Akhirnya aku tekan jugak url kedaikeciksaya.blogspot dekat browser Mozilla di PC workstation aku. Akhirnya aku tekan jugak perkataan 'Sign In' dekat blog ni. Akhirnya aku gagahkan jugak tekan ikon 'New Post'. Entahla.. Rasa rindu tiba-tiba menjengah. Rindu nak tulis apa yang aku rasa tentang diri aku sendiri. Walaupun sebenarnya tak ada ape yang menarik pun tentang hidup aku sekarang.
* Aku tulis entry ni dengan khayalan akan ada reader yang akan baca, walhal aku rase aku je yang perasan.
kalau ikutkan entry yang lepas aku janji aku nak cerita apa yang terjadi pada hidup aku sebelum-sebelum-sebelum ini. Tapi aku mungkir janji. MAAF. perkataan 'maaf' tu aku tujukan khas untuk aku sendiri. Takpe nanti aku usahakan menunai janji, walaupun makan masa sehingga tahun depan.
Sebetulnya tujuan blog ni diwujudkan hanya untuk promosikan bakat dan hasil bakat dengan tujuan untuk meraih sedikit rezeki dikala aku boring menanam anggur. Since, sekarang dah dapat kerja yang jauh dari rumah, kena menyewa sendiri dan tak ada mesin untuk aku tunggang, aku hilang arah, hilang hobi dan hilang keghairahan diri.
*tetiba rase sedih dan berkaca bila ingat time menjahit. RINDU.
Walaupun menulis blog ni hanya suka-suka pada mulanya, namun semakin lama ia menjadi sesuatu yang dapat aku banggakan. Sebab aku takde apa lagi yang boleh dibanggakan selain hasil kerja kreatif aku. Bila dah lama tak menulis dekat blog ni rase amat kehilangan. Rasa macam hilang seseorang yang menjadi tempat mengadu perasaan. Korang pernah alami? Mungkin pernah. Mungkin tak.
Menjahit dan menulis blog sangat memerlukan keghairahan. I mean passion. Dan keghairahan itu semakin padam bila aku menjauhkan diri dari mesin jahit aku. Walaupun dengan kerja baru yang agak best, dapat sambung belajar, namun kerja ni tak menjadikan aku seorang yang ghairah. Malah memadamkan terus kesungguhan aku untuk siapkan sesuatu. Mungkin sebab minat tu tak ada sangat.
Aku ingat time sama-sama menjahit dengan mama. Mama temankan aku menjahit dalam bilik kecik aku tuh. Sangat touching. Dan yang lebih touching bila mama text aku selepas hampir sebulan aku di Seri Iskandar.
"Mama sedih duk jahit sorang dalam bilik ni. Rindu sangat masa jahit sama-sama dengan Alang"
Lebih kurang macam tu bunyi dia. Dan aku tau Mama menangis.
Kalau ikutkan kontrak, aku ada lebih kurang 2 tahun untuk menetap di Seri Iskandar. Macam mana agaknya aku nak dapatkan semula passion aku yang aku tau ada dekat rumah Mama, di Kuala Terengganu. ??
No comments:
Post a Comment