Wednesday, November 24, 2010

:: Travelling bag (Pattern by Julesco') ::

1 comment:
Ini travelling bag kepunyaan Sarah. My ex-rumet. Yang sangat sweet dan adorable. Banyak kain yag dia mintak dah takdak.. So, end-up dengan abstract black ni. Oke je kan..

Pattern bag ni saya amik daripada buku "Textile Handmade Bag" by Julesco'. Yang bahagian kuning dan poket oren tu saje je nak bagi naik seri siket. I add some colour to make the bag not so boring.



Ukuran beg ni 20"x10"x8" as requested by Sarah. Sangat sesuai untuk travel..


Bigger zipper to suit bigger bag.


Bahagian dalam saya gabungkan kain Pooh dengan plain oren yang sama dengan poket depan.
Kat dalam takde poket. Poket kan dah ada 3 kat luar. huhu



Do you like it?

Please vote below. Ala..bukan susah pon, tick je dalam kotak kecik tu...

P/s:: sekarang tengah siapkan tempahan kemeja dari Hasnida dan jugak try buat satu kemeja lelaki untuk Hilman.. saje je nak try betul tak pattern baju tu..

:: HidayahHilman ::

:: New Hobo for another Boho chic ::

No comments:
This is Hobo Bag for Ina from Losong.. Auchhh...saje je nak glamer kan Losong. Wei Losong glamer ape, sape orang luar Terengganu yang tak pegi Losong time datang sini tak kire datang Terengganu tau.. Losong sangat la penting dalam kamus hidup Ina..hahahaha..saje je nak poyo-poyo..

Beg ni sama cam beg puteri aritu. Ingat tak? yang ade felt "faEry" kat depan dia tu..
Tapi yang ini tak dak nama.. Simple as it is.

"Siap ade simpulan kasih gitew kat tali..hakhakhak.."

Tali boleh di-adjust ikut ketinggian kasut tumit tinggi anda oke..bukan ikut ketinggian anda.

Dan kain Boonga Cokelat menghiasi bahagian dalamnya...

And one free gift for Yna for being such supportive friends and customer. Thanks Yna..
Hope you likey-like it so muchy-much!!!!!

::HidayahHilman::

Sunday, November 21, 2010

:: Damia Diapers Bag ::

No comments:
Ini beg tempahan Hazlina Hamzah daripada Sarawak. Untuk baby Damia. Since ni first diaper bag yang saya buat, saya namakan beg ni Damia Diapers Bag. Actually ni beg gabungan Keisha bag and tote bag. Jadilah macam gambar kat bawah ni.

Cantik tak?~~ (ala-ala..Eric Leong...)

Dan ada felt "Love Damia Love" kat depan.

Plus red ribbon...yes, I suck when it comes to ribbon.. tak berapa terror la..Sorry ek..tak nampak kembang kan. Anyone! Tolong ajar please..

Yang ini tempat letak diapers. Dan jugak dokumen baby. Baby nak pegi mana2 kena bawak dia punya buku rekod injection dan sebagainya kan? Kan? Kan?


Kat bahagian dalam belah tepi ada tempat letak botol susu..yang jenis panjang tu..ingat nak buat poket kat luar tapi nampak tak lawa kan terjulur macam tu.. So, saya letak kat dalam la. Takde la orang nak curi botol Damia nanti. =)

Harap Baby Damia suka. And yang lebih penting, harap Mama Damia pun sukker....

Okla..mintak diri dulu..

:: HidayahHilman ::

:: November yang dah separuh... ::

No comments:
Lame sangat tak update kan..

November ni terasa sangat busy sampai tak sempat sangat nak menjahit dan tak sempat jugak nak update blog. Nak kate sibuk macam pak menteri tu takdelah cuma sehari tu rase cepat je berlalu. celik mata pagi tu, pi mai pi mai, dah malam kan?

Bulan ni ramai sangat member yang dah tukar status jadi "Puan"..huhu...menamatkan zaman bujang. So, saya pon sibuk la pegi wedding kawan-kawan. Awal November ni aje dah 6 kenduri kena pegi sampai kadang tu tak makan pon. Singgah je. Kalo dah sehari 3 wedding tu alamaknye makin besar la 'pouch bag' saya..hehe..Anyway "selamat Pengantin baru" untuk kawan-kawan yang dah kawen tu. Semoga bahagia selamanya.

