Monday, May 14, 2012

Blackpepper Lemon Chicken


Hari tu beria aku janji nak buat lemon chicken kan.. Tapi sudahnya aku tak buat macam aku tengok dalam internet tu. Aku kasik lain siket. Memang aku darah B yang hard core. Suka buat kerja dengan cara sendiri. haha.. (rujuk gambar last skali)

Aku pegi marinate ayam aku dengan semua bahan yang aku rase sedap untuk diguna sebagai pemerap. Pastu dah nampak hitam. Tapi rasa sangat sedap (puji diri sendiri nampaknya!!) dan isi ayam sangat lembut. Aku grill je atas pan. Tutup siket kasik ayam tak kering sangat.


ugly-delicious!!


Sos lemon aku masak asing ikut resepi. Cuma aku skip brown sugar. Takde nye aku nak guna se sudu nak beli sekilo bagai. Kena la kedekut siket. Bukan jejas ape pon.

 Bila dah habis makan tu, sos lemon masih ade baki..
Hari ahad tak lunch. Pukul 4 dah lapar giler duk sorang-sorang.
Hubby takde, pegi site. Carik duit lebih sebab bini dia suka makan banyak. 
Pastu intai-intai dalam peti ais ada adunan pancake yang tahun lepas.
Terus buat pancake dan makan dengan sos lemon yang sejuk giloss tu.
Wallaweh,, boleh buat jadi makan ruji breakfast nih.
Pasni hubby aku akan muntah pancake lemon setiap hari.
hahaha.. (gelak jahat)





Sila la check jenis darah masing-masing. Aku tak tau jenis darah aku apa. Rase B kot ikut personaliti. Huhu.. Haruslah pilih personaliti yang hebat!

                                     
Satgi aku update benda lain plak.
Aku nak buat keje sikit. (tunjuk rajin)


No comments:

Post a Comment