Friday, November 29, 2013

Antara anak, paper dan master.

No comments:

Esok lusa dah nak masuk bulan December. Kalau ikut master nak kena siapkan writing sem ni. Sebab plan sem depan nak finalize thesis dan viva sahaja. Tapi simulation masih stuck. Idea dah ade. Method dah ade. Expected results dah ada. Tunggu bab simulated results je yang tak ngam.

Plus 30 November (lagi 2 hari) kena submit paper conference ICPEAM 2014 anjuran UTP. PG student wajib hantar. Result tak de lagi. Baru naik cuti bersalin mana sempat nak simulate result baru kan. *nampak tak alasan kukuh tak kukuh?

Malam ni memang tengah ada idea nak betulkan coding. Sekali anak plak buat tak mau tido. Tido jap 5 minit pastu jaga. Ulit punya ulit..berak 2 x.. Nenen tau la dah brape kali. Masih tak tido. Akhirnya tewas jugak pukol 1240. Boleh aku stat buat keje. Tak lama lepas tu 115 am dia jaga lagi. Huish. Dah takde cara sangat, aku amik dia menyusu depan pc. Alas bantal satu. Nasib yang ini kasi nenen terus tido.

--
Harap-harap Disember ni boleh siap simulation.
Harap-harap dateline paper akan extend sampai December gak.
Harap-harap baby akan tido sampai Disember. Eh?
Hehe.. Harap-harap baby besar nanti suka belajar. Takyah nak paksa-paksa ;)
Aminnn....

Nighty nite peeps.
For me-- tonight is gonna be one hell of a long night..

Keep calm and calmer!

Thursday, November 21, 2013

Gaya tido yang kemain...

No comments:
Kalau tido macam-macam gaya. 
Paling lena..posisi atas dada. 
Berjam-jam pun takpe.















He is now 2 month old

No comments:
Masuk dua bulan.

Sekarang dah pandai menangis sekuat-kuatnya. Sebelum ni jarang menangis. Nak kata beralih bulan ye jugak la kot. Nak kate sebab kena cucuk tu bukan kot. Sebab takde bukti scientific pon lepas cucuk akan berubah perangai. 
Wallahu'alam.

Atau pun rindukan Ayah dia yang jauh dimata. Biasanya malam-malam tido dengan Ayah. Sekarang bila letak dalam baby cot memang senang sangat jaga. Tak lena tido. Kalau tido atas dada Ayah sampai pagi esok pon takpe. Kesian pulak bila dia jaga terus melalak. Bila pujuk sebut-sebut pasal Ayah terus dia diam. Macham paham je yek. Nasib Mommy yang tak menangis ingatkan Ayah. Sobss sobss..

Anyway masuk dua bulan ni Muhammad Izz (memang aku selalu panggil dia Muhammad Izz) dah pandai buat bubble dengan air liur. Dah meleleh leleh ke baju dah ayaq lioq dia. Huhu...

Lagi pulak sekarang dah boleh angkat badan. Bila letak dia dalam keadaan duduk sambil bersandar kat lutut..dia dah boleh naikkan badan dia kalau kita pegang tangan. Kuat kemain tangan dia.

*anyway takde maksud nak bangga kebolehan anak..cuma kami memang kena pantau growth progress Muhammad Izz sebab presume meningitis masa lahir tu.

Sekarang perkembangan dia boleh dikatakan normal. Lagipon bagi aku baby atau budak ni kebolehan dan perkembangan diorang berbeza-beza. No need to compare sape cepat sapa lambat. As long as diorang sihat, syukur sajalah.

Satu yang aku sangat syukur, sejak keluar hospital dulu Muhammad Izz tak pernah demam. Bimbang jugak kalau demam lepas cucuk..tapi alhamdulillah dia okay. Cuma aritu nampak lembik siket. Bangun tido dah nampak okay semula.



Friday, November 15, 2013

Feeling so dreadful today

No comments:

Pagi ni ada appointment dengan SV pukul 9 pagi. Semalam tido lambat. Lambat tak lambat la dalam pukul 2 pg. Tengok simulation sikit. I'm a last minute person.

Pagi ni tak sempat mandikan baby. Mintak Makteh dia lapkan aje. Tapi nasib la sempat jemur kain, buang sampah dan belikan breakfast untuk budak2 kat rumah. Susu tak sempat nak pam.. Sekarang pon dah rasa bengkak sebab pagi ni baby nyenyak tido. Tak bangun menyusu. Tengahari ni balik awal la. Semalam pon macam nak pecah. Keras macam batu. How i really need manual breastpump since no plug available kat tempat kami solat dlm ws tu...

Sampai kat parking dah pukul 9. Masuk ws jap setting laptop. Nasib ler access card ada dalam bag laptop. Kalo tak de memang naye la since tadi pagi takde sape dalam ws. Lampu pon tak bukak lagi.

Then pegi bilik co-SV dah ade orang dalam tu sempat la update blog kat luar pintu bilik dia ni. Well, takkan nak buat simulation atas karpet ni, ye dak?

Waiting.... *krik krik krik*


Harap cepat siap meeting ni. Nak settle hal claim gaji and petang ni nak gi jalan2.. Yuhuuuu...


Side note:: bile nak siap writing ni???????

Tuesday, November 12, 2013

Hibernating like a bawss!!

No comments:
I'm the mistress of planning and dreaming..


Selalu sangat berangan nak update blog selalu 
tapi kalau bab hibernate and put this blog on sleep mode
aku lah juara
banyak citer nak abadikan kat page ni 
senang la my kids nak tau pape 
diorang boleh baca sendiri
because i have short term memory
by the time budak dah besar nak tanya itu ini aku tak ingat
boleh aku jawab
pi rujuk belog mommy ye
takpe nanti aku redeem balik semua cerita
back date semua post
okay??
janji..
bile nak buat? 
entah...
tapi janji akan buat la....
InsyaAllah kalau diizinkan-Nya..
mane la tau kot-kot umo tak pendek macam kelingking..

