Sunday, December 19, 2010

:: photographer ::

Tak tau nak bagi tajuk ape. So, sesape yang belum pegi tengok blog Mizuary yang mengancam, sila la pegi tengok sekarang. Tapi habiskan baca blog saya dulu yer..

Semalam saya janji nak bg tengok beg Mizuary. So, sekarang ni saya tunaikan janji. Beg dah siap packing tapi belum hantar lagi. Tunggu lampu hijau jer.

Ini contoh beg album yang dah siap. Sila enjoy pictures dibawah ye..



.



Yang ade tulisan website tu terletak kat belakang bag. Dalam beg just lining biasa je.

Mmm...cakap pasal photographer ni saya rasa kan, kerja sebagai photograper ni agak lumayan jugak sekarang ni kan. Kalo wedding photographer la. Ni pon pandangan saya je la. Betul ke tidak hanya photographer je yang tau..

Kalau zaman saya kecik-kecik dulu kiter duk pakai kamera yang ade filem kodak tu je kan. Kalau camera yang jenis murah dan jurugambar jenis parkinson memang gambar nampak kelabu bile dah cuci. Kena pulak gambar bertindih la. Memang tak syok la. Sakit hati pon ade. Kalo dulu proses nak masukkan kodak ke dalam kamera paling berhati-hati takut filem masuk angin la. Kembang la ape la. Kelakar giler. Pastu bile dah masukkan filem dalam camera akan ada bunyi macam ""zeerreeettt....." tanda dia tengah ejaz filem tu. Kalo posing tak jadi memang tak leh nak tekan butang delete la. So, setiap kali nk tangkap gambar tu memang ke posing betul-betulcoz tak nak bagi membazir filem. Dah cuci dapat la satu album dengan lembaram filem dalam plastik. Ingat tak? Ingat tak?

So, pendek kata hanya tokei kedai gambar aje yang ade kamera besar bagak ni kan. Kite yang rakyat jelata ni tak kenal pon kamera nikon ke, sony ke yang jenis dlsr ni kan. Jadi zaman dulu kalo nak kawen mesti panggil photographer kedai yang tangkap gambar. Paling-paling tak pun apek tua tu la yang jadi jurugambar mase wedding. Dulu pun takde la posing-posing bagai. Buat outdoor kat tempat2 yang mengancam ke. Sekarang ni kalo takde tempat yang bersejarah, tempat eksotik tepi tangga ke tepi longkang ke jadi la. Asal jurugambar tu kreatip. Dulu, amik gambar dalam studio dengan pakaian pengantin dah kire heboh sekampung la kan.

Pastu apek kedai gambar akan edit bagi bloom banyak siket kat muka bagi nampak muke cam suci giler la. Dengan harapan kalo cantik boleh la glamer siket kalo apek tu display gambar kat kedai dia dengan saiz foto sebesar-besar alam.

Tu dulu kan... Sekarang ni dah ramai yang terror guna camera besar tu. Siap pegi kedai pon bawak nikon la kan. Kot2 gula-gula dalam balang kat kaunter kedai nampak sangat artistik. Rugi la kalo tak amik gambar kan. hehehe...

Sekarang permintaan untuk wedding photografer ni sangat la tinggi. Setakat seribu tu ramai yang boleh bayar kan. Aku tak sampai tahap tu la.hehe.. Aku nak kawen bajet ala-ala je. Seribu tu masih mahal bagi aku. Sekarang ni kalo photographer yang buat freelance memang masyuk la kan. Katekan sekarang satu photoshoot puratanya dapat dalam seribu, kalo setiap weekend dapat job kurang2 dapat la 4000 sebulan tu..kalah la yang keje gomen tu kan. Cuma melabur untuk camera dan bakat menagkap gambar yang bukan semua orang ade. Kalo yang takde bakat tu bawak la dlsr ngan tripod kehulur-kehilir, gambar pon ala-ala je kan. Bakat and pemikiran artistik tu sangat la penting utk jadi photograper kan. Tak semua orang melihat tempurung ke, batu ke, kotak mancis dan lain-lain dengan sangat berseni kan. Orang macam aku yang takde bakat ni cuma mampu mengagumi hasil seni jurugambar. Bakat takde, kamera pon takde. Salute aje la..

Kire kehadiran ramai photographer persendirian sekarang ni memang memberi saingan yang hebat kepada apek kedai gambar sampai tak lena tidur.

Yang pasti aku memang suke tengok blog yang ada gambar bagus2. Sebab kat blog aku memang takde! :'(

p/s:: bes jugak bile pegi pantai tengok ramai yang gantung dlsr kat leher. tapi ade jugak yang nampak poyo. terpulang kepada cara dorang membawa camera masing2. kalo duk bajet macam ko sorang je ade dlsr memang menyampah la kan..hahahaha....

:: HidayahHilman ::

3 comments:

  1. dayah...1st follow lu blog aku. life and live..ok..adik laki ade la camera dslr nikon. nati kawin mu aku try adjust dgn die. die pon baru je blajo2 nk shoot pix ni. die ade gop la msuk bengkel dslr ni. so bole la. upah die muroh2 je..apa macam???..aku try..cuba jaya.

    ReplyDelete
  2. follow tu blog aku..sgt berbesor ati la kalu mu follow.hahahahaha

    ReplyDelete