Malam, Ipoh. Dah setahun duk Perak, la ni baru nak gi jalan-jalan gerbang malam. Selalu tak berkesempatan. So, jalan punya jalan, jumpa booth akak yang jual baju baby. Terus kitorang grab baju baby.


Ni sebagai persediaan dan jugak motivasi untuk kami lebih berusaha untuk dapatkan baby dan jugak jaga baby kalau betul-betul dah dapat nanti.

p/s: Perhatikan perkataan "kalau" dengan teliti dan fahamkan maksudnya. hehe

p/p/s: Akak yang jual baju baby tu pun dah 3 tahun kawen, belum ada baby jugak. Rezeki kita semua ini hak milik Allah sebenarnya. Sila berusaha sahaja.

p/p/p/s: tiap-tiap malam tido dengan baju baby. huhu


Pokok Pandan

No comments:
Salam Sabtu~~


Menengokkan hutan lalang kat rumah sebelah ni memang menyakitkan hati. Memang semak. Tapi oleh kerana rumah tu memang rumah tinggal tak boleh nak cakap ape la kan. Biarkan aje. Walaupun segala macam tikus dan nyamuk duk bersarang dalam tu. 



Ni plak ade pokok kapal terbang (kalau tak silap aku) yang dah same tinggi dengan bumbung rumah. (sorry gambar tanak pusing- puas dah aku duk rotate). Pastu aku dengan hubby pakat cantas dah pokok ni. Lagipun aku tak rase tuan rumah ni sengaja tanam pokok ni. huhu..



Ni pasu bunga yang ade kat rumah kitorang. Pasu ni tuan rumah kitorang yang punya. Kitorang takde nye nak beli pasu-pasu ni semua. Pokok bunga kertas ni pon yang sedia ada. Kitorang tolong siram je. Kalau ikutkan aku, nak je aku cabut pokok bunga ni. Pasal dia punya batang tu pon dah nampak separa hidup. Aku tak berapa suke sangat dengan pokok bunga ni. Baik tanam sayur ye dak? Boleh makan.


Pak cik ni aje lah yang rajin siram. Pastu paksa-pakse aku suruh siram pokok ni. Siap ugut-ugut. Tiap-tiap kali balik keje tanya aku dah siram belum. Kalau aku dah siram pon dia siram jugak. Untung la air murah ye, bang! Mungkin sebab pakcik ni yakin dan percaya dengan kebolehan pokok bunga kertas separa hidup ni untuk berbunga dengan jayanya. Aku, tak...


Ha, yang ini aku punya pokok. Ni aku dapat dari jiran (lagi) sebelah. Ada satu petang tu aku balik keje, tengok dia laki bini duk trim-trim pokok depan rumah, aku try la berbasa-basi mintak induk pokok pandan nak tanam. Malu la aku time nak masak nasi lemak, nasi minyak, nasi ayam tu duk panggil2 Kak Senah nah mintak daun pandan. Agaknya sebab dia pon dah bosan aku asyik duk pekik time nak daun pandan. Nah dia bagi dengan pasu-pasu sekali. huhu.. So, menengokkan pasu dia yang dah uzur tu, aku salin la masuk dalam pasu yang elok sket ni. Banyak yang kosong.



Mai tengok dia punya akar yang melingkar-lingkar ni. Pokok cenonet je, akar bukan main.


So, pokok daun kesum aku dah ade teman. Yeay! So, lepas ni boleh la memasak dengan senang hati. 


Pasni kena tanam pisang plak. Huh. Tinggi cita-cita aku!

Sunday, October 7, 2012

Kalau...

No comments:
Aku terfikir-firkir, kalau aku balik Terengganu jual nasi ayam macam kat bawah ni, agak-agak laku tak? Yang wajibnya nasi ayam ni kena banyak sayur la.. Rase nya ramai yang suke tak?

Potensi untuk berjaya bagaimana?


*bussiness survey

Friday, October 5, 2012

Yang paling jengkel..

No comments:
Bile dah bergelar isteri ni, aku perasan yang aku rasa sangat happy bila ada kawan-kawan rapat yang menjemput untuk datang ke majlis kahwin mereka. Berbanding dulu sebelum kawin, rasa jeles tu sebenarnya yang melebihi rasa tumpang gembira. Ye la, kite yang bercinta bagai nak rak..tup..tup.. orang lain yang kawen dulu. Tapi itu dulu la. 

Sekarang aku paling happy kalau ada kawan-kawan nak kawen. Tapi kalau aku tak dapat memenuhi jemputan tu aku minta maaf banyak-banyak. Sejak duk Peghok ni agak jauh dengan rumah kawan-kawan di Terengganu. So, tak berdaya upaya nak balik. Kalau yang buat kebetulan time cuti tu boleh la pegi kan. Intai-intai pelamin, baju pengantin, door gift, hantaran dan makan kenyang-kenyang. Bergambar dengan pengantin.. tu pun kalau ade rezeki pegi time pengantin nampak lapang. Kalau ramai yang kerumun pengantin, dengan pengantin duk tukar baju ke hape, jawabnye ahkak balik dulu la ye dik non. haha....