Mode: bossy!!

Saturday, October 26, 2013

My not-gentle-at-all birth story

No comments:

Kalau nak cerita pasal dream birthing memang aku ada wishlist aku sendiri. Like: no epidural, no episiotomy, normal delivery, no caeser, tak de nak induce labour, exclusive skin-to-skin with baby right after delivery and delay cord clamping which are memang susah nak dapat kalau beranak kat hospital kerajaan.

Tapi kita yang merancang dengan rancangan2 yang boombastic ni tak boleh nak lawan rancangan Allah untuk kita. Yang pasti semuanya untuk uji kekuatan, kesabaran dan kebergantungan kite kepada-Nya. Insaf jap.


Previous entry dah cerita pasal aku punya stress menunggu ketibaan baby yang tak kunjung tiba pada tarikh due tu.

Well, nak dijadikan cerita 2 3 hari sebelum melahirkan aku perasan dekat miss V ada gatal-gatal plus keputihan yang luar biase sampai berkeping-keping, tapi refuse untuk pergi klinik untuk cek sebab rasa macam malas dah nak ulang alik klinik. Buang masa. Buang duit. *aku menyesal tak sudah sebab tak pergi klinik masa ni. I'll tell you why, later.

On 10/9/13 -- pagi terasa macam ada contraction yang kerap tapi irregular. Nak record time contraction guna apps pon macam terconfuse-confuse. Masa ni duk rumah mak mertua. Then semua decide nak hantar masuk wad je since sekarang pon dah overdue sampai 9 hari. Elok-elok bersiap nak pergi hospital lepas lunch ada la pulak pakcik van pelamin call bagitau nak hantar pelamin adik yang nak kawin lagi 3 hari. Tunggu dia datang dulu, petang baru sampai hospital dan terus admit ke wad. Masa admission, doc perform VE, masih 2 cm yang terbukak. Plus dia swipe sample gatal kat miss V.

11/9/13 -- Pagi lepas doc round wad, aku termasuk dalam senarai untuk induce. Aku terpaksa pasrah je sebab bimbangkan baby plus baby gerak dah makin selow plak rasanya. LEbih kurang jam 9.00 pg diorang masukkan ubat sebijik melalui vagina untuk induce labour. Masa ni tak sakit lagi. Still okay.

Tengahari dah stat rasa sakit siket-siket terus call suami. Daripada tengahari sampai ke petang tu aku rasa paling lama masa berjalan yang aku pernah rasakan. Contraction dah makin kerap. Tapi bila cek jalan masih tak gerak sangat. Yang tak bestnya, tenaga dah makin kurang. Bila contraction datang, aku jadi sakit. Bila contraction berhenti, terus aku rasa mengantuk dan tak larat langsung nak bukak mata. Masa sakit tu memang suami cakap aku garang giler siap marah-marah dia suapkan makanan. Mintak dia urut-urut dekat pinggang. Petang tu ramai yang datang melawat tapi aku memang tak larat giler nak layan sebab sakit teramat sangat. Tak boleh nak gambarkan macamana sakitnya. Suami je duk buat lawak tak sudah-sudah.

Dekat maghrib tu, terasa nak mandi. Mintak Mama temankan aku mandi. Kononnya nak bagi fresh, sekali aku dilanda sejuk macam nak demam. Hingus plak berkumpul dalam hidung dan sesak dada. Batuk-batuk pon ade. Bimbang la kan macamana nak meneran nanti.

Malam tu mintak nurse cek jalan sekali lagi. Sebab dia cakap sebelum ni, tunggu LR panggil tapi tak panggil-panggil. Bila cek jalan, bukaan 4-5 cm. Terus suami gertak, hantar je ke LR sebab dah tak tahan sangat. Dia pon okay. Masa masuk LR dalam 9.30 malam.

Masa masuk LR suami belum temankan lagi. Pukul 10malam aku request suami masuk untuk temankan plus takde sape nak tolong urutkan pinggang time contraction datang menyerang. 

Masa sakit-sakit tu syukur sangat ada suami kat sebelah tolong bagi support. Dia yang suruh baca Surah Al-Insyirah dan doa Nabi Yunus berulang-ulang. Dia tak putus-putus doakan aku supaya cepat dan senang bersalin. Masa ni memang tak kesah doc nak cek jalan berkali-kali dan berapa ramai doc nak interfere. ctg yang diorang pasal kat perut detect jantung baby yang semakin lemah. Last cek bukaan 7 cm tak gerak-gerak ke 10cm. Tak pasti kenapa. Sampai doc bimbang keadaan baby yang makin lemah. Diorang suggest untuk operate. Aku dan suami terpaksa setuju sebab dah tak larat dan siket putus asa pon ada. Siap sign surat kebenaran untuk operation. Masa tu suami call Mak dan Mama. Semua emotional.

Tapi OT pulak lambat nak prepare sebab penuh. Sementara diorang siapkan OT, ada nurse suruh aku mengiring dan kepitkan peha. Bila contracction, dia suruh aku teran je sekuat hati. 

Masa ni aku tekad nak teran baby. bila contraction datang kali ke 2 aku terus teran sekuat hati sampai ter-pop kepala baby keluar siket. Terus aku jerit dekat nurse rase macam kepala baby dah keluar. Bila nurse check memang dah nampak rambut baby. Terus semua doctors and nurses datang kat aku. Diorang decide untuk guna vacuum sebab aku dah letih dan baby dah lemah. Masa ni suami terpaksa keluar LR (ikut procedure). Masa kali ke 3 diaorang tarik guna vacuum plus ku teran, terus keluar kepala baby.

