Saturday, December 8, 2012

Kanak-kanak riang di Lata Kinjang

Last weekend saje ajak Adik gi Lata Kinjang. Dia memang pantang jumpa air.
Pagi-pagi lagi dah bangun masak. Menu biasa-biasa je. Ayam goreng, octupus masak merah, sayur goreng, daging goreng. Tapi tak snap pon gambar. Sebab aku sangat mengantuk. 
Malam sebelumnya tido lambat duk bersembang segala bagai. Pagi plak bangun awal. Dari dalam kete lagi aku duk mengantuk. Sampai-sampai tu, kete plak buat hal kat parking. That's another story. Let's stop here.
Sampai-sampai kat tepi sungai yang sangat indah tu, nampak ramai 'wadegaq'. Mood nak mandi pon hilang. huhu... Ramai pulak puak-puak diorang. Lepas se-group, se-group lagi datang. Lepas makan, aku mengantuk. Hape lagi, sandarkan beg dekat batu, pegang tuala buat selimut, amik straw hat biru besar tu tutup muka.
zzzz......zzzzz.......zzzzzzzzzzz

zzzzz.........


Sudahnya si Adik je mandi ngan abang dia. Aku membuta dengan ayu di celah-celah batu. Peduli ape orang nak tengok. Lagipun air sangat-sangat sejuk, tak tahan nak mandi. Plus, kalau mandi renyah la nak tukar-tukar baju nanti. Kalau masa muda dulu ye la, pantang jumpa air aku kuak rentang dulu. Sekarang ni, enjoy kat atas je la.
Dah dekat nak balik baru aku bangun. Best gak tido kat air terjun, damai je.
Walaupun ramai yang duk bergumbira berteriak-teriak.
Aku di alam lain~~

Sempat la bangun sat tangkap gambar budak ni. Walaupun sejuk tak mengalah.





Cuci mata lagi best. Tapi kalau nampak lurah bontot mamat 'wadegaq' yang gemok tu, berdarah jugak la mate.

'wadegaq' tu ape? sila buat kesimpulan sendiri. ape-ape je lah...


No comments:

Post a Comment