Thursday, June 16, 2011

:: Rindu blog, update panjang ::

No comments:

Last update bulan lepas. Daripada update terakhir sampai la ke update yang ini banyak sangat dah aku karang dalam kepala bermacam2 tajuk untuk dikongsi bermacam cerita untuk dilipur lara. Oleh kerana, kekangan masa,internet,laptop,suami,keluarga,kerja,tugas dan tanggungjawab aku biarkan aje angin bawak lari semua yang aku karang dalam kepala otak ni tanpa tinggalkan apa-apa kesan. Akibatnya mula la aku rase RINDU pada blog ni. My own sweet space. Rindu jugak nak bukak blog2 yang biase aku skodeng. Tapi apekan daya banyak yang melintang patah membujur lalu. Last2 aku yang layu dan kuyu.

Mane nak stat pon aku tak tau.

Apekate ucapkan dulu "Welcome Home" untuk adik ipar yang baru pulang dari jauh. Thanks for the gift. I promise U nanti Kak Dayah buat baju melayu untuk Bamie pakai kat Colorado mase raya nanti. Sian pulak tak dapat raye sesame keluarga lagi tahun ni. Just request the color. Kot2 ade kain yang reja2 tu akan Kak Dayah tangkupkan untuk jadikan baju raye Bamie yerp ;p hehehe...

Then, after 3bulan kawen baru diadakan majlis sambut menantu kat rumah Encik Husband saya. Seb baik tak sambut baby jugak, hehe! Dah penat2 buat majlis tu baru rase rasminya aku duk kat rumah Mak mentua nih. Naseb la majlis berjalan lancar. But Sorry guys foto tak transfer lagi kat dalam loptip ,so kenot show to u guys right now. Kalo rajin dan sabar menunggu, Silakan!


Dalam-dalam duk happy tu ade jugak la insiden2 sedih yang meng-give-up-kan kehidupan. Aritu Kakak aku bagi la seplastik kain pasang dan jugak separuh dozen baju kurung siap yang nak dijual. Sekali dalam duk berulang alik dari umah Mama ke umah Mak, entah macam mana plastik tu yang berharga almost a thousand tu hilang tanpa dikesan. MIA. Punya la mencari tapi still tak jumpa.

Yang bengangnya, ade la dalam plastik tu jugak 2 pasang baju yang diupah oleh mak sedara Encik Husband saya. Yang lagi menambah parah salah satu kain tu adelah pemberian orang yang dibeli daripada Vietnam!!!!! Sasau aku seminggu mengenangkan bisnes yang baru nak jalan dah jadi lingkup plus nak mengganti kain orang yang hilang. Plak tu kain hadiah! plus kain dari Vietnam! Giler hape.. Dua tiga malam jugak la menangis cam orang giler.

Terpaksela Encik Husband yang sepatutnya di-haramkan daripada tido kat rumah aku tu sebab menjelang majlis sambut menantu tu,pulang jugak menemankan aku menangis malam. Thanks for the shoulder sayang. Tapi nak buat macam mane kan, life must go on...

Lepas habis je episode "Majlis Menyambut Menantu, naseb bukan Menyambut Baby" kat umah mak mentua aku tu, ade plak episode Kak Bie saya yang ade lagi 2 bulan sebelum meletops/deliver baby masuk spital. Sebabnya air ketuban dalam perot kurang. Kena duk spital sehingga melahirkan. Naseb la mase tu kat Terengganu ade ramai yang nak tengok-tengokkan dia dan jugak Hakim dan Rafiq. Kalo kena tahan kat Spital Kajang memang naye nak berulang Semenyih-Kajang yang sejak azali dan selamanya jammed. Plus sasau la Mama nak berulang Trengganu-Kajang. Boleh la terus berpantang dekat kampung nanti. Selamat.....huhuhu....Abah budak2 tu aje la yang kena berulang dari stesen bas Kajang-Trengganu.