Once kepala baby dah keluar, masa ni la hilang serta-merta semua sakit yang aku rase dari tengahari tadi. Perasaan best tu memang superb and amazing sangat tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Sampaikan aku cakap dalam hati, bestnya beranak..rase nak beranak lagi.. hahahaha... masa sakit sebelum tu siap tobat tak nak ngandung dah. Hamek ko.. Sedap rupanya beranak ni..

Bila baby keluar diorang tunjukkan kat aku jantina baby. Nampak la bibird dia yang cute tu.huhu... Aku tak sempat nak skin-to-skin sebab diorang terus bawak baby ke NICU sebab baby tak menangis sangat (lemas). Actually bila baby menangis dia akan tarik oksigen sampai ke otak. Since baby izz tak menangis, oksigen tak berapa sampai ke otak. 

Time ni aku dah sangat letih cuma baring je menunggu nurse keluarkan placenta lepas tu doc jahit luka hidup-hidup tanpa bius. Siap rasa lagi benang tu ditarik-tarik. Btw, doc yang bidankan aku tu schoolmate aku dulu. Rase okay la siket. 

Lepas dia nurse dah bersihkan aku semua, kena stay dalam LR yang sejuk tu selama 2 jam untuk habiskan drip. Masa ni la boleh rehat dan lelapkan mata. Tak sampai sejam tido, suami datang kejutkan aku dengan muka happy dan bahagia. Bahagia sebab anak dia comel. Dia pon tak sangka anak dia comel. huhu... Masa ni rase terharu sangat.. walaupun baby terpaksa duk NICU, still rasa bersyukur sebab yang dinantikan selama ni dah dapat.

Kesimpulannya, I ended up induced for labour, vacuum birthing, with episiotomy, plus ubat tahan sakit (lupa nama dia) and no skin-to-skin let alone to delay the cord clamping. As long as my baby is okay, it worth all the pain. 

Well, I guess sampai sini dulu... Nanti sambung citer baby dekat wad.

daa...






Thursday, October 24, 2013

Muhammad Izz Rizqi bin Mohd Zulhilman

No comments:

After 40 weeks and 10 days in my tummy, 12th of September 2013 marked the bornday of my first son at 1.25 am. Named Muhammad Izz Riqzi bin Mohd Zulhilman, registered by his Ayah on the 7th day of his birth.


Here's the picture of our sweet little precious,



# Gambar ni diambil dalam wad selepas di-transfer daripada NICU. Semua baby pon pakai baju pink. Sweet lol.


# He look sweet in green. Green seem suitable with his skin tone. I'll show you later, baju masa cukur jambul pon hijau jugak.


Anyway, maaf for very super-duper long hiatus. Sejak sebelum deliver sampai la dah masuk hari ke 43 hari ni. Baru nak update gambar dan post bagai. 


Next post pasal my not-so-gentle birth story B-)

Keep on reading ya!


Tuesday, September 3, 2013

Women Instinct

No comments:


Kelebihan yang Allah s.w.t kurniakan kepada wanita adalah "instinct" atau gerak hati yang kuat.

Dan seringkali gerak hati yang terlintas di nurani tu disangkal dengan mudah oleh pihak lain.

Atau dinafikan sendiri dengan harapan untuk lebih menyedapkan hati atau keadaan.

Kelemahan wanita adalah tidak mempercayai gerak hati.

Yang akhirnya, sesal dan sebal.

Monday, September 2, 2013

Pre-natal stress

No comments:


My husband and I, kami dah balik kampung since 2 minggu lepas.

17hb.8 - Saya ada sikit bocor air ketuban. Pagi sebelum suami pegi kerja, saya perasan ada air meleleh sampai ke kaki. Tapi siket je la. But no contraction at all. Suami saya dah cuak nak pergi kerja ke tak. Masa tu hari Sabtu. Saya memang tak kerja. Saya decide untuk tunggu kot2 ada leaking lagi sebelum pergi klinik. Bila suami saya balik kerja petang tu dia ajak jugak pergi klinik.

Lepas dah explain masalah kami kat Doc, she performed ultrasound and VE.     air ketuban (AFI) masih okay dan jalan belum terbuka. Kami cakap la kalau boleh kami nak bersalin kat Ktrg. Then, dia cakap kalau macam tu better balik sekarang maybe saya akan bersalin dalam masa 2 3 hari ni. Dapat MC 3 hari.

Cepat2 kami balik rumah kemas baju dan bertolak ke Ktrg. Dalam perjalanan tu memang saya rasa sakit pinggang. Sampai rumah mak dalam pukul 2 pagi.

19hb.8 - Regular check-up at KK dekat kampung. Bila nurse check, dia cakap baby head not engaged. Sepatutnya by week 36 baby head dah engaged. Dia suh saya pergi jumpa Doc. Doc at another KK pon cakap baby head not engaged. Dia refer saya ke GH. Masa tu dah takut kalau2 kena admit ward and nanti kena C-sect ke apa kan. Tapi takpe la pergi jugak.

At GH, dekat admission room diorang dah siap2 register untuk saya masuk ward. Then, tunggu turn untuk jumpa Doc. Punya la lama. Saya pergi pukul 2.30ptg jumpa Doc time dekat nak maghrib. Tapi masa Doc check dia cakap baby head dah engaged. Dan another Doc scan my baby. Dia cakap.baby okay. Siap tengah hisap jari lagi. Kencang plak tu ;) . Lagipun Doc tu cakap even time nak beranak baby head not engaged, diorang masih boleh guide baby untuk keluar secara normal. Tak perlu risau. Then, diorang discharged saya on the spot.

