Tuesday, December 21, 2010

:: Si belang dengan huruf F ::

3 comments:
Nak hupdate beg Yna. Yna dah bukan setakat regular customer, dia dah layak super-regular customer merangkap Customer of The Year!! Nah, nanti bleh datang umah amik award yer...

Beg ni cuma saya alter la serba sedikit bagi pakai baju baru. Meaning:: lining gunakan yang sedia ada dan dia punya ring tu amik beg Yna yang sebelum ni dah tak leh pakai. Nasib ade tukang jahit cam aku ekk,,,bleh la kurangkan sampah kat dumpsite MPKT, ye tak??


So, anyone yang ada barang-barang terpakai yang tak rela nak buang sebab sayang,,bleh call me,, kite bincang-bincang. Kadang-kadang ada barang yang kite agak "eh,boleh guna lagi nih" tapi tak tau nak guna bile kan...

So, ini la beg nya. Depan dia simple je. Takde pape eksesori pon..Rasenye nak kena tambah butang ni,, Bagi mengancam siket neh....


Belakang ade initial "F" sempena nama tuan punya. Fadzlina. Macam ni kot cara eja nama ko Yna.. Aku dah luper. Hentam sajelah.

Tetiba teringat "hentam sajalah untuk kau, hentam sajelah untuk aku.." haha

kat belakang ada poket berzip..
Dan dalam ni gunakan lining beg yang sedia ada. Lining yang masih elok boleh diguna semula dengan arti kata lain recycle. Fikir dulu sebelum buang!!


Tali dia special siket. Double layer. With recycled rings.. Hebat bukan? Hebat ke bukan? Korang nih....saje je....


Pesanan penaja untuk Yna:: bila nak sponsor "cuti-cuti Malaysia" saya??

P/s:: kalo takde Cuti-cuti Malaysia, honeymoon pon jadilah..kehkehkeh...

:: HidayahHilman ::

daaaaaaaaaa............

:: Green-ish Damia ::

No comments:
Akhirnya! Finally! berjaya jugak belajar buat ribbon kembang semangkuk. hahaha..
Dah boleh apply pada Damia diapers bag untuk Kak Ita.
Beg ni dah siap dengan mostly berkaler hijau. I believed sape-sapa yang suke hijau sangat damai orangnya. Sukakan ketenangan dan berfikir dengan tenang. tapi ade jugak yang kater orang yang suke hijau kuat cemburu. Betol ke?? Sendiri jawab ye... Tapi cemburu pon sayang jugak kan?

And the name is HUMAIRA...

And this is the big greenish ribbon just for Humaira and Kak Ita. Hopefully both of you will like it. But the name accidentally hidden behind the ribbon. "Sorry name!" said the ribbon innocently **wink wink.

Now let's see inside the bag. ada satu poket untuk letak stuffs. dan jugak untuk letak botol susu kat tepi.

#Do you like it?#
#Saya dah kehabisan botol susu nak enterframe skali#
So, sekarang dah boleh bawak beg ni jalan-jalan. Let's go,peeps!!

Eh, lupe plak...saya pon nak masuk blog ni jugak....hehehe..

P/s:: saya try google tutorial nak buat ribbon takde la. Mungkin semua orang pandai-pandai sendiri je kan... Sud I make one simple tutorial for this? U tell me....


:: HidayahHilman::

:: Episod Malas ::

No comments:
Tadi baru balik dating (dating lagi~~) plus neman femli makan kepsi sebab tadi dah makan nasi dengan Hilman. Makan nasi la malam ni sebab esok bajet nak ganti puase plus nak kurangkan makan. Lagipon kalo bebuka pose ganti takde rase nak melantak/menyetan dengan makanan sepenuh meja. Ala-ala kadar je. Nasi ngan telur dadar pon jalan.

Pastu rase macam sangat pelik la dah pukol doblas malam tak tido lagi. Biasenya pukol 10 daku dah melayari mimpi indah berselimutkan blanket tebal bajet duk oversea. Terasa macam nak update beg yang dah siap. Tapi apekan daya terasa malas sangat. Dan teringin nak bermalasan macam dia ni. (tengok bawah!)




Ya!! Dia tu la. Si kucing demok. Minum2 sambil tengok tv aje.

Yang jadi malas tu sebab semua pictures taken tak hedit lagi. Terpakse la nakbuat semuanya besok.

K la, Selamat malam semua.

Nak pegi gosok gigi and jadi monkey sebelum sleeping beauty. Eh, ofcos la beauty..takkan ugly kot....

daaaaa...............xoxo


:: HidayahHilman ::

Sunday, December 19, 2010

:: photographer ::

3 comments:
Tak tau nak bagi tajuk ape. So, sesape yang belum pegi tengok blog Mizuary yang mengancam, sila la pegi tengok sekarang. Tapi habiskan baca blog saya dulu yer..

