Wednesday, May 23, 2012

Aku ade.. Kau ade??

No comments:
Update yang delay.. nak masuk ramadhan dah baru nak update Hari Guru.

Aku tak dapat ape-ape hadiah pon dari student. Memang tak harapkan ape-ape pon.
Yang penting...

Kad ni...




Aku ada..

Kau ade??

terbaik ah anak murid aku..

Ni yang aku rase nak bagi markah free je takyah exam.. hahaha



Thursday, May 17, 2012

Jenis pertahanan yang perlu ada dalam workstation UTP

No comments:
Suhu dalam workstation ni sangat-sangat la sejuk.
Kalau jenis yang habiskan air sebotol untuk sehari macam aku, alamatnya kencing 3 4 kali sehari la. Dahla toilet agak jauh.
So, sebagai pertahanan.
Kena ada yang macam kat bawah ni.
Stokin (hitam)
Gloves
Sarung kaki (jenis bukan stokin-pink)


Ada lagi sebenarnya yang tak termasuk.
Shawl biru aku.
Sweater tebal. 
Mengalahkan winter di London.


Dan yang pasti:
Semua pertahan ni tak guna sangat pon.
Aku masih lagi tewas.
Tewas dengan suhu melampau.



Tuesday, May 15, 2012

Makan megi pon kena ade kelass, tot!!

No comments:
Hari tu (lama dah sebenarnya) nak makan megi. 
Instead of makan megi dengan cara old skool, aku masak dengan cara yang lain siket. 
Mi dia aku celop dalam air panas. Angkat.
Isi ayam tu aku gaul dengan mixed herb, garam siket pastu goreng ala-ala grill gitu.
Sayur sawi tu celor manja-manja je tanak kasik zat fotosintesis dia hilang.
Kuah plak serbuk megi campur kicap, sos tiram, segala mak nenek sos yang ade dalam peti tu. Tapi time ni aku silap terbubuh banyak sangat kicap pekat sampai masin (banyak).
pastu perah lime. mase ni aku mane kenal lagih lemon-lemon nih. Tesco tak bagi tau..

Jadik lah hasil yang macam kat bawah ni.



Sebelum tu aku tanya Man, dia nak megi tak?
Katanya nak, tapi dia dah kenyang dah sebenarnya.
Pastu akku tanya nak megi macam biase ke megi yang aku nak cuba buat style baru ni?
Dia cakap nak yang biase je.. kenyang..

Hasilnya dia punya macam kat bawah ni.
Tak sedap kan? kan?


Punyala menyesal, tunduk sampai ke sudah.
Nasib baik aku baik, aku share la jugak.
Nasib baik aku sangat baik, kalau tak lama aku upload skali gambar dia tengah menunduk.
Hahaha... (gelak ketua perompak)


Boleh melaram dengan baju kurung baru!!

No comments:
Akhirnya siap gak baju kurung aku nak pakai time wedding sepupu Man weekend ni. Biase la aku kan suka buat keje last minute. Ni kire tak last minute la nih.

Aku ingat lagi kalau dulu-dulu time raya, memang kitorang jahit baju kurung, kebaya, kebarung dan segala jenis pesen baju sendiri. Sepanjang hidup aku yang dah nak mencecah 100 tahun ni (hehe) tak pernah lagi hantar upah baju kat orang lain. Buat la sendiri. Time tak mahir menjahit dulu, aku ngan Acik jadi tukang sembat je. Sekarang dah ambik alih tugas Mama menjahit. Kadang-kadang ade jugak part kena mintak tulun! tulun!

Masalahnya, aku tukang jahit, tapi baju aku paling lambat siap. Konon nak sembat sendiri, sudahnya, pagi raye aku duk menyembat lagi. Tengahari baru sudah. Tapi aku cool je sebab Man datang beraya umah aku tengahari atau petang (sebelum kawin). Takpun raye kedua. Ape nak kecoh. Raye dengan sedare? Pakai je yang mane ade. haha..

Kain yang ungu ni kawan aku yang bagi, Annuur. Time aku kawin dulu. Hehe. Setahun lebih dah aku kawen. Terbukti kemalasan aku. Ini kononnya nak buat raye, tapi raye aritu aku dalam pantang- (pantang menjahit!).


Yang bawah ni plak Man belikan masa jalan-jalan kat jalan TAR time sepupu dia yang nak kawen ni bertunang akhir tahun lepas. Elok la tu. Beli time dia tunang, pakai time dia kawen.
Corak ni pon dah agak lapok sebab lama sangat simpan dalam pastik. Dua-dua aku buat kurung biase je. Takde nye aku nak kurung moden ke hape. Bagi ruang untuk badan membesarkan lemak..