20hb.8 - Bangun tido pagi tu, perasan ada lendir bercampur darah (bloody show).. which is salah satu tanda dekat nak bersalin. Kami decide untuk ke hospital. Tapi saya masih ragu2 nak pergi sebab tak rasa sakit langsung. Tapi my husband and MIL memang dah suruh pergi. Okay, ikut aje. Tapi masa lalu depan GH saya decide we better check jalan dekat klinik dulu.

Kami pergi Klinik Perubatan Intan, and Doc performed VE. Masa tu dekat maghrib. Dia cakap jalan dah terbuka 3 cm. Dia terus buat surat refer ke GH. Tapi since saya tak rasa sakit, sempat balik rumah Mama jap. Sembahyang dan makan mi tomyam. Huhu...

Malam. Admit ke ward. Suami dan adik ipar saya nak tunggu kat luar, tapi saya suruh balik sebab kesian diorang tido kat atas kerusi je. Malam tu cek jalan, 2 cm la pulak yang terbukak.. Dan buat CTG (lupa nama penuh dia), resultnya baby reactive.

Pengalaman pertama saya duk dekat ward. Satu perkataan je. Disaster. Dengan baju besar gedabak, nyamuk duk hurung saya, makan tak best (mm..okay je la), bau darah yang sgt kuat (sebelah saya ada akak dah lepas besalin) dan panasnya.. Toksah cakap la. Memang sangat tak best. Pukul 3 lebih terjaga, pukul 5 baru boleh tido balik.

21hb.8 - Pagi tu doc buat check up. Performed VE again and CTG. Memang bukaan jalan tak ada progress. Still 2 cm. Saya pun tak rasa any contraction. Even the mildest one. Result CTG pon reactive. So, baby sangat okay la kan. Bila dah petang tu saya jadi makin stress duk dalam ward sebab bila dah sembang dengan gang 'sekapal' yang lain, ada yang sama kes dengan saya dah 4 hari warded. Still jalan tak terbukak. Ada yang terpaksa induce etc. Since saya takde complication apa-apa, saya bincang dengan husband nak mintak balik rumah. Scary dowh duk ward ni. Ada yang ditolak masuk LR pagi, petang pon tak keluar lagi. Ada yang merengkot2 atas katil tahan sakit sebab induce.

Bila bagitau Doc, dia agree dengan saya. Dia terus buat surat untuk discharge saya petang tu. Dia just cakap cukup 39+5 weeks saya kena datang serah diri kat hospital walaupun tak sakit. Nak monitor la tu kan?

28hb.8 - Weekly check-up at KK. No problemo. Tapi sedikit stress sampai nangis2 sebab takde tanda2 nak bersalin lagi. Even member sekapal yang lain pon dah bersalin.

Yang menjadikan saya stress sebab dah lama sangat suami saya bercuti. Sepatutnya cuti suami reserved untuk saya bersalin, ni tak bersalin jugak. Dia punya annual leave pun dah habis. Ni nak kena sambung unpaid pulak. Saya suruh dia balik Perak dulu dia tak mau. Katanya nak sambut baby sulung dia ni. Kalau tunggu saya sakit baru dia nak rush balik memang dia tak sempat. Memang murni niat dia tapi saya yang runsing kalau2 lagi 2 minggu pun saya tak bersalin lagi? Takkan dia nak cuti sampai sebulan? Paternity leave dia pun hanya sehari je. Means lepas saya lahirkan baby dia ada dalam 2 hari je untuk bersama baby then balik ke Perak dan tinggalkan saya berpantang di Ktrg. Saya punya maternity leave pon dah tinggal sebulan stgh je ni.

Sekarang ni memang saya tak rasa sakit langsung. Yang saya rasa cuma sakit celah kangkang sampai nak jalan pon sakit. Tapi still boleh handle la.

Baby plak aktif je dalam perut macam tak nak keluar. Memang saya dah runsing sangat. Kadang2 putus asa pon ada. Saya banyak sangat pikir sampai stress. Nasib tak efek kat baby. Kadang2 saya memang sangat negatif orangnya. Selalu pikir yang bukan2. Cepat sangat putus asa kalau ada hal yang tak jadi ikut plan. Ye, saya tau kita hanya rancang, Allah yang tentukan. But I can't help myself daripada fikir yang bukan-bukan.

Kalau nak cerita pasal induce baby naturally tu memang dah cuba macam2 cara. Dalam 2 minggu ni saya dah try jalan2 kat pantai tiap2 pagi, pergi swimming, try makan ubat homeopati, pergi dusun durian lagi, make loves, urut, minum air dan minyak selusuh, cakap-cakap dengan baby, makan macam-macam.. U name it! Pendek kata semua la. Still not working. Takda tanda sakit atau apa pon. Air ketuban pon tak pecah.

Setiap malam nak tido, selalu saya bayangkan esok pagi mesti sakit dan dapat pegang baby. Last2 saya jugak yang hampa. Sebabnya excited sangat nak jumpa baby. Dan risaukan hal kerja suami saya. Ramai.yang tenangkan saya suruh sabar, belum masanya lagi. Yang tak rasa memang la tak tau. Ahkak yang menanggung ni seksa. Membilang hari.

Tu belum dengan semua orang duk tanya, bila nak beranak? Ye lah, baby ni cucu sulong belah suami saya. So, memang ramai yang menanti2. Tapi hal ni minor je la bagi saya. Saya syukur jugak sebab MIL saya tak pressure sangat.

2hb.9 - Hari ni dah sampai due date baby. Saya makin tertekan. Kalau tak beranak jugak hari ni macam mana? Kalau by weekend ni pon baby still taknak keluar macam mana? Kalau ikut hati saya nak je saya ajak suami.balik Perak hujung minggu ni. Kalau terberanak sendiri kat Perak pun tak pe. Pantang sendiri je senang.