Sibuk tu tak masuk lagi dengan nak settle hal wedding sendiri kan. Walaupun lambat lagi tapi buat la persediaan siket-siket. Kebetulan akak saya balik cuti raya baru ni.. saya dan mama pulun jahit baju akad nikah akak saya. Nanti kawin kitorang buat sekali. Kiranya double wedding la. Nak senang dan jimat kan. Baju akad nikah saya tak beli lagi. jahit sendiri takpe la lambat pon kan. Menempah kad, pelamin, katering, try baju dan sebagainya..penat tuh..

Dan jugak dengan hal-hal remeh temeh handphone dan simkad yang dah seminggu tak settle. Tak tau la pulak simkad 3G tak compatible dengan handphone takde 3G? ye ke? Entah aku pon tak sure.. Sampai dah siap tukar handphone kat kedai tak jadi jugak. Kena pegi celcom la arini.

Lagi satu busy nak siapkan bilik menjahit. Dengan usahasama ramai orang (ramaila sangat~~), dapat jugak tukarkan stor tepi garaj yang dah jadi sarang tikus kepada bilik menjahit aku.. Senang siket kan bile ada space sendiri. Semua saya dan mama buat sendiri dengan pertolongan adik-adik. Start daripada bersih bilik. Buang semua barang yang tak berguna. Cat bilik. angkat barang, mesin, susun lagi. Beli pintu, pasang lagi..pendek kata semua la....

Sekarang dah kurang stress siket. jiwa pon dah tak kacau. Boleh la menjahit dengan senang hati.
Pasni kalo production kureng jugak tak tau la kan. hehehe

Sape yang terasa nak upah baju ke, beg ke, langsir ke, nak upah jahit manik ke sila datang umah ye. Boleh bincang lebih siket. kalo yang jauh2 tu kite online je ok....

K lah nak update beg plak.
Chiao!

:: HidayahHilman ::

Thursday, November 11, 2010

:: Hobo bag for Boho Chic ::

3 comments:
Hobo beg untuk Miss Puteri yang tengah berdebar nak menunggu exam SPM this month. Beg ini ikut ukuran Hobo beg saya aritu.. Dan, Hobo beg memang untuk Boho chics.



Dihiasi dengan felt "faEry"..

Inside:: Pink Stripe..Dan jugak pensil case dengan fabriks yang sama..



Esok boleh la hantar....
Boleh bawak pegi exam nanti..
Lucky charm =)

:: HidayahHilman ::
xoxo




Wednesday, November 10, 2010

:: New Zealand pindah kat umah aku ::

3 comments:
Ha!! nak tau kenapa New Zealand pindah umah kat umah aku?

Macam ni cerita dia..

Once upon a time, aku bangun pagi. After sudah mandi dan bersiap-siap aku jenguk ke dapur cari Mama aku. Takde.

Aku pon bukak pintu dapur nak cuba tengok-tengok kot-kot Mama ade kat luar tengah sembang ngan jiran ke. Takpon tengah ngorat Pak Cik jual ikan ke kan? Skali aku tengok ini....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nampak tak?

Tak nampak? Cuba tengok dekat2..


Tu...cantek punya kambing biri-biri sape ntah duk meragut rumput kat blakang umah yang dah dekat sama tinggi dengan diorang.

tapi bagus la jugak tak payah susah-susah nak potong rumput.

Ha..makan la..makanla lagi...

Tu la pasai aku cakap New Zealand dah pindah umah aku. Tak lama lagi cukup la sekandang datang meragut kat umah aku... huhu..bleh semelih buat kenduri...
.
.
.
.
Korang jangan marah aku buat entry melalut noo...

tata!!

Tuesday, November 9, 2010

:: Laptop bag yang haru-biru ::

No comments:
Kalau sebut biru memang ada sikit haru la kan. Haru-biru. Tapi bag ni tak haru pon.. biru je..

Ni bag laptop yang dah ditempah oleh my ex-rumet-housemate-a.k.a-friend, Sarah. Beg ni sandang kat bahu. Tapi tali dia tak terlalu panjang kalo nak bimbit kat tangan. Just enuff.

Since kain blue flowery dah habis, ganti la dengan kain belang2 ni. Nampak sangat ceria, sesuai dengan Sarah yang memang selalu ceria.

Kat dalam ada 3 partition. Yang bahagian tengah ni, khas untuk laptop saiz 14"x9"x2".. Kat tengah tu ada padding. Bahagian luar beg pon ada padding jugak. Dan saya gabung dengan sikit kain blue flowery yang memang ada sikit je.