Tapi aku perasan ada jugak benda-benda yang menjengkelkan aku bila berada di majlis kahwin. Aku buat list ni kire random la, bukan nak point kat sape-sape pon. Boleh jugak jadikan sebagai tips untuk "THE DON'T" di kala menjadi raja sehari. Tetamu a.k.a rakyat jelata macam aku ni bukan la nak cadangkan majlis yang grand-grand sangat pon. Biarpun majlis sederhana asalkan selesa.

1. Jangan ada bunyi music yang terLAMPAU kuat sampaikan tetamu nak makan pon terasa macam ade speaker besar berdegung-degang dalam telinga. Sangat la annoying kalau nak bercakap dengan orang sebelah pon kejap kejap "ha?!" "ha?!". Ade pulak la suara sumbang nak nyanyi lagu rock kapak dengan bunyi minus one yang tak minus one sangat. Suara bercampur-campur. Rase nak aje pegi dekat set ala-ala konti radio tu, cabut semua plug. Sila sensitif dengan makcik-makcik yang dah separa pekak dan jugak bakal makcik yang sememangnya cepat migrain.

2. Bab meja makan. Kalau pegi kat kenduri kahwin dekat dewan tu memang tak ade masalah. tapi bagi aku masalah akan timbul kalau pegi kenduri kahwin di kampung-kampung yang tak sediakan meja untuk tetamu makan. Yang ada deretan kerusi sahaja. Mungkin ada yang tak mampu nak sewa meja tapi... entahlah.. kadang-kadang kesian tengok kakak-kakak yang datang dengan baby dan beg Gucci Prada segala tapi payah nak makan. Mane nak letak bag, mane nak letak air, mane nak letak baby, nak suap pon risau kot-kot ade yang duduk atas air dia. 

3. Bab lauk malas nak cakap banyak la kan. Sebagai tetamu kena makan apa saja yang dihidangkan dengan banyak songeh tapi kalau boleh biar la kena dengan selera ramai. Dah dua wedding aku pegi dekat Perak ni, makan nasi minyak dengan rendang. mm..bagi aku agak pelik la. Rendang tu memang sedap, sedap kalau makan dengan ketupat. huhu. Lagi satu kalau boleh pastikan senduk-senduk lauk tu tak kotor. Ake pernah jugak jumpa senduk lauk yang penuh lauk kat tangkai dia. Ade jugak sekali tu tombol pulas air sirap tu penuh dengan gulai daging. Malaun mane la yang takde kesedaran sivik tu. huhu.. Pengotor kat rumah sendiri tak pe, kalau kat majlis sila la jaga sikit.

Itu aje kot yang rase nampak ketara sangat. Yang lain tu aku tak de kisah sangat. Bedal aje. lagipun aku faham la kalau dah buat majlis kahwin ni memang akan ada benda yang kite terlepas pandang. Mana nak sambut menantu, mane nak beramah dengan bakal-bakal besan, kawan-kawan, sedara mara, harapkan dayang-dayang aje la tengok-tengokkan mane yang patut. 

Anyway,nanti la kalau ade yang lain aku update kemudian.

Note: Tahun depan ada 2 majlis kawin family aku.. tak sabar..


Thursday, October 4, 2012

Hidup segan Mati tak mahu..

No comments:
Memang hidup segan mati tak mau la namenya kalau bukak blog ni masih nampak entry raya, kan? Nampak sangat update setahun sekali. Baik deactivate je account blog ni. Biase la, nak dibuang sayang.. nak dijaga malas.

Selalu je aku duk bukak blog ni konon-konon nak update. Letak tajuk, delete. Tulis sket cancel. Tak ade ape yang menarik sangat pon nak dikongsi. Tapi aku tengok belog orang lain selambe je cerita hal kucing la ape la kan.. Aku kucing pon takde. Setakat nk update pasal  gentel taik idung dua tiga ketul baik tak payah la kan... (taik idung dia tiga ketul tu ibaratkan metafora je la kan..) Jangan serius sangat. nak serius gi BlogSerius. hahaha...

Entry ni pon bukan ade ape-ape yang best pon cuma nak ambik mood je. Nanti la aku update pasal hal-hal peribodi aku. Maklum la, hal peribodi ni kalau selalu update kat facebook ramai yang menyampah. haha.. Ala, bukan orang lain aje, aku pon naik menyampah kalau bace status orang perasan bagus, kan? haha.. ttteeeeetttttt....

Tapi sebenarnya aku ingat nak tukar design blog ah, tapi malas sebab akan makan mase aku. Lagi satu tak tau macam mane nak keep all the entries yang sebelum-sebelum ni. *update tak banyak mane sibuk nak tukar design blog, blah la..

Anyway, aku rase sampai sini dulu. Tak boleh banyak-banyak sangat nanti cepat boring.
Aku la boring bukan kome.. *ade kome-kome ke kat sini? Bajet ade yang bace blog yang hina-dina ni. hahaha..

Selamat malang (versi terengganu)
Selamat malam (versi tak terengganu sangat)

daaaa.....