Tuesday, August 17, 2010

:: sila jawab "NAK" bila saya tanya ::

Dah agak lama tak hupdate belog ni.
So bila aku tanya "Nak tengok Tote Bag baru tak..??"
Kamu jawab la "Naaaakkk"
OK?

saje je mukaddimah macam cikgu skolah tanya "Arini kite belajar nyanyi nakk??"
Mesti anak murid jawab "Naaakk"
sama kan..huhu

anyway, nak publish beg yang dah siapkan untuk Ain. Boxed tote saya buat guna whitey flower macam yang dia mintak. but tak nampak boxy sangat. Dalamnya kain Mooo...
So, reversible la. Bleh pakai 2 side.

And then, untuk Yna. Tote bag kaler merah mak ngah ni.. i matched it with black fabric (of cos la as requested).. Adik Yna punya tak sempat siap lagi tau. huhu...sibuk!! (alasan biasa)

saya dah siap hiaskan dengan 3 bijik butang hitam putih untuk naikkan seri bag yang sedia berseri ini..

Dan tote yang last ni kepunyaan Nur Filzah yang merupakan hadiah istimewa daripada suaminya (Safuan-kawan aku). Ni hadiah sempena dia melahirkan baby itu hari. Cocok la dengan kedatangan bulan Ramadhan ni. Bleh letak telekung untuk terawih malam2 ya.

Beg ni pon reversible jugak.Boleh dipakai 2 style. Yang luar ni fabrik Boonga Cokelat. dan dalam Fabrik dalam Wild Flower. Ingatkan kain ni tak cukup. Skali, bila dah ukur-ukur-ejaz-ejaz... cukup rupanya!! huhu


Depan tu ada initial "NURFI" khas untuk si isteri...
Setiap side ada zip tersendiri.. bleh la nak letak handphone,kunci kete ke..time pi terawih. kan?

MM..tu aje yang siap minggu ni..

Eh lupe plak...Yani punya bag dah siap dah cuma ada siket lagi yang saya kena jahit dengan tangan. So, malam ni after terawih akan disiapkan..nanti bleh terus pos kat Yani di Bangi.

Esok bleh la tengok beg Yani yang cambest tu yerk!!

Anyway tak terlambat lagi aku nak ucap Selamat berpuasa kat semua kan..

SELAMAT BERPUASA dan Beli baju raya cepat2 ye...

huhu..aku rasa tahun ni tak semangat nak puasa dan raye..
dari setahun ke setahun feel tu semakin kurang.
makin hambar rasenya.
Atau aku yang kurang menghayati??
Aku pon tak pasti........

Yang penting bukak puasa mesti lauk penuh satu table..ok??!!!

HidayahHilman

No comments:

Post a Comment