Saya ada terbaca dalam Utusan harini dekat bahagian motivasi. Ade penulis column yang bagi sedikit tips untuk mengekalkan hubungan (suami isteri). walaupun saya bukan bertaraf seorang isteri lagi, tapi masih suka baca pasal tips rumahtangga. Ye lah sebagai persediaan untuk diri sendiri. Campur kutip2 sikit pengalaman daripada orang sekeliling yang pernah mengalami.
Antara tip yang saya sangat tertarik adalah mengenai panggilan. Maksudnya penggunaan perkataan "kita" memberi kesan yang mendalam kepada emosi suami isteri. Berbanding mengunakan "Kau" dan "Aku" untuk merujuk kepada sesuatu benda. Menunjukkan perkataan "kita" memberi maksud kekuatan ikatan antara suami isteri.
Cuba bayangkan situasi dibawah::
Isteri :: Kenapa abang tukar kereta tak bagitau saya?
Suami:: Sukati aku la duit aku! (atau dalam ayat yang lebih sopan kadang2, sukati abang la duit abang!)
Ayat yang sangat merajukkan hati sang isteri. Mana-mana isteri pon. Memang la suami yang berhempas pulas cari rezeki tapi jangan la menidakkan hak isteri. kan?
Jangan tak tau memang ada lelaki yang bertutur begitu. Mungkin sesetengah rumah tangga yang bahagia tak begitu. Namun tak la semua lelaki je yang salah. Ade jugak perempuan yang dah pandai lawan laki yek.. Contohnya yang kerja dan ade duit sendiri. bila suami marah sebab membeli barangan mahal yang tak disukai suami terus menjawab, pandai2 saya la tu kan duit gaji saya! Amboi, derhaka ya.
Yang biasa terjadi dalam masyarakat sekarang (dari pengalaman saya) penggunaan saya,awak,kita,kau,aku seiring dengan masa.
masa tengah bahagia :: saya, awak la
bila kawin dan masih bahagia :: kita la kan.. semua kite yang punya. kongsi la katekan
bila wujud orang ketiga :: terus kau aku..
mintak jauh...Aminnn...
-HidayahHilman-
No comments:
Post a Comment