Harap-harap Baby dan Ibu Baby selamat dan sentiasa sihat. Dengarnya Baby Girl yang nak keluar ni tapi tak konfirm lagi. Perggghhhh kalo Baby Girl memang best la kan. Sebab dah asik main dengan Baby Boys aje. Dah le keempat2 anak sedara aku tu pantang jumpa, tak leh bertemu bulu, asyik nak gaduh je... Nak buat cam mane kan budak tengah buas. Aku?? Aku okey.....(dalam tekak...) huhu... masih tabah. Syabbas untuk diri sendri!


Since aku dan Husband takde rumah sendiri lagi kitorang duk nomad la menumpang rumah family. Jap sini, jap sana. Barang2 pon dah berterabur. Pack and unpack and pack and unpack again become so routine. Sometimes fed-up jugak. Tapi sabar la kan. Buat sementara ni kena biasekan diri sangat sibuk dan mengatur dalam ketidakaturan. Macam mana rase ade rumah sendiri ek?? Tak sabar rasenya..

Ni belum lagi masalah kewangan yang tak teratur. Kata orang biase la awal perkahwinan memang tak boleh nak merangcang kewangan family kan. Sebab tu la kitorang masih berhati2 dalam usaha menambah ahli keluarga. Belum bersedia. Dari segenap segi. terutamanya aku yang jarang membantu...huhu....bile nak bayar hutang yang menimbun ek?? Sabarla sang ceti dan sang along tak berdaftar. huhu....


Sekarang plak sang Suami tengah sakit. Sakit mulut/ulser yang akut. Sampai tak bleh nak becakap. Plus asyik demam. Mungkin perubahan tempat tinggal yang kerap sampai badan letih. Belum lagi kira emosi kitorang yang berubah2. huhu...Biase la kan. Kena pandai main peranan masing2.

Pasal kerjaya menjahit plak tak banyak yang boleh dikongsi sebab sekarang dah tak jahit beg. Order tak masuk lagi. Tengah tumpukan perhatian pada menjahit tempahan baju untuk raya.Baju kurung pelbagai dan jugak baju melayu. Tapi takde la sampai nak update dalam belog kan. Apekess...


Banyak sangat yang nak dikongsi dengar kamoo semua sampai panjang dah entry tanpa gambar terbaru ni. So many bittersweet moments happen in life right now. I thank Allah for sending me good people around to keep me hanging even by a thread.

Bak kate Nur Amina " Semakin derita menghimpit kita, semakin dekat kita dengan bahagia".

P/s:: aku menangis giler2 dalam wayang tengok Nuk Kasih. Dahle takde tissue. Hampeh tol. Basah tudung putih ku. Plus ade smudge hitam dicemari maskara yang tak kalis air....



Saturday, May 14, 2011

:: saya rindu Hakim saya ::

2 comments:

Lama giler tak jumpa Hakim. Last skali jumpe masa kenduri aritu. Dah 2 bulan la tak jumpe. Dah rase macam setahun... hakim ni mmg kekasih terulung aku pasal dia anak sedara sulung aku. Dulu masa Cik Bie lahirkan dia, aku la yang selalu jaga dia stat dia keluar sampai umur 1 tahun lebih. Kebetulan mase tu aku duk UKM.

Kalo time balik Tganu memang takleh berenggang...asik2 kalo Mama call pon sibuk dia duk tanya Maklang mana..paklang mana...



Skang dia dah besar. Mulut dah becok macam murai. Duk Beranang tapi cakap Terengganu. Biaselah anak mix pan-asia "-.- Kacukan anak Terengganu ngan Kelate.hehehe...Bila cakap ngan ibu cakap tganu, bila sembang ngan abah kecek kelate.. Bila borak ngan Mama Bibi (pengasuh dia) atau Mama Lia ngan Umi (jirang sebelah umah) cakap KL ler..pandai dia tune lidah dia.


Last cakap ngan Hakim, malam tadi. Mulut mengalahkan orang tua.

Rindunya Hakim....




Wednesday, May 11, 2011

:: Tak tau normal ke tak, tapi ni yang aku rase lepas kawen ::

4 comments:

Aku rase tak de la lewat sangat nak cerita pasal perasaan yang aku alami lepas kawen dekat korang semua. Bagi yang dah kawen tu memang malas la kot nak baca entry ni. Tapi kalo bace pon takde masalah. Mana la tau kot experience kite sama.