#moral of the story...

For next pregnancy (memang saya nak beranak lagi insyaAllah), saya nak ikut instinct saya sendiri je. Tak nak apply cuti awal sangat. Harap suami tak excited sangat nak sambut baby sampai saya stress.

Kalau saya memang ditakdirkan duk jauh dengan family, saya nak cuba pantang sendiri je. Masalah sekarang ni kami duk jauh dengan family. Memang susah nak ulang alik. Dengan jalan yang bengkang bengkok nya, kos lagi, masa lagi. Paling kurang 8 9 jam baru sampai.

Kalau ikut planning sekarang ni pun, saya akan berpantang kat kampung sampai 16hb je. 13-15hb ni majlis kahwin adik ipar saya. Lepas tu mungkin terus balik Perak. So, dalam masa pantang kat rumah memang kena blajar macamana nak handle semuanya sendiri. Harap-harap semua urusan dipermudahkan.

Nanti kalau dah bersalin saya update. Kalau lambat jangan marah :-)

Thursday, August 15, 2013

Post-Raya Entry.. Banyak giler nak cerita ceritut!

No comments:

My Mama selalu nyanyi dulu-dulu.. "cerita ceritut, tahi mata besar lutut.." What?? besarnya tahi mata. Well, my Mama suka meraban. I ikut Mama la..selalu  meraban. Pastu dah kawen ni tag team dengan hubby plak. Gang meraban sedunia. Dua-dua belah family tahu dah perangai kami macam mana. Tiap-tiap kali jumpa memang ada je cerita mengarut-mengarut buat jadi bahan #gelaksakan. Lebih sakan daripada hot fm pon sebenarnya... (bukan main lagi hashtag gelaksakan macam hot fm, you!)

Layan gambar raya dulu sepam,,




Balik raya haritu memang best sangat. Sebab tak payah masak. Hahaha... Berbuka mak masak. Sahur Budhe masak. Balik umah mak, mak masak lagi.. Keje kite laki bini ulang alik je. Tolong potong-potong je mana yang patut. Maklum la rumah dekat. 

Anyway, semua kueh yang diidamkan semuanya dapat merasa. Takde la baby meleleh ayaq lioq je nanti. 

Raya pertama haritu bermalam dan berpagi dekat rumah Mak mertua. Pagi-pagi dah layan nasik dagang heaven!! Lepas dah puas salam dan bergambar raya terus balik rumah Mama dan sambung bersalam dengan semua adik-beradik. Then, ikut konvoi beraya di rumah sedara mara. Nasihat saya, kalau nak kawin kalau boleh cari calon yang dekat dekat. Senang, nanti balik raya tak gaduh. Dalam sehari masih boleh ulang-alik dua belah rumah. Takde la mak-mak kite buat drama syahdu kalo tak nampak batang hidung kita dipagi raya ;) 

Macam kami, lepas ikut konvoi belah saya sempat lagi call konvoi Mak ada kat mana. Agak-agak nak join skali boleh terus pecut je. Dah memang tak jauh sangat pun. Raya tahun ni memang kami tak berenti raya sampai malam. Kena pulak timing cantekk... Memang ummphh la... Sampaikan masa raya kedua saya dah tak tahan sangat panas dan melekit beraya sampai malam, siap tumpang mandi rumah sedara. Hehehe.... Seb baik toiletries and towel semua dah ada dalam bonet kete.

Yang paling best siap ada insiden ketera pak sedara masuk dalam longkang. Uturn tak lepas. Siap terjongkit kete dalam longkang. Dah la time malam.

Jom layan gambar kenangan.. Yang mana ada je la ye..


                                            

                                   
                                                                            #tengok ape tu???

                                                               
                                    #maafkan segala salah dan silap sayang.. Ermm,esok buat lagi. Lol

                                        
                                  #mak dan ayah yang bosan menunggu adik-adik mekap dan pakai                                                                                                tudung. Berejam..

                                        
                                                                                       #le siblings

                                                                   
                                                 #herot berot dah molot mak uyung... Perot macam belong!!

                                              
                                                            #the sisters.. Molek je susun ikut turutan ek?.

                                              
                                                                 #pehal lak mak uyung posing mawt tu...

                                              
                                                                        #done at Mak's. going to Mama's...

                                              
                                     #ade je yang rosakkan gambar.... Tapi dah beso nanti boleh gelak kan                                                                                             Eka menguap.

                                                                       
                                                                  #with Uteh yang amik gambar sebelum ni..

                                                                       
                                                                                           #the buyungs....


End of part 1.. Tunggu part 2 okay.


Monday, July 1, 2013

Asparagus pon sodapp

1 comment:
Ma baby now is as long as a bunch of asparagus :) weee...hehehe
And he is now kicking super hard until I can obviously see my tummy waving and pulsing. Sometimes when he is hardening, I can't move my tummy.


Dear Baby,
Whatever you do inside my tummy,
Please make sure you are safe. Don't play much with your cord.
And please be in an optimal position so we can meet one fine day in a most natural way it is supposed to.


Dear Baby,
Please do whatever you please inside mummy,
Swimming, kicking, boxing, dancing etc...
Take your own sweet time to be in my tummy..
Yes, as long as you want..
But please not toooo long cause Mummy and Ayah here are missing you already...


And be prepared...
Mummy warns you...
Whenever you get out here..
I'll kiss you face, I'll bite your arms, hands, chin..
And I won't let you off my sight even for a moment.
No one will stop me.
Not even your Ayah!



Your dearest Mommy ;)

Sunday, June 23, 2013

Nursing cover as gift..

No comments:

Demi untuk nak gi tengok baby Afiya, saya buatkan satu nursing cover untuk Ibu Afiya. Kak Zakiah.