 Dan yang satu ni pulak blouse aku buat guna kain yang beli 2 3 tahun lepas kot. Huhu..
Saje je takde keje. Tapi belum pakai lagi sebab tak de inner. Kain chiffon hitam ni sangat le jarang. Belum pakai lagi. Dah dekat sebulan kot siap.


Nampak cam besar tapi bile pakai elok je terletak. Bab lengan je ketat siket. Sebab isi lengan dah makin lendut. Salahkan Man! haha..


P/s: ade hutang baju mak sedara aku yang aku janji nak jahit. Huhu..Aku sangat suke menabur janji manis..


Monday, May 14, 2012

Plastic Bag Holder - Red Flowery

No comments:
Minggu lepas duk brok-brek-brok-brek cakap nak buat plastic bag holder kan.. Ni patik yang hina dina ni nak menunjuk kat tuan hamba- tuan hamba semua. 

Tada!!!!

Akhirnya, berumah jugak semua pastik-pastik aku.
Cantik kan? Sangat cute. Takde lagi pastik bag sepah-sepah.

Pasni kalau nak gi beli barang kat Tesco hari Sabtu (No Plastic Day!) boleh la aku sangkut je kat lengan dengan hidung kembang dan mata melirik berkata-kata "Tengok la daku dengan pastik beg daku yang vok de vass!"
Maka tidak boleh lagi akak-akak cashier tu cas aku 20sen untuk setiap pastik bag.
Yeah! Profit margin Tecso akan turun mendadak.
Dan mungkin aku bleh open table dekat kaunter pembayaran.
"Murah! Murah! satu pastik seposen! 1Malaysia! "(apehal?)

Atau bleh buat bantal peluk bagi sape yang kekurangan kasih sayang dimalam hari. 
(Oh! sungguh pervert diriku..)





Dan drama paling sadiss adalah seperti berikut:

Sayang:: "Abang cuba tengok ape yang best kat dapur kite.."
Abang:: "Oh..jap gi abang tengok.."
Sayang::"okey.." *happy giler, tak sabar*

Selang beberapa minit..

Abang:: "Ha..lawa..nanti bleh sangkut kat leher.."
Sayang:: -.-" -.-" -.-" -.-"  *sadisnya laki aku*


Blackpepper Lemon Chicken

No comments:

Hari tu beria aku janji nak buat lemon chicken kan.. Tapi sudahnya aku tak buat macam aku tengok dalam internet tu. Aku kasik lain siket. Memang aku darah B yang hard core. Suka buat kerja dengan cara sendiri. haha.. (rujuk gambar last skali)

Aku pegi marinate ayam aku dengan semua bahan yang aku rase sedap untuk diguna sebagai pemerap. Pastu dah nampak hitam. Tapi rasa sangat sedap (puji diri sendiri nampaknya!!) dan isi ayam sangat lembut. Aku grill je atas pan. Tutup siket kasik ayam tak kering sangat.


ugly-delicious!!


Sos lemon aku masak asing ikut resepi. Cuma aku skip brown sugar. Takde nye aku nak guna se sudu nak beli sekilo bagai. Kena la kedekut siket. Bukan jejas ape pon.

 Bila dah habis makan tu, sos lemon masih ade baki..
Hari ahad tak lunch. Pukul 4 dah lapar giler duk sorang-sorang.
Hubby takde, pegi site. Carik duit lebih sebab bini dia suka makan banyak. 
Pastu intai-intai dalam peti ais ada adunan pancake yang tahun lepas.
Terus buat pancake dan makan dengan sos lemon yang sejuk giloss tu.
Wallaweh,, boleh buat jadi makan ruji breakfast nih.
Pasni hubby aku akan muntah pancake lemon setiap hari.
hahaha.. (gelak jahat)





Sila la check jenis darah masing-masing. Aku tak tau jenis darah aku apa. Rase B kot ikut personaliti. Huhu.. Haruslah pilih personaliti yang hebat!

                                     
Satgi aku update benda lain plak.
Aku nak buat keje sikit. (tunjuk rajin)


Friday, May 11, 2012

:: Merancang cuti hujung minggu::

No comments:
Lame dah tak update blog ni. Minggu ni sibuk siket sebab minggu ni je boleh focus pada research. 3 minggu lepas sibuk terpaksa menolong dengan kerja audit . Minggu depan pon dah dimaklumkan awal-awal semalam mungkin akan sibuk tolong kerja audit lagi. terpaksarela.