At one of the side tu ada poket untuk letakkan pendrive atau hard disk. Dan jugak boleh letak charger dan sebagainya.And the other side boleh la nak letak buku ke fail ke yang mana muat..ok? Belah sini takde poket ke ape..boleh letak barang2 yang flat la tanak bagi berkedut.

Harap-harap Sarah puas hati. Dan sila tunggu travelling bag yang belum lagi disiapkan. Sabar yerp.

:: HidayahHilman ::

:: Produk baru KEDAIKECIKSAYA ::

4 comments:
Hari tu saya ada plan nak buat kemeja untuk women la. Sebab sekarang, bagi saya yang kat Terengganu ni payah siket nak cari kemeja yang betul-betul menepati citarasa. mungkin saya tak mencari betul-betul. Tapi buang masa la kan nak singgah satu-satu kedai nak cari yang betul-betul bertepatan. So, saya dah belajar dengan Mama macamana nak buat kemeja. Kalau betul-betul ok memang boleh jual la kan. Lagi pun kebanyakan sekarang kemeja pendek. Atas punggung, tak sesuai untuk dipakai pas kawin nanti-->kata Mama saya...

Dan hasilnya, kalau nak kata terror sekarang ni takde la jugak tapi boleh la kan for beginer. But still kena outsource some help from Mama. So, saya pegi Kamdar dan cari 2 jenis kain yang sesuai. Sebagai percubaan, saya buat untuk saya dulu dengan ukuran saya.

Dan hasilnya....

drumroll please......................................................................


First, formal office wear. For woman. Warna putih dengan belang merah.





Second is, casual wear. For women. Kemeja putih belang oren. Lengan 3-quarter.


Yang oren ni saya dah pakai masa dinner ngan Hilman. Celebrate my birthday the other day.


Saya ingat pas ni nak buat in bulk. Mmm.. let say dalam 5 ke baru jual sekaligus. Ok tak? Ape kata korang?

mm..dah boleh tempah label baru la untuk pakaian pulak. Bukan tak nak cari yang murah daripada supplier. Tapi saya kan tukang jahit. Kena la jahit. ye tak?

Ade rezeki boleh try buat kemeja lelaki pulak. Sekarang susah nak cari kemeja lelaki yang betul-betul fit dengan pinggang kecuali kemeja Seed, Padini dan sebagainya yang memang payah nak cari kat Negeri Penyu ni..


I need more luck. Wish me some!!

:: HidayahHilman ::

Monday, November 8, 2010

:: Nak tunjuk banyak beg selepas sekian lama.. (Part 2) ::

No comments:
Ni nak sambung Part 2 pasai beg yang dah lame tak tunjuk. Agaknya tuan punya beg pon dah puas pakai beg ni. Dah lunyai kot. =)

Kena stat ikut aturan supaya saya tak lupa storyline okeh. Yang ini sambungan Kak Mazu punya tote bag yang dah biasa tgk design ni. Kan? Sori gambar agak blurr. Adakah kerana tangan selalu ketar time nak snap gambar? Atau salah kamera? Opps..Jangan marah Acik.

Ok, balik pada gambar. Design dah biasa tengok cuma yang lain nye ade 2 bijik mate hitam kat bawah nu. Mungkin hitam sebab baru lepas kena debik sape tau kan...

Jom tenung siket mate hitam nih..Jangan kelip!!


And then jom tengok PSP Cover yang saya buat untuk anak sedara Safuan+Filzah kalau tak silap saya. Tak sure plak apa nama the lucky boy tapi Safuan mintak letak nama FENZ kat PSP cover ni. Mulanya saya nak letak felt tapi memang payah la sebab kecik. Nanti tak lawa. Pastu saya cuba sulam dengan mesin. Mesin jahit baru ni boleh buat sulam tau.. Pandai2 sendiri aje sulam nama ni. Saje nak berkreatif sendiri. Sila tengok hasilnya sendiri ya!!

Dan sebagai menghargai pelanggan tetap saya yang dah tempah banyak beg, saya hadiahkan dengan drawstring pouch yang sangat cute. Bleh la bawak uncang ni satu sorang pegi keje. Letak alat mekap ke, kan? Satu untuk kak Mazu, satu untuk Kak Nanie, dan satu untuk Filzah. Thanks kamu, kamu dan kamu!!




Next adalah laptop sleeve dan jugak charger casing untuk Raziz. BF adik saya. Saja, kebetulan dia datang umah dari Kelate saya hadiahkan untuk dia. hehe..padahal ni idea Acik yang nak bagi kat Raziz. Saje je nak steal the limelight.. tak salahkan?? Sila jawab "tak". Pattern dia lebih kurang macam Kak Mazu punya pattern.. Sila rujuk older post kalau rajin..huhu.. Kat bawah ni laptop sleeve.