Gunakan saje kain yang sedia ada. Sebab tak tau nak buat apa dengan kain ni. Rasenya keperluan untuk my baby dah cukup.

Here's our pictures with Baby Afiya yang tak suka tido atas tilam tapi tertido atas dukung saya... Bestnya jadi ibu..huhu




Geram tengok jari Afiya yang runcing dan panjang ni. Ala-ala model gittew!!!


Pic blurry, sumimasen...





Thursday, June 20, 2013

Rindu jeritan neo!

No comments:




Rindu nak naik Neo. Nak dengan ngauman Neo tiap pagi. 
Banyak giler kenangan dengan Neo. 
Daripada hitam ke kuning sampailah ke putih.

Banyak sangat jasa Neo pada kami.
Johor je tak sempat sampai dengan Neo.
Suka, duka, gembira, sedih. Semua dengan Neo.
Teman bicara time tuan dia dia sorang-sorang.

Bila hujung minggu, yang ni lah di belek-belek, di belai-belai, di usap-usap.
Pantang dapat gaji, ade je mende nak upgrade untuk Neo.

Sian baby baru tak sempat naik Neo.
Bukan cari pengganti, cuma harap Neo dapat berkhidmat untuk tuan dia yang lain pulak.

Atas semua yang dikongsi bersama,
KAMI BANGGA DENGAN NEO!!!




My Symptoms During Pregnancy

No comments:

Actually, there are so many symptoms mommies will face during pregnancy. And the symptoms memang berbeza dari sorang ke sorang yang lain. Kalau nak google all those symptoms memang 40 hari 40 malam tak habis baca. As for me, starting from first trimester towards the end, my condition memang sangat berbeza. The symptoms keep changing and sometimes even worse. But, luckily saya punya pembawakan budak memang tak seteruk orang yang lebih teruk. Ye la, kite rasa kita teruk.. ada lagi yang lebih teruk :)

First trimester

For those who installed "I'm Expecting" apps on their smartphones, they apps will guide you through your pregnancy and what common symptoms you will face every week. And you yourself can keep record what do you feel every day, like back pain, bloating, fatigue, mood swing, nausea etc.

During 1 months of my pregnancy: constant back pain. Memang selalu sangat rasa sakit belakang. Baring tak kena, duduk tak kena. Sometimes nak bangun kena mintak tolong hubby tarik tangan, and simptom manje mengada-ngada ni lekat sampai dah 3rd trimester :p Tapi bila selidik dengan MIL, katanya simptom ni sama macam dia kandungkan anak dia dulu (memang genetik keturunan betul!)

Starting from 1st month - 3rd month: SLEEPY!
Like hari-hari nak tido. Masa ni memang siap cakap dengan SV nak buat keje kat rumah. Tapi sebenarnya bantai tido. Sebabnya lepas hubby pegi keja, memang rasa mengantuk. And jaga around 12-2 pm. Petang tu, lepas lunch ngantuk lagi. Kalau pegi workstation pon memang akan mengantuk jugak dan tido kat ruang solat :)

Morning sickness: Masa ni tak teruk sangat morning sickness. Just uwekk! uwekk! time gosok gigi. Tapi tak sampai muntah la. My hubby selalu gelak je kalau dengar. Tapi dia punya uwekk!! tu memang boleh dengar sampai rumah jiran sebelah :)

Nausea (Loya): Memang tahap gaban. Yang peliknya cuma loya bila tengok nasik. Kalau nampak memang akan selalu rasa nak muntah. Paling banyak boleh makan 3 suap je. Kalau nasik yang saya masak sendiri lagi la bertambah loya. Kalau mi sup ke bihun sup ke tak pe pulak. Masa ni selalu nangis sebab rasa macam loser mom sebab can not supply good food to baby inside. Hubby keep forcing me suruh makan, tapi tak boleh jugak. Yang peliknya time balik kampung, selera je makan nasik :-p

Severe headache: Memang masa first  trimester selalu sakit kepala. Sakit kepala ni akan menyerang bila petang. Dan bawak sampai malam sampai nak tido. Rasa sakit tu mula dari belakang kepala, panggal kepala (atas leher). Depan tak rasa sakit pon. Dan ubat dia hanyalah MUNTAH. Sometimes I have to force myself to vomit baru hilang rasa sakit kepala. Bila dah keluar semua makanan baru lega. Kalau memang perut tengah kosong, lagi la perit nak keluarkan asid-asid masam tu semua. Uwekk!!

Second Trimester

Masuk 2nd trimester, memang rasa sangat lega. Ye la, first trimester is the toughest one!

During second trimester, those symptoms are becoming less and less. Dah tak muntah sangat dan tak loya sangat. Sakit kepala pon mula hilang. Selera makan dah datang balik pertengahan 2nd trimester.

God bless me during this phase. 

But somehow masa ni breast selalu sakit-sakit. Dan mengeras. Because at this time, your breasts are preparing to be milk-producing factory. And in order untuk keluarkan susu nanti, kelenjar-kelenjar susu akan mula membengkak dan mengeras. Memang sakit woo....

Masalah sembelit (constipation) cuma berlaku jarang-jarang since I don't really have constipation problems since remaja. Kalau lambat buang dan tahan time sakit perut, baru la masalah sembelit akan terjadi. But like I said earlier, badan kita tak sama so simptom pon tak sama. Mana dulu mana kedian.

Third Trimester

Third trimester banyak sangat benda baru berlaku.

Severe heartburn and acid reflux: Usually it started time petang, setiap petang. Bila google banyak articles on how it happen, how to avoid, what to do when it happen... tapi semua pon tak jalan :( Memang sangat tak selesa bila heartburn. Rase masam, angin sedawa yang berlanjutan, rase nak muntah tapi tak muntah, rase pedih dalam dada.. and sometimes akan ada acid yang keluar dari perut. Sapa rasa dia tau la camana...