Semalam saya janji nak bg tengok beg Mizuary. So, sekarang ni saya tunaikan janji. Beg dah siap packing tapi belum hantar lagi. Tunggu lampu hijau jer.

Ini contoh beg album yang dah siap. Sila enjoy pictures dibawah ye..



.



Yang ade tulisan website tu terletak kat belakang bag. Dalam beg just lining biasa je.

Mmm...cakap pasal photographer ni saya rasa kan, kerja sebagai photograper ni agak lumayan jugak sekarang ni kan. Kalo wedding photographer la. Ni pon pandangan saya je la. Betul ke tidak hanya photographer je yang tau..

Kalau zaman saya kecik-kecik dulu kiter duk pakai kamera yang ade filem kodak tu je kan. Kalau camera yang jenis murah dan jurugambar jenis parkinson memang gambar nampak kelabu bile dah cuci. Kena pulak gambar bertindih la. Memang tak syok la. Sakit hati pon ade. Kalo dulu proses nak masukkan kodak ke dalam kamera paling berhati-hati takut filem masuk angin la. Kembang la ape la. Kelakar giler. Pastu bile dah masukkan filem dalam camera akan ada bunyi macam ""zeerreeettt....." tanda dia tengah ejaz filem tu. Kalo posing tak jadi memang tak leh nak tekan butang delete la. So, setiap kali nk tangkap gambar tu memang ke posing betul-betulcoz tak nak bagi membazir filem. Dah cuci dapat la satu album dengan lembaram filem dalam plastik. Ingat tak? Ingat tak?

So, pendek kata hanya tokei kedai gambar aje yang ade kamera besar bagak ni kan. Kite yang rakyat jelata ni tak kenal pon kamera nikon ke, sony ke yang jenis dlsr ni kan. Jadi zaman dulu kalo nak kawen mesti panggil photographer kedai yang tangkap gambar. Paling-paling tak pun apek tua tu la yang jadi jurugambar mase wedding. Dulu pun takde la posing-posing bagai. Buat outdoor kat tempat2 yang mengancam ke. Sekarang ni kalo takde tempat yang bersejarah, tempat eksotik tepi tangga ke tepi longkang ke jadi la. Asal jurugambar tu kreatip. Dulu, amik gambar dalam studio dengan pakaian pengantin dah kire heboh sekampung la kan.

Pastu apek kedai gambar akan edit bagi bloom banyak siket kat muka bagi nampak muke cam suci giler la. Dengan harapan kalo cantik boleh la glamer siket kalo apek tu display gambar kat kedai dia dengan saiz foto sebesar-besar alam.

Tu dulu kan... Sekarang ni dah ramai yang terror guna camera besar tu. Siap pegi kedai pon bawak nikon la kan. Kot2 gula-gula dalam balang kat kaunter kedai nampak sangat artistik. Rugi la kalo tak amik gambar kan. hehehe...

Sekarang permintaan untuk wedding photografer ni sangat la tinggi. Setakat seribu tu ramai yang boleh bayar kan. Aku tak sampai tahap tu la.hehe.. Aku nak kawen bajet ala-ala je. Seribu tu masih mahal bagi aku. Sekarang ni kalo photographer yang buat freelance memang masyuk la kan. Katekan sekarang satu photoshoot puratanya dapat dalam seribu, kalo setiap weekend dapat job kurang2 dapat la 4000 sebulan tu..kalah la yang keje gomen tu kan. Cuma melabur untuk camera dan bakat menagkap gambar yang bukan semua orang ade. Kalo yang takde bakat tu bawak la dlsr ngan tripod kehulur-kehilir, gambar pon ala-ala je kan. Bakat and pemikiran artistik tu sangat la penting utk jadi photograper kan. Tak semua orang melihat tempurung ke, batu ke, kotak mancis dan lain-lain dengan sangat berseni kan. Orang macam aku yang takde bakat ni cuma mampu mengagumi hasil seni jurugambar. Bakat takde, kamera pon takde. Salute aje la..

Kire kehadiran ramai photographer persendirian sekarang ni memang memberi saingan yang hebat kepada apek kedai gambar sampai tak lena tidur.

Yang pasti aku memang suke tengok blog yang ada gambar bagus2. Sebab kat blog aku memang takde! :'(

p/s:: bes jugak bile pegi pantai tengok ramai yang gantung dlsr kat leher. tapi ade jugak yang nampak poyo. terpulang kepada cara dorang membawa camera masing2. kalo duk bajