Sunday, June 6, 2010

::budak setan..lagenda ke??::

Expectation aku dan petunang aku memang sangat tinggi terhadap movie ni. Ye la kan kami baca buku ni time sekolah menengah. time tu siap tunggu turn yang panjang nak baca buku ni. kadang2 ade je yang berani potong Q. tapi buku tu sape punya aku tak tau. main bace je. tapi tak beli pasal mahal. duit poket mana cukup time tu nak beli. cuma beli Katerina je. ye lah dah addict sangat.

Kesan buku tu terhadap aku ngan tunang aku? kami sangat terkesan dengan cerita tu sampai dia nak setia macam Kasyah. Sampai la sekarang. kitorang dah hampir 9 tahun bersama. tapi takde ah aku bajet lawa macam Ayu. Pendek kata..Dulu:: Lagenda Budak Setan= Lambang cinta sejati.

Sebab tu expectation kitorang sangat tinggi. tunang aku siap ugut kalo aku tanak gi tengok wayang tu, dia nak gi sorang. ye la kitorang duk kat Trg ni kena gi tgk wayang kat Kuantan paling dekat. dah sini TAKDE wayang..bengong betul. sangat tinggi harga Tiket wayang bg kami org TRG..campur minyak+makan+tiket dan jajan dah bleh average tiket wayang utk seorg adalah lebih kurang RM75. ye lah semua kos kene amik kire la kan. And, since semalam my frend Pejo buat kenduri kat Kuantan..kitorang ambik kesempatan pegi kenduri+tengok wayang. 2-in-1.

Member2 aku dah cakap yang movie tu tak best pon. Aku pelik la kan..How come citer tu tak best?
After dah duk dalam wayang hampir sejam ternyata kata-kata member aku benar. Poyo giler.. Aku tak rase pon aku tengok cite yang menjadi salah satu idola percintaan aku..cewahhh ayat tak bleh blah. Anyway, pertama kali aku rase macam aku nak keluar dari wayang!! membazir je.
Semalam:: Lagenda Budak Setan=Total failure..

Pada pandangan aku kenapa filem ni gagal(walaupun aku bukan pakar filem..ini pandangan org kampung je)::

1-Jalan cerita sangat longgar. Aku tak rase pon cinta sejati wujud antara Kasyah dan Ayu. macam cinta budak freshie dengan senior yang ala-ala cinta monyet..

2-Skrip yang poyo. nak-nak time Ayu dah tukar muka jadi Amelia. "aku nak pegi Australia. Petang ni"-tak agak2 buat keputusan ondaspot..mak aii..dengan skrip Fazura "macam mane awak boleh cintakan saya kalau awak cintakan lelaki" hahaha....sangat mengundang gelak dalam wayang.

3-Aku lebih banyak tengok lubang jerawat kat muka Farid Kamil berbanding hayati cerita. Perasan tak ade macam stu jerawat hitam kat pipi belah kanan dia? Sebabnya dorang shoot close-up hampir 80% of the story.

4-Aku rase pengarah dia sangat tak berbakat. kalo Kabir Bhatia yang buat citer ni mesti gempak..persoalan aku..pengarah dia bace ke buku Lagenda bUdak Setan??

5-yang ini baru bahagian satu..mesti ada part 2. ikut pandangan aku..part satu ni bina la karekter Kasyah dan Ayu dulu. takpe 2jam duk dalam wayang utk tengok kenakalan Kasyah, Sapi and the gang.nak tengok cinta sejati yang wujud antara Kasyah dan Ayu. konflik hidup Kasyah dan kawan2 dia yang komplikated dan sebagainya. ini tak mood cerita berubah setiap 5 minit. sangat singkat. macam tangkap muat.

6-bile part sedih,,Raja Farah dan lain2 dah kuar air mate meleleh-leleh..Lisa langsung takde airmata..hellow!!sape heroin ni?? pi la beli eye-mo ke ape..tak kreative langsung dan tak menghayati watak pon..

7- awal2 cerita sibuk Raja Farah nak kencing. Apesal sibuk nak kencing kat Layar perak?? sangat tak kreative di situ.

8-banyak lagi komen2 yang lain aku dah malas nak type..korang pikir la sendiri..

kesimpulannya:: memang konfirm tanak tengok Part2...

P/S::kalo tak tengok citer melayu dia kate tak menyokong filem melayu. padahal citer macam taik..

P/P/S::citer SHREK yang kitorang tengok after that lebih menghiburkan dan MATANG!! walaupun duk sebelah brader yang bau taik...

3 comments:

  1. giliran aku nk baca buku tu xpenah sampai...kui3

    ReplyDelete
  2. Memang pengarah Malaysia tak kreatif langsung, walaupun Ahmad Idham rasa filem dia bagus boleh pi sampai Filipina, sebenarnya tak baguih mana pun. PENGARAH KITA PERASAN LEBIHH!!!. Filem melayu memang saya tak tengok, memang boleh tau tak baguih tere mana pun, cuma publisiti dan iklan aje baguih! Saya kenal few pengarah, semua perasan terer aje, belajar lebih tak mau, tapi milionaire depa2 ni, heran betul! Kalau baguih, dah tentu satu dunia nak tengok filem dan drama kita macam drama Korea tu, kan? Bollywood pun ada depanyer style of attaction, iaitu gelek sakan and seksi2. Kita takkan takde formula sendiri nak buat cerita berkualiti?

    ReplyDelete
  3. ohh.. kenapa lah cerita lagenda cinta kesayangan ni tk dibuat elok2? Ku bygkan slot2 citernya best mcm Ada Apa Dengan Cinta! Adoii.. tk sempat nk tgk pon.. tp dh kalau gini baik tunggu kuar t.v je la. Kata akan ade drama Lagenda Budak setan arahan along kamarudin. Pembuat filem tolonglah visualkan kisah cinta ini sehebatnya! Aduh, sedih aku.

    ReplyDelete