Disebabkan aku dan Hilman dah lama couple. We knew since secondary school back in 1998. But back then we barely speak to each other since aku ni kire cam tak glamer la. Dia budak nasyid tu... lagipon kitorang skolah agama mane nak join lelaki ngan perempuan. Kenal gitu2 aje. Pulak tu masing2 ade history masing2.

Stat kitorang baik pon mase form 4 lepas gi camping kat Pulau Redang. Tapi sebelum pergi sana ade la hint siket2 macam jeling2 and we start to noticed each other. But, we never talked not even say hi. Until I approached him to take photo together at the end of the Redang trip. I don't know what get into me but he said ok. After that mula la perchentaan yang sangat panjang. But we agreed to keep it as friend first. tapi friend la sangat kan kalo duk bergayut sampai malam. Siap kena bebel dengan Papa.hahaha....

Kitorang couple sampai ke U, until at one time there's some crisis happened since we noticed that we got bored to each other and the distance of going to different U kept us apart. We have decided to break up. I even taught him how to tackle a girl at his U and surprisingly the strategy worked. And I also got myself a boyfriend but I knew that we just caught up in a bounce relationship. But, that is a whole different story.

Not too long after that we started missing each other back that we taught we should be together again. Breaking up with our new partners is another difficult things to do cause we know we will broke innocent and pure hearts in order to be together again. Memang la sangat kejam tapi dah perasaan kitorang tak boleh dibohongi kan? Maybe we were destined together.

After that we start couple semula. Take a new fresh start and we love each other more ever since. Banyak sangat la benda yang kami lalui sama2 dan luckily memang kitorang sekepala. Sometimes, not. Tapi selalunya sangat sekepala and selalu cakap dan fikir benda yang sama.

Sampai we decided to get engaged on Nov,2009.

Kawin a year after that. memandangkanl sebelum kawen dah macam belangkas. Ke mana2 pon sama2, lepas akad nikah rase macam tak pecaya. macam main2 pon ade gak. Hampir setiap hari kitorang macam tak rase pon dah kawen. tak percaya. Dulu rase macam payah jer nak kawen,bila dah kawen rase cam betul ke ni? betul ke ni?

Tapi yang best part nya rase sangat bebas. Nak keluar pukol brape, nak balik pukol brape, nak pegi mane takde yang heran. Kalau dulu nak gi dating lame2 pon papa ngan mama bising, sekarang rase cam pelik plak kitorang keluar takde yang tanya pape.

Kalo dulu asal keluar je, mama text Bile nak balik? jangan balik sebelum Papa balik. Jangan pegi tempat takde orang. Sekarang mama dah tak text dah. jimat kredit mama. hehehe.... Kadang2 bile dah keluor pon tak bawak handphone slambe je.

Perhubungan dengan family rase agak lain siket la sebab dulu setakat pegi jalan umah masing2 pastu balik. Sekarang ni semua kena jaga la. Masa awal-awal aritu rase cam pelik la dia stay kat umah aku, aku stay kat umah dia. hehehe...nak masuk bilik berdua lagi la rase sangat weird. lagi plak bila duk kat rumah sambil duk mesra2 (oh..dah kawen harus la mesra secara terang-terangan,kan! hehe) tu takde plak yang kate ape2. Pelik plak.hehehe

Tapi aku pikir untuk pasangan yang baru kenal memang berbeza la dengan pasangan yang dah lama kenal macam kitorang ni. Sebab kitorang dah biase bersama tak rase different sangat. Nak2 family dua belah pon dah rapat kan...

Anyway ni semua subjektif bagi setiap orang. Takkan la sama. Masing-masing ade intrepetasi dan feeling sendiri selepas kawin.

Aku cuma harap semoga perkahwinan ni kekal selama hayat kami berdua. Semoga hubungan yang kitorang bina hampir 10 tahun tahun boleh bertahan sampai 30, 40 tahun akan datang even sampai akhir hayat. Bukan setakat bertahan saja, tapi yang lebih penting bahagia dan saling membahagiakan. Aminn..