Yang bawah ni plak betol-betol gandingan ideal sleeve dan casing.


Memang la, sleeve ni untuk notebook. Bukan laptop biase. la...korang tak tau ke? Kan saiz dia kecik tu!! Ece..ece..ece...aku pura-pura membebel la pulak.

Charger pon muat2 je ye.. Jangan risau. Biasa kalau notebook sleeve macam ni harga dia RM18 tak masuk pos. And kalo nak skali dengan charger casing ni saya charge RM25 je (tak masuk postage). Pakej la kan. Murah kan?? Mane kamu nak cari beg notebook casing murah cenggini kan..

Yang si label ni nak enterframe jugak. Akak tak tau!! -jungkit bahu-

Yang ini pulak camera casing Acik. Saje je nak masuk book.



Ha,,dah habis tengok kan..

Ini je lah untuk part 2. rasenye takde dah part 3. Channel tergendala la hujan2 ni kan.
Musim2 hujan ni rase nak duk dalam selimut je 24 jam kan? Haha korang tak boleh pasal korang keje kan. Aku tak keje...(dengan bangganye) hahaha...

Takde la gurau je. Yang penting syukur sangat rumah tak banjir tahun ni. Kesian tengok mangsa banjir yang teruk melanda Utara Semenanjung dan Kelantan. Mungkin tahun ni kene hulurkan banyak bantuan untuk negara sendiri kan.

Apa-apapun selamat malam. Suwwit Dreeeeammmmmsss...

:: HidayahHilman ::

Thursday, November 4, 2010

:: Menjahit zippered poket,, for dummies!! ::

No comments:
Saya tau dah ramai yang tau macamane nak jahit zip untuk poket, tapi saya baru nak tunjuk sebab saya baru figured out macamane nak buat supaya nampak lebih kemas.. Sekarang refer tajuk dan tambah kat belakang...for dummies like me!! Sesuai??

Caranya sama aje cuma kamu (jarangkan kite guna perkataan "kamu" dalam kehidupan seharian..), cuma kamu kena guna fleece interfacing atau dlam kate org kampung.. kain gam. So, gunting siket kain gam agak2 untuk zip je. Saya biasa gunting dalam 9"x4"..


Pastu gosokkan kain gam dekat mulut zip..agak2 la... Sori kalau gambar tak jelas sebab saya guna kain yang sama kaler. Susah siket nak differentiate. Boleh klik gambar untuk enlarge.


Kemudia, buat segi empat dengan pen. Boleh ikut ukuran saya kalao nak. 3.5" dari atas dan 5" dari tepi. Yang ini contoh poket untuk tote bag. Segi empat tu ikut ukuran zip kamu. Dan buat muncung segi tiga kat tepi dia.


Kemudian, ambil kain untuk poket anggaran dalam 10"x13" mengikut poket kamu la..nak besar mane pon. Pinkan pada kain yang ade lukisan petak tadi. Pinkan corak bersama corak. Outside facing outside.

Kemudian, sila jahit ikut segiempat luar tu..bukan yang bahagian dalam ok..Saya punya petak tu ade siket terlebih. Hehe..membuktikan saya bukan seorang yang kemas. Titik.

Pas dah jahit, boleh gunting ikut garisan dalam petak. Dan jugak ikut muncung segi tiga tu ek..

Kemudian, balikkan kain poket inside the hole. Jadi macam kat gambar atas tu. Boleh tekan dengan jari mengikut petak segiempat untuk nampak kemas. Diulang! Kalau takde fleece tak kemas.


Kemudian jahit zip secara jahit tindih (topstich) pada lubang poket.

Bila dah siap topstich jadi macam ni kat belakang (atas).


Bila dah sudah jahit, lipat dua poket..saya tunjuk tak sama kat atas ni sebab nak bagi nampak.

Bile dah sama pin siket tanak bagi lari. Pastu jahit keliling poket. ade 3 side yang perlu jahit.


Kat bawah ni contoh zip yang dah siap.. takkan ade bahagian yang kemetot dan jugak meleding bila dah siap berbanding dengan tak guna kain gam kan?


Kalau kamu nak buat open pocket tak payah jahit zip kat lubang tu. Sukati aje nak mane2 ye.


Itu saje..

Please leave comment if u find this post helpful. Thanks and keeps coming to KedaiKecik... (^__^)y

:: HidayahHilman ::