Cramp: Sekarang selalu kejang kaki tengah malam. Tapi nasib not every night. Bila rasa cramp mula la terjerit-jerit mintak toolong ngan hubby. Nasib la dapat suami yang bukan jenis tido mati. Cepat-cepat dia bangun dan tekan tapak kaki ke dalam. Macam cramp tengah main bola sepak tu.. Memang la sakit kan...

Braxton hicks (BH): Rasa baby mengeras kat bawah ari-ari. Actually I'm not very sure how explain, tapi secara general rasa baby mengeras di bawah perut. Kalau tengah berjalan memang kena stop kejap, duduk dulu then bila dah okay baru sambung jalan. pernah time jalan dari parking ke office, baby mengeras. Siap berenti rehat tu.. huhu.. Kalau buat kerja banyak sangat pon akan rasa. Contoh, basuh pinggan dan masak dalam waktu yang lama (1 jam setengah, tak duduk-duduk). Pernah hari tu siap call my mom and sis tanya, nak beranak rasa macam mane? Sebab we tend to confuse BH with labor contraction. BH ni ade orang panggil as false contraction, tau!


#this entry will be updated from time to time, accordingly :) 

Bye, salam!

Monday, June 10, 2013

Baby takut ayah ke?

No comments:
Start minggu ke 27 minggu lepas, baby jadi makin aktif. Sekali dia gerak, macam swimming pon ada dalam perut ni.. Menggelegak. Hehe.. 

Tapi.. Bila ambik tangan Ayah dia letak kat perut, langsung dia senyap.. Diam aje. Bila dah alih tangan Ayah, dia start swimming balik. Tak tau kenapa. Slalu Macam tu. Sampai kami naik pelik. 

Baby ni takut Ayah ke?? 

Anyway masuk arini baby dah 28wks..


Ni update untuk minggu ni. Korang boelh install app I'm Expecting... Nanti boleh keep track tumbesaran baby anda sendiri. Yang bestnya boleh bandingkan dengan buah.. Ade idea la kan instead of brape cm and brape gram kan? Hehhe

Sunday, June 9, 2013

Sottong bakkar!!

No comments:

Dah lama kite tak main masak-masak, kan?

Sejak mengandung kurang siket masak dengan harmoni dan gilang gemilangnya.. Kalau masak pon, ayam goreng, ayam goreng, ayam goreng..hehe.. Dah suami kitter ni suke sangat dengan ayam goreng.. Suh kawen nge kepsi tak mau! Hehe..gurau je.

Hari ni terlebih rajin. Nak masak sambil amik gambo banyak-banyak.. Arini masak sotong bakar. Resepi ambik daripada buku Chef Hanieliza yang famos amos tu. Memang diakui buku tu sangat membantu bila buntu nak masak apa. Actually, buku tu persediaan untuk bulan Ramadhan nanti. Suruh suami belek2 je nak makan apa nanti. Pastu tunjuk, mesti siap punya lah...

Tapi kalo bab-bab nak masak gulai ke kari ke..memang sangat payah la. Saya ni kalau dengan santan memang kalah. Asal masak kari mesti tak jadi. Dalam 10 kali buat, 3 kali menjadi kire okay lah tu. Nampaknya kena buat internship dengan mamak nasik kandar baru menjadi nih. Haha.

Panjang no mukaddimah kali ni. Okay jom kita layan gambo..


Siapkan semua bahan-bahan untuk ditabur atas sottong.. Nak hiris macamana sukati la. Tak ada garis panduan, harap maklum!

Untuk bahan tumis aka rempah dia, sila rujuk buku. Sukatan main campak-campak je. Tak payah skema sangat. Kalau skema duk ikut macam yang ditulis oleh chef pon belum tentu sedap. Dah takde bakat, nak cakap ape kan... Hehehe (mulut.. Macam chef wan sangat ek!! ) 

Pastu masukkan sotong dan taburkan bahan-bahan segar tu.. Eh kalau ikut chef kena bungkus dalam aluminium foil. Err, sebab umah kite takde Al foil tu kire guna non-stick pan pon okay la labu... (Al=aluminium.. Tak caya sila rujuk jadual berkala.. Chemist sangat akak nih!) ;)

Tuangkan rempah yang dah ditumis, bukak api sellow je tau.. Nanti hangus saya tak jamin.

Jangan lupa tutup dengan apa-papa penutup yang boleh dipercayai. Mm..kalo ade kuali-ajaib-cap-ikan-keluaran-syarikat-menang tu senonohla siket kan. Dah tak ade buat cara tak ade. Jangan duk desak suami belikan. Tak baik pressure suami. Jauh dari syurga karang... Ade duit beli sendiri. Kalau masakan jadi sedap dan bertambah rajin 'tido' di dapur, boleh claim dengan suami semula duitnya. Haha

Bila dah siap masak, jadi macam ni. Tapi yang ni macam ter-overcooked plak. Kalau dalam 15minit okay kot atas stove tu. Sottong kan cepat masak, bukan macam ikan kerapu ke hape. 

Pastu, dah siap hidang.. Ngap ler dengan hidangan-hidangan lain. Tapi kalau bujang, masak nasik dengan lauk ni dah kire heven la kan...

Selamat mencooba..

Tata. Burp!!!







Friday, June 7, 2013

Pilihan untuk bersalin di tangan kita sendiri. About GBG!

