Sunday, September 19, 2010

:: kembali ke jalan yang lurus selepas Aidilfitri ::

Dah seminggu cuti raya,,dah seminggu jugak tak de kemaskan blog ni. Kesian di tinggalkan begitu je. Nak buat camane dah sibuk dengan raya. Anyway mintak maaf kepada kawan-kawan yang saya tak sempat nak jumpa dan bertandang ke rumah korang time raya hari tu. Kadang-kadang dah plan but terpaksa ubah plan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Masih tak terlambat kan?

So, sekarang kena straighten up all the normal routines before Ramadan hari tu and back to what i call normal. Bukan la time puasa and raya aritu tak normal. Cuma 'tune' lari je siket. Sangat hectic kan. So, sekarang routine menjahit dah kena focus habis-habisan balik.

Mula-mula buat pengumuman siket, kepada yang dah tempah beg tu kan. Terutama yang berkaitan dengan fabrik Pink Flowery and Pink Stripe. Since before Raya, my lovely-a-lil-bit-kurus sister, Cik Bie pegi beli kain tu kat Nilai takde, kain2 tu terpaksa ditukar ke kain lain yang lebih kurang sama, kalo korang setuju sila bagi tau bleh saya proceed. Kao tak setuju bagitau jugak nak tukar dengan kain apa. OK..sila tengok Pics dibawah ok...


Amacam? Ada lebih kurang sama tak? Pink Flowery tu bunga dah kembang semangkuk siket. tak kecik macam sebelumnya. But I think boleh la kot ada siket persamaan kan...Sila update keputusan korang macam mana. Nak ke taknak. Sori lambat update kain ni. Sangat super-dupest-slowest la I ni kan.~~sendiri mengaku..

And then untuk pelanggan yang saya janji nak siapkan beg before raya and dan mungkir janji tu saya mohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki. Belah kanan badan ke belah kiri,,Sangat tak sempat. Terutama Kak Nanie, Fad, Sally dan lain-lain. Jangan marah no...nanti kena jual!

Anyway saya ada berita baik. Before Raya tu (2/3 hari sebelum raya) saya punya mesin jahit baru dah sampai. Yang saya order (beli secara installment) secara tergesa-gesa dan tak plan pun. Yelah pandai dorang promote mesin. Terpatah iman ku yang teguh selama ini menolak pujukan untuk membeli mesin baru. By the way, entry akan datang saya tunjuk wajah mesin tu ek. Mesin tu dah ada dekat umah sewa saya. Dah boleh menjahit all the time la. Tak payah tunggu weekend lagi dah. Pasni jarang la balik ke rumah Bunda..ampuni anakmu!! (^.^)

######

Mmm..Ingat lagi tak saya cakap nak update foto beg2 yang saya siapkan before raye aritu? Sekarang dah boleh update semalam baru siapkan editing all the pics. Enjoy ya!!

Mulakan dengan travelling bag milik Wahida. Bukan Wahida Wassini ya...Travelling bag ukuran lebar 20inci. Beg balik kampung ah ni kirenya. Luar, fabrik Bunga Kemboja. base dia kain plain hitam yang agak tebal dari jenis heavy velvet.


And then tote bag kaler merah hitam ni macam Yna punya haritu. Yang ini telah ditempah oleh Nazri untuk gewenya. Mungkin istrinya..aku pon tak pasti.haha..aku menci betol ngan lawak Nazri kirim sms hari raya. tup..tup.. last sms tulis daripada "Nazri & Isteri".. Aku dengan bendulnya ucapla selamat pengantin baru. Dalam hati tertanya2 bile dia kawin?? Konon la cakap kat aku buat kecil-kecilan la. Tak panggil membe2 la..dalam hati aku dah pikir dah, bulan puasa kot tanak buat besar-besaran tak pon kena tangkap basah kot dorang ni. hahaha...sekali aku kena tipu daaa.....nasib dah hantar bag before tuh. Kalo tak mau je aku cekik ko, Nazri!

Yang ini aku buat lain siket. Dia punya "lidah" kat depan aku potong siket serong. Bezakan dengan Yna punya. And depan ada felt tulisan "NURAIN". Dalam dia simple je. Ada satu poket kat luar. Buat bubuh henset.
And then aku punya Hobo Bag!! Yang aku dah siap pakai pegi ofis dan pegi raya dah pon. Masa siap tak sempat snap pic kat umah. So, mintak Mimi tolong snap kat opiz. Boss tarak, kita menyetan la. Dan aku dengan bangga-nya posing dengan bag baru. Nampak chubby siket tak saya? Sila jujur ok..