Anyway dah lama dah update kerja masak-masak kan? Minggu ni jarang siket masak. Semalam ada buat mee segera  dengan dada ayam herba. Sedap jugak tapi kuah kicap tu pekat sangat. Gambar ade dah amik tapi lupa nak transfer dalam laptop semalam.

So, untuk rancangan hujung minggu ni, banyak yang dah ade dalam kepala sebenarnya:
  • Nak habiskan jahit baju kurung aku 2 pasang. Dah siap sembat tangan semua kecuali yang belum jahitkan getah kat pinggang kain. Stok getah habis kat kedai. huhu.. Belum sempat carik kat kedai lain. Malam ni must hunt for the getah.

  • Malam ni pegi topup barang dapur siket. Gula dah habis 3 hari dah. Nasib kitorang tak guna sangat gula dalam kehidupan harian ni. Minum air sunquick tak bubuh gula. Malas. Minum nescafe tambah susu je. Plus ada barang-barang lain siket.

  • Dah lama tak masak untuk dinner. Cadangnya nak try ayam dengan lemon cam kat bawah ni. aku dapat resepi dari sini *click*. Nampak macam best. Dan yang paling penting super-simple. For the record, aku tak penah masak mende-mende guna lemon ni. Bleh la try ye. Isnin aku update. Wait huh..



          Btw, dia punya resepi untuk meatball pon sangat sedap nampaknya. Dan simple! Try 
          la explore. Pastu jangan lupa show off kat aku okey!

  • Nak potong kain beg untuk En. Mizuary. Dah hampir setengah tahun dah dia tak order bag. Mungkin sebab tau aku stop menjahit. I couldn't say no to him. Tak baik la kan hampakan orang. I'll try my best to meet the deadline, even before. Dah umpa satu kedai nerby yang buat sulaman berkomputer but tak sempat tanya diorang lagi. Esok  la lepas habis tuisyen.


  • Ha, lupe nak listkan esok kena subs untuk tuisyen tahun 4 dan 5. Lega siket nak ajar budak besar ni berbanding budak baru belajar (BBB)..huhu.. Material belum sediakan  lagi. Petang atau malam ni la. Supposedly kena subs untuk 3 weekend straight starting  from this week tapi since minggu depan nak berangkat ke Putrajaya, so, minggu depan tak boleh la. 

  • Lagi satu nak buat plastic bag holder for my kitchen. Plastik bag bersepah-sepah dah. Before ni aku rajinkan diri jugak nak lipt-lipat plastik tu semua. Sekarang dah kurang rajin dah. Habis bersepah atas lantai dan dalam lemari. So, kena siapkan jugak. Jumpa satu tutorial kat google. Kalau nak try buat sesame okey jugak. Jom! Agak-agak kalau aku buat banyak-banyak ade tak orang nak beli. Design yang lagi satu kat bawah tu pon lawa gak. More simple yet elegant. Tapi yang tu tak de tutorial. Let see which one I will choose. Update on Monday perhaps.

                                               



                                               

Anyway that's all la kot. Banyak-banyak kang tak terbuat pulak. Can't wait for next week. Mama and my sis (propably) are coming here. Get to head to Putrajaya for the wedding. Meet all the family members. Mak, Ayah, adik, sisters, cousins, aunties, uncles, u name it. And most of all, jumpa my LOVE Hakim, Rafiq and Khadeeja. LOVE. 

Enjoy your weekend doing what you love with the one you love the most!

Adios. さようなら.

Thursday, May 3, 2012

Lumut Waterfront

No comments:
Cuti Labour Day habiskan masa dekat Manjung. Ada sub-con piling dekat site 'abang kite' buat makan-makan dekat site yang panas..huhu..nasib tempat makan ade bumbung. Tak leh bayangkan macamane 'abang kite' tu keje tengah panas hari-hari..patutla balik muka hangus. So, berbalik kepada cerita makan. Makan nasik putih dengan gulai kambing. Errkk... Aku amik kuah je. Kambing2 ni saya tak berapa geng sangat. Nasib ada ayam masak kichap dan udang goreng..huhu..

Lepas dah habis melahap pi tengok wayang "Beraninya Budak Itu"..I mean "Berani Punya Budak". Malas nak cakap banyak la pasal cerita ni. Pendekkan- Fail!! Bazir duit. Menysal tak tengok Avenger lagi skali.

Pastu jalan-jalan dekat waterfront dan makan-makan. Standard la makan kat warung. Harga biase je, boleh tahan tapi takde la sedap sangat. 'Abang kite' kate "Jauh la sedap sayang masak". Sampai ke 3.05.2012 ni hidung kite kembang lagi..huhu..











Tahun ni tahun melawat Perak. Moh le rame-rame datang ke Perak!!

Da..