Last update bulan lepas. Daripada update terakhir sampai la ke update yang ini banyak sangat dah aku karang dalam kepala bermacam2 tajuk untuk dikongsi bermacam cerita untuk dilipur lara. Oleh kerana, kekangan masa,internet,laptop,suami,keluarga,kerja,tugas dan tanggungjawab aku biarkan aje angin bawak lari semua yang aku karang dalam kepala otak ni tanpa tinggalkan apa-apa kesan. Akibatnya mula la aku rase RINDU pada blog ni. My own sweet space. Rindu jugak nak bukak blog2 yang biase aku skodeng. Tapi apekan daya banyak yang melintang patah membujur lalu. Last2 aku yang layu dan kuyu.
Mane nak stat pon aku tak tau.
Apekate ucapkan dulu "Welcome Home" untuk adik ipar yang baru pulang dari jauh. Thanks for the gift. I promise U nanti Kak Dayah buat baju melayu untuk Bamie pakai kat Colorado mase raya nanti. Sian pulak tak dapat raye sesame keluarga lagi tahun ni. Just request the color. Kot2 ade kain yang reja2 tu akan Kak Dayah tangkupkan untuk jadikan baju raye Bamie yerp ;p hehehe...
Then, after 3bulan kawen baru diadakan majlis sambut menantu kat rumah Encik Husband saya. Seb baik tak sambut baby jugak, hehe! Dah penat2 buat majlis tu baru rase rasminya aku duk kat rumah Mak mentua nih. Naseb la majlis berjalan lancar. But Sorry guys foto tak transfer lagi kat dalam loptip ,so kenot show to u guys right now. Kalo rajin dan sabar menunggu, Silakan!
Dalam-dalam duk happy tu ade jugak la insiden2 sedih yang meng-give-up-kan kehidupan. Aritu Kakak aku bagi la seplastik kain pasang dan jugak separuh dozen baju kurung siap yang nak dijual. Sekali dalam duk berulang alik dari umah Mama ke umah Mak, entah macam mana plastik tu yang berharga almost a thousand tu hilang tanpa dikesan. MIA. Punya la mencari tapi still tak jumpa.
Yang bengangnya, ade la dalam plastik tu jugak 2 pasang baju yang diupah oleh mak sedara Encik Husband saya. Yang lagi menambah parah salah satu kain tu adelah pemberian orang yang dibeli daripada Vietnam!!!!! Sasau aku seminggu mengenangkan bisnes yang baru nak jalan dah jadi lingkup plus nak mengganti kain orang yang hilang. Plak tu kain hadiah! plus kain dari Vietnam! Giler hape.. Dua tiga malam jugak la menangis cam orang giler.
Terpaksela Encik Husband yang sepatutnya di-haramkan daripada tido kat rumah aku tu sebab menjelang majlis sambut menantu tu,pulang jugak menemankan aku menangis malam. Thanks for the shoulder sayang. Tapi nak buat macam mane kan, life must go on...
Lepas habis je episode "Majlis Menyambut Menantu, naseb bukan Menyambut Baby" kat umah mak mentua aku tu, ade plak episode Kak Bie saya yang ade lagi 2 bulan sebelum meletops/deliver baby masuk spital. Sebabnya air ketuban dalam perot kurang. Kena duk spital sehingga melahirkan. Naseb la mase tu kat Terengganu ade ramai yang nak tengok-tengokkan dia dan jugak Hakim dan Rafiq. Kalo kena tahan kat Spital Kajang memang naye nak berulang Semenyih-Kajang yang sejak azali dan selamanya jammed. Plus sasau la Mama nak berulang Trengganu-Kajang. Boleh la terus berpantang dekat kampung nanti. Selamat.....huhuhu....Abah budak2 tu aje la yang kena berulang dari stesen bas Kajang-Trengganu.
Harap-harap Baby dan Ibu Baby selamat dan sentiasa sihat. Dengarnya Baby Girl yang nak keluar ni tapi tak konfirm lagi. Perggghhhh kalo Baby Girl memang best la kan. Sebab dah asik main dengan Baby Boys aje. Dah le keempat2 anak sedara aku tu pantang jumpa, tak leh bertemu bulu, asyik nak gaduh je... Nak buat cam mane kan budak tengah buas. Aku?? Aku okey.....(dalam tekak...) huhu... masih tabah. Syabbas untuk diri sendri!
Since aku dan Husband takde rumah sendiri lagi kitorang duk nomad la menumpang rumah family. Jap sini, jap sana. Barang2 pon dah berterabur. Pack and unpack and pack and unpack again become so routine. Sometimes fed-up jugak. Tapi sabar la kan. Buat sementara ni kena biasekan diri sangat sibuk dan mengatur dalam ketidakaturan. Macam mana rase ade rumah sendiri ek?? Tak sabar rasenya..
Ni belum lagi masalah kewangan yang tak teratur. Kata orang biase la awal perkahwinan memang tak boleh nak merangcang kewangan family kan. Sebab tu la kitorang masih berhati2 dalam usaha menambah ahli keluarga. Belum bersedia. Dari segenap segi. terutamanya aku yang jarang membantu...huhu....bile nak bayar hutang yang menimbun ek?? Sabarla sang ceti dan sang along tak berdaftar. huhu....
Sekarang plak sang Suami tengah sakit. Sakit mulut/ulser yang akut. Sampai tak bleh nak becakap. Plus asyik demam. Mungkin perubahan tempat tinggal yang kerap sampai badan letih. Belum lagi kira emosi kitorang yang berubah2. huhu...Biase la kan. Kena pandai main peranan masing2.
Pasal kerjaya menjahit plak tak banyak yang boleh dikongsi sebab sekarang dah tak jahit beg. Order tak masuk lagi. Tengah tumpukan perhatian pada menjahit tempahan baju untuk raya.Baju kurung pelbagai dan jugak baju melayu. Tapi takde la sampai nak update dalam belog kan. Apekess...
Banyak sangat yang nak dikongsi dengar kamoo semua sampai panjang dah entry tanpa gambar terbaru ni. So many bittersweet moments happen in life right now. I thank Allah for sending me good people around to keep me hanging even by a thread.
Bak kate Nur Amina " Semakin derita menghimpit kita, semakin dekat kita dengan bahagia".
P/s:: aku menangis giler2 dalam wayang tengok Nuk Kasih. Dahle takde tissue. Hampeh tol. Basah tudung putih ku. Plus ade smudge hitam dicemari maskara yang tak kalis air....
No comments:
Post a Comment