Thursday, November 4, 2010

:: Nak tunjuk banyak beg setelah sekian lama.. (Part 1) ::

Dah lama tak jenguk Kedai kecik Saya ni sebab saya takde internet.. ade la jugak nak try post entry kat mcD tapi tak syok la kan nak bercerita kat situ... stakat tgk FB tu bleh la kan.

After saya habis training aritu saya malas nak continue kerja kat situ sebab banyak menda yang bile pikir-pikir balik rase tak berbaloi. Tapi tak payah la nak kongsi kat sini. Cukupla saya kongsi ngan family je rite?! Blog, blog jugak ade privacy kena jaga..

So, lepas tak kerja saya dah jahit banyak beg yang dah lama customer order. Menjahit ni tak boleh pressure nanti hasil tak masyukk. Kena betul2 in the mood. Baru puas hati.

Yang ini beg tote yang pelbagai guna. Boleh guna sling dan boleh sandang kat tepi bahu. Tapi tali dia tak detachable la sebab saya pikir cool jugak macam ni kan. Dan saya suke tengok dia punya bunga besar papp! kat depan tu (siap dengan sound effect tu..)


Kat luar saya buat poket yang terbuka. Open poket. Senang siket nak letak handfon ke ape kan.




Dan jugak ini tote bag yang 5 bijik ni kepunyaan Kak Mazu. 5 corak yang berlainan. Tapi dalam dia same jer. Ha ni nak bagitau sebab ramai yang cakap takde harga kan.. Actually harga berlainan bagi setiap bag sebab saya kan buat custom made jadi ikut design la.. Tapi takde nye saya nak cekik darah. Harga berpatutan. Range dari RM10-RM45. Biasenya RM10 tu yang kecik2 la.. dan Yang RM45 to laptop bag. So, Tote duk tengah2. =))


Sila tengok gambar dekat satu-persatu okeyh!!




Yang ini nampak sangat tak iron lagi kan.. sebab biase nya dah siap saya terus snap, pastu iron dah terus masuk pastik. takde bukak-bukak dh..
So, sila iron dengan mata!


Dalam semua sama, whitey flower yang elegante!!


Dan ini pilak sling clutch haque-milique-abadi kak Nanie.. (I remembered Cik Bie eja camtu kat novel dia zaman dolu2)..tiru siket...

Fabrik pada body, pink flowery dan strap, pink stripe.



Next is Sling bag kak Nanie jugak, dengan kain brown plain yang dah lama duk atas rak saya.
Bile dah guna ni rase cantik pulak.. Tali dia bila dah jahit nampak macam kulit plak.
Butang tu, Kak Nanie yang bagi. Katanya dah lama dia beli tapi tak tau bile nak guna, so bile dah duk kat sini cun kan..






Dalam ade dua poket dan kat luar ade zippered pocket. For me, jahitan zip ni sangat kemas berbanding dengan jahitan saya sebelum ni sebab saya baru dapat cara baru nk jahit zip supaya kemas. Nanti saya akan ajar kan. mm, Kalo ade yang dah guna cara ni diam suda yep.. saya baru nak tunjuk pandai..hahaha


Ok...tu aje untuk part 1..nanti saya sambung dengan Part 2 plak...

Sila menunggu ye.

p/s:: kepada sape yang terasa nak tempah but tak tau harga, boleh msg dulu. Inbox kat FB atau email ok.. saya akan jawab pertanyaan anda semua. Tapi kalo lambat saya mintak maaf.

Eh lupa plak nak hupdate!!
Saya dah create page untuk KedaiKecik ni kat FB..
so, boleh la duduk rapat2, jangan renggang-renggang dengan KedaiKecik ye.. Search je KedaiKecik dan hit the "Like" button... xoxo~~

:: HidayahHilman ::

2 comments:

  1. wah3..... lepas geram nampak...heeeee almaklum dah lama tak hapdet belog kan..... saya ni peminat setia hawak.... ;) Selalunya awak buat clutch tu guna batting tak...nampak cantik je terletak.....

    ReplyDelete
  2. guna. Bukan batting yang org buat felt tu,,just kain gam. satu yang tebal siket satu yang nipis siket..kire saya letak 2 lapis la fleece interface.

    nak buat tutorial clutch tapi tak sempat...

    ReplyDelete