Friday, September 14, 2012

Sotong bakar??


Tak pasti la aku nak kategorikan sotong aku ni bakar ke tak bakar. Sila judgemental ok...

Sotong yang aku buat sotong bakar tu dah ade dalam kuali dah sebenarnye. Ni aku saje je snap gambar rakan-rakan beliau yang bakal syahid dalam kuali aku lagi 2 hari.


Satu je sbab aku cakap ni sotong bakar. Sebab aku guna resipi ikan bakar untuk buat sambal dia.
Cara masak tu bukan bakar pon sebenarnya.
Anyway ni dah siap-siap masukkan sotong dengan rempah ikan bakar tu dalam kuali. Ready dah nak kena sauna dengan aku.
Rempah ikan bakar tu aku buat sendiri.
(Sila faham ni bukan blog resepi okey, ni blog menunjuk2)
Nak resepi sila google.
Antara menjadi ngan tidak. Antara sedap ke tak sedap.



Sila jangan tiru aksi tak senonoh ini. Besar penutup dari kualinya.
Nampak dengan mak mentua aku ni, mau nye dia marah aku guna pengukus dia sesuka hatiku..huhu

Tips didapur: Guna la apa-apa barang yang ade. Sila kreatif. Yang penting boleh makan.
Kecuali banyak duit.


Haaaa... Tu diaaa......
Dia dah mai...
Jemput..jemput...
Jemput tengok.
Nak ajak makan takleh dah.
Semua dah selamat.huhu..
Sedap tak sedap belakang kire.
Yang penting titik peluh jerih pedih sendiri..
ye dak??




No comments:

Post a Comment