1 comment:

During my first trimester phase of pregnancy, I was a bit skeptical, curious, anxious and scared, whenever I thought about giving birth. Antara perkara yang paling selalu bermain di fikiran tentunya:

"Sakit tak bersalin nanti?"
"Bersalin kat mana lebih selamat? Private hosp? Gov hosp?"
"Malu la nanti kalau bersalin dapat doctor lelaki..."
"Apa jadi kalau ada komplikasi? Uri terlekat ke... Tumpah darah ke.. anak lemas ke..."
"Susah tak nak push masa bersalin?"
"Kena caesar ke nanti? Sakit tak?"

plus thousands more unanswered question. Dengan tersilap pergi tengok video pembedahan caesarean dalam Facebook (sometimes they share disgusting things in Facebook, tapi degil nak tengok jugak!) and there's one women bersalin sambil berdiri (ni saya tak tengok sampai habis, ngeri yang amat!)... plus dengan pengalaman sepupu yang baru lepas bersalin disebabkan dia punya epidural dah tak berkesan, doctor buat caesar untuk keluarkan baby. Kesakitan paling terasa masa dalam pantang.

Bila dah join group whatsapp dengan kawan-kawan sekolah menengah dulu ada yang suggest untuk join Gentle Birthing Group Malaysia (GBG) di Facebook. Kena request dulu untuk join group ni, then their admin will approved. Maybe disebabkan ada beberapa stuff yang sangat private dibincangkan dalam group ni, jadi kena ketatkan privacy. Ye lah kadang-kadang ada yang tunjukkan gambar yang inappropriate untuk tontonan umum. Faham-faham sajalah.

Tujuan group ni ditubuhkan adalah untuk promote gentle birth dikalangan ibu-ibu di Malaysia. Terutamanya ibu muda la kan, macam saya. Dan tak terkecuali ibu-ibu yang mengalami pengalaman yang menakutkan during their previous labour. 

Once dah join, what I can really say is, this group opened my eyes to a whole new perspective of giving birth naturally, bermaksud melahirkan anak itu bukan la suatu process yang menyeksakan tetapi proses yang sangat intim yang sepatutnya ditunggu-tunggu. Diraikan dengan penuh gembira, terbuka dan yang penting tidak memaksa yakni bebas dari  ubat dimasukkan dalam tubuh badan si ibu. 

This group promotes unvaccinated, no episiotomy (guntingan untuk membesarkan bukaan rahim), no epidural , no caesarean operation, no induce (mempercepatkan labour dengan cucuk ubat), immediate skin to skin contact (means ibu menyusukan bayi right after delivery, dengan membiarkan baby menyusu secara natural-alami), even promotes home birth, water birth dan also lotus birth (mostly for non-muslim, i think).

From the group discussion, infos sharing, latest news sharing and even asking question to the experts (trained/knowledgeable and experienced women), banyak sangat yang saya belajar. Yang paling utama untuk persediaan mental (fizikal belum lagi :p ) sebelum saya bersalin. We congratulates each other, we support each other, and give advice to each other. Walaupun saya newbie dalam group ni, tapi sudah terasa seperti keluarga sendiri (perasan sengsorang. :p)

There are so many medical terms yang saya belajar. Mostly bila baca apa yang diorang sembangkan then google sendiri untuk lebih faham and untuk lebih senang google gambar, boleh tengok dengan real ape itu crowning, baby engaged, VBAC, csec and bla..bla..bla... and I also happen to know that there is such thing as induce the baby naturally. 

Banyak sangat yang saya belajar, hopefully sebagai persediaan untuk faham apa yang doctor dan nurse bualkan dalam labour room (LR) nanti. Takdela terkial-kial dan menurut aje ape yang diorang cakap atau suggest. Which served as the basis of my decision towards healthier me and baby. Sometime, they tend to force the labour eventhough the baby and the time is not ready. 

Bila dah google baca website tentang birthing, terutamanya HypnoBirthing, saya sangat-sangat tertarik dengan teknik HypnoBirthing ni (Majalah Pa&Ma sebut sebagai "kelahiran secara pukau" - hilarious!!) Pukau lassangat.. For more info on this thing boleh klik HypnoBirthing Malaysia kat sini and get ready to be amazed! Especially when you read their hypnobirthing stories..

Futher google-ing and you-tube-ing jugak buatkan saya terasa macam nak beranak dekat rumah. Not water birth, just home birth. I already voiced out my plan to my Mama, she supported me, but my MIL was against it because this is my first one. So, I decided to give birth at hospital (hopefully gov hospital in K. Trg do support gentle birthing and I can request for female obgyn) - mengada sangat kan? hehehe...

Tapi yang sebenarnya, sometimes I imagined myself on the hospital bed in the labour room, patiently waiting for the baby to come out when all the doctors and nurses are busy with other mommies. Then, when the time comes, I imagine my husband will be the midwife (bidan terjun) hahaha... Lagi senang kan? Hopefully tak de apa-apa komplikasi pada baby and me. Just keep thinking positively okay!

The other thing that worries me, suasana dalam labour room. Kot nye ade mommies lain yang duk mengerang dan meraung macam nak mati masa bersalin tu lagi buat saya jadi panic nanti. Dah elok-elok positif jadi over-negatif pulak nanti. Hambek sebijik!! My husband pulak buat lawak, dia cakap nanti mesti dia nak tergelak dengan sana sini meraung.. ye lah tu, skali dia yang cabut dulu. Gabra punya pasal.

Anyway pengalaman keguguran kali kedua dekat rumah sendiri dan kami berdua je ada masa tu bolehla dijadikan benchmark. At least kami tak panic sangat masa tu walaupun saya rasa sakit yang amat. hehehe.... My hubby pon boleh tahan dia jaga saya masa saya sakit. First class la jugak. ehehehe,, That's way I sayang U lebih, Abang!!


Well, sebelum saya melalut jauh, I better stop myself here.

Till then, lotsa lovesssssssssssssssssssss!!