Monday, February 21, 2011

:: beauty and the beast ::

Ok, taknak mintak maaf langsung kat korang sebab aku dah lama tak hupdate blog. Sukati la kan blog aku, lagipun aku super sibuk plus laptop n berukband kengkadang lesap dan lenyap.

Sekarang baru ade idea yang tepat pada masa dan keadaan. Selalunya idea aje yang ade, masa dan keadaan melencong. So, idea hilang begitu sahaja tak tau kemana bersama siapa..hikhik cam pantun banyak kerat la plak.

Actually I have this thought baru je tadi. Sebab tadi aku pegi jumpa doktor gigi. Mula2 pagi tadi aku pegi klinik gigi gomen yelah banyak sebab.
1. Murah bayar singgit je (tapi tunggu sepuloh jam)..
2. Aku mane kerja, so sangat la senang nak lepak kat klinik gigi gomen.
3. Akak sepupu aku keje situ, so bile nak pegi call dia mintak tolong dia amikkan no giliran. Jadi walaupun aku datang lambat dapat awal jugak.
4. Aku ada alasan untuk bangun awal..hehehe

dah 2 3 hari dah tampalan gigi yang aku buat bulan 10 tahun lepas tercabut, tu yang aku cepat2 pegi sebab takut kawah makin besar. kalo kawah makin besar tak yah mama masak nasik dalam periuk boleh masak terus dalam kawah tersebut. Uwekkk....

Lepas dah check up kat klinik gigi tu ingatkan boleh tampal terus, skali dapat tarikh dating daa... dan tarikh dating nya ahad depan. Walaupun aku rase by the time aku menunggu tarikh dating dengan dentist tu gigi aku dah kokak teruk, tapi aku terima dengan pasrah sebab dentist tu lebih berkuasa kan... aku pun balik umah dengan harapan lubang kawah tak membesar dengan cepat.
lagi satu aku pikir nak save duit la.. Bayar singgit tu....jimat wooo...

Tapi....

Selepas aku nikmati makan tengahari yang Mama masak (bukan dalam kawah aku..), aku pun pegi la floss keseluruhan gigi. Memang tabiat aku suka floss gigi kalo tak aku rase cam ade je sisa2 ayam kat celah gigi. Uwekkk lagi....

Sekali....

Keluar la seketol tampalan timah kot (yang pasti bukan senah..). Hambik ko!! Besar giler. Sampaikan lubang kawah tu membesar instantly. Kalo nak masuk seketol gigi pon muat. Dah la tepi-tepi kawah tu dah tajam. Lidah pulak gatal nak raba-raba dalam kawah tu, ape lagi luka la. Nasib tak sampai tahap sakit sangat-sangat. untuk avoid rasa ngilu yang mana aku rase kalo berlaku la tadi memang aku tampar je muka sape2 yang lalu depan mata aku. Sakit wo.... Sakit kena share gak kan. Bukan rezeki aje. Jahat tak aku?

Aku daj terpikir-pikir dah kalo tunggu ahad depan ni mau mati aku karang. Dah la nak buat keje pon tak selesa. Tu tak masuk lagi dengan rasa rimas Mama dan adik2 aku yang kejap-kejap aku paksa tengok kawah. hehehe....sharing is caring la katekan....

Mau tak mau aku standby jugak duit seratus pegi klinik gigi private. Nasib tak ramai patient. Sambil2 menunggu tu sempat la baca Berita Harian arini dengan tengok berita Azizulhasni Awang tercucuk kayu kat betis.. Seriau tu. Gile ah. Kesian dia, kan?

Bile sampai je turn aku, aku masuk dalam bilik dokter tu dan letak beg aku atas kosi kat tepi dinding. Hesh, dokter lelaki daa... Takpe la, aku tak kesah pon. Lagipon aku memang tak phobia langsung dengan dentist. Kalo boleh nak scaling hari-hari.. wah, dah pandai cakap besar!

Sebelum dokter bedah aku, aku betulkan posisi baringan atas kerusi dulu, tarik sepit rambut dulu, kalo tak boleh baring dengan sempurna la, kan? Bile dokter mula membelek kawah tu aku bayang kan sakit la kan dengan gerudi dan tah ape-ape jenis alat-alat yang konfirm tajam tu, skali tak sakit pon... rilek je.....

Tapi sementara dokter tu duk isi filling dalam kawah aku dengan muke yang herot-berot tu sempat jugak la fikiran aku menerawang. Biasanya kalo dentist tengah membedah aku, aku akan fikir menda yang lain dan tak fokuskan kepada proses pergigian tu. Biase la kan.

Masa tu la aku ada this thought, kesian dokter gigi kan sebab setiap hari berhadapan dengan benda yang ala-ala "beast". Ok, katekan lah Siti Nurhaliza (sebab aku baca Berita Harian pasal Siti dengan Datuk K raikan masjid baru diaorang..mulia hati dia kan?) datang kat dentist dengan baju cantik dan mekap ala-ala nak buat konsert sebab nak cabut gigi.. nak tak nak dia kena nganga mulut kan? Pastu dokter tu akan sumbat mulut dia dengan kapas. Sampai muka dia herot. Pastu dokter akan cari kawah, gigi buruk dan sebagainya... Muka cantik pon jadi tak cantik dah. Even Amber Chia pon akan bertukar jadi beast. Ni kan pulak muke kite yang tak seberapa ni. Kesian dokter gigi kan?

Tu belum lagi kalo patient yang karies gigi dan sebagainya. Pendek kate kalo suami kamoo dokter gigi, jangan bimbang dia akan jatuh hati dekat patient dia. Memang tak ah!! Secantik mane pon kite, mulut tetap bau tak menyenangkan. hehehe... tapi berbaloi la dengan bayaran yang dorang terima. Berlubang poket gua!!

Berlainan plak dengan orang yang jadi jurukamera sebabnya seburuk-buruk mane pon muka model, tetap model tu posing yang paling cantik depan kamera tanpa perlu disuruh-suruh. Untung kan..Dahla well-paid. Double prosperity.

Yang beast-beast tu bagi kat dokter gigi, yang beauty-beauty tu bagi kat photograper.
Bila gigi memburuk pegi cari dentist, bila dah cantik senyum depan cameraman..kan? Pandai...

Pas dah habis berangan sambil berselang-seli dengan berkumur, kawah pon dah bertutup....
Aku pon ape lagi, keluar dan bayar bil! Dengan harapan biar la tampalan ni tahan 2 3 tahun. mhuahahaha....

Tak sakit pon!!

p/s:: esok nak pegi senyum kat cik abang.....


dah aku nak tido. Good Nite.

Bismikalloh humma ahya wa amut~~~~aminnn.


:: HidayahHilman ::

No comments:

Post a Comment