Dan sedikit gaya gediks ala Top Model ok!! Dan mulut jugak sedikit moncong!! Konon Angelina Jolie style la kan.. Note:: Muka gelap sebab saya edit ok =p ~~nak jugakk..

Pandangan close-up Hobo Bag. Kat tepi tu ada wooden rings yang biasa orang guna untuk curtain kat umah tu. Dan tali dia jenis simpul. (sorry tak de gambar yang elok untuk dikongsi).

And ini henpon casing milik kawan Kak Nanie (lupa nama dia masa tulis entry ni). Tak sempat nak bagi jugak before raye evendow dah siap awal2 lagi.

Ini pulak shoe bag 'milique' adik Sally. Sedikit panjang daripada biasa. Boleh muatkan sikat rambut jenis panjang,kalau ada. Boleh gak nak muatkan telekung sembahyang dengan sejadah tebal sekali. Bigger than normal size. Butang ade dua kaler, sepasang biru dan sepasang ungu.
Next is adik Yna punya handbag. Kaler hitam plain. Dengan hiasan poket depan kain Black Square yang ade siket ni je tinggal. Dah tak beli dah kain ni. Kurang sambutan. Hanya banyak lemparan. Dihiasi dengan wooden rings at the straps. Design ni dia yang bagi. Katanya amik dari belog sape entah. Tak pasti. Tapi jangan pulak nanti tuan punya design ni claim copyright infringement la hape la, ok. Tak nak tanggungjawab.

Dalam takde zip. just simple macam ni aje. Boleh muatkan buku skolah. Saya dah try!!
Lasbutnotlis, Shoe bag milik adik saya, Achik, yang buat last minute. nak letak mekap. Tapi abaikan gambar shoe bag. Sila fokus ke belakang. Tu la mesin jahit baru saya, yang kaler biru tuh. Mengancam tak?? Air liur saya tak meleleh lagi cuma poket je makin kering nanti setiap bulan owyeaahhh....

Oke la itu saja..

Eh jupp!! Chop chop!!

Semalam ada buat siket perubahan kat blog. Boring la tengok cam gitu je dari dulu. Ubah siket2. So, entry semalam yang bertajuk 'This is my kedai, so follow my rule' tu just saya buat link je. Sebelum ni ade kat tepi belah kanan blog. nampak cam semak kan? Sekarang saya ubahkan. So, sape yang baru nak order bag sila klik link dan baca dulu ok. Still nak buat sedikit perubahan but masih tengah berusaha. Saya sedikit buta IT ok..malas nak explore blogging technique yang canggih manggih ni. Tapi sangat jeles tengok org lain punya blog yang va-va-voom-meletopp!!

Last cerita, sekarang saya dalam proses nak menyiapkan online catalogue yang menampilkan koleksi bag daripada KedaiKecikSaya untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan. Tapi saya takde pakai Rozita Che Wan, Fazura mahupun Datin Norjuma dalam katalog saya nanti macam Avon punya tuh. huhu... Saya aje lah yang jadi modelnya, iya tak? ~~bajet cam HamisJalikha la ni ek..wakaka...

Pape hal nanti jumpa lagi..bye!

HidayahHilman

7 comments:

  1. hahaha...dayah...beg tu tuk kwn je..xde lebih dr tu..bkn isteri n bkn gewe..kwn tp da x mesra skunk...huhuhu..sori la psl msj raye dr Nazri & Isteri tu..hahaha...adoi..rmai sungguh trtipu...ak tgk mu da chubby skit..ak pon sama...bln pose da abes kn..bese la..ikhlas dr Nazri & Tuttut...

    ReplyDelete
  2. baiklah..dosa mu diampunkan...hahaha...
    ye ke chubby siket? rase macam banyak.takpe aku pasrah.

    ReplyDelete
  3. syukur...kamo sudi maafkn ku...time kasih...kite ni kne start la program mari mengempiskn perot..hahaha...ak pon nk trun gok ni..ak skunk dlm overweight level..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. ye ke...
    nazri,,dapat ak interview polis?

    weit dgr citer kebal eksiden?betul ke?

    ReplyDelete
  5. berat skunk ak 80 kg tu..ak tgk bmi punye line..ak dlm overweight..bkn obes lg ek..hehehe...
    iqbal lame doh eksiden..pic dlm fb tu time blajo dulu...
    mu dpt intrview polis ke?...ak dpt..bln dpn..
    berdebar2 rasenya hati...

    ReplyDelete
  6. aku mane de amik polis lorr...
    daa and ida je..dorang dapat gi teview gak bulan depan...
    good luck,buddy!!!

    ReplyDelete
  7. tq2...huhuhu...gud luck to all of us!

    ReplyDelete