Saturday, August 7, 2010

::saya mengerti mengapa ciuman itu terjadi::

Saya tahu perasaan itu.
saya pernah mengalaminya.
Saya tahu rase itu.
saya faham keadaan itu.

Seringkali bila jumpa lelaki yang baru dalam hidup saya, saya sering rasa excited. Excited dalam erti kata, walaupun saya dah ada kekasih hati saya yang saya cintai, saya masih merasakan lelaki yang baru hadir dalam hidup saya itu ada kelebihan dan tarikan yang sukar saya resist. Yang membuatkan saya sering teringat2 lelaki itu dan terbayang wajahnya. Perasaan bersalah juga ada dihati saya seolah-olah saya curang.

Saya pernah melalui saat ketercelaruan fikiran seperti ini sehingga saya lupa kekasih hati saya yang dah lama saya cintai dan sayangi da telah sama2 mengharungi susah senang bersama. Rasa excited itu menghantui saya sehingga saya sedar bahawa rasa itu bukanlah MUTLAK.

Pernah suatu saat saya mengalami saat dimana saya berjumpa kekasih pertama saya yang lama saya cuba cari kerana kami terputus hubungan tanpa saya sedari. Saya sangat excited sampaikan saya merahsiakan hal pertemuan ini daripada kekasih hati saya sehinggalah saya kantoi. selepas kantoi saya baru sedar bahawa saya memang sudah tak lagi mencintai kekasih pertama saya tetapi saya cuma rasa teruja (excited) dan percaya perasaan ini hanyalah mainan perasaan yang bisa buat saya hanyut. saya malahan bersyukur kekasih saya menarik saya daripada lamunan rasa yang bodoh kerana saya sebenarnya memang tak bisa memiliki seseorang atas dasar tarikan luaran yang sementara dan juga atas dasar saya anggap kami punyai momen bahagia suatu masa dulu.

Namun, percayalah rasa excited itu mampu menjauhkan kita daripada seseorang yang terbaik dalam hidup kita. Kita rasa kita mampu membina hidup baru dengannya tanpa kita sedari kita cuma terpukau dengan sesuatu yang baru dalam hidup kita. Dengan terburu mengejar impian yang sukar untuk dicapai sedangkan kebahagiaan jelas ada disamping kita. percaya lah rasa itu tidak mutlak dan masih samar2 dan bisa pudar bila2 masa sahaja.

seharusnya anda pelik mengapa saya menulis entry ini..kan? kerana saya mengerti mengapa Kris Dayanti mencium Raul Ramos dikhalayak ramai. saya mengerti kenapa KD meninggalkan anak dan suami yang selama ini telah (dan akan terus) membahagiakannya. saya mengerti kenapa KD mempertaruhkan masa depan yang tak pasti kerana jutawan itu.

Ya!! kerana rasa excited itu!!

Cuma saya tak mengerti kenapa dia SEBODOH itu!!

Kalau sesiapa yang rasa entry ini ada kena mengena dengan anda. Sila renungi kembali siapa sebenarnya yang anda sayang! Jangan pernah cuba melakukan sesuatu yang BODOH dalam hidup anda.

Sinar kaca tak selamanya terang. Percayalah.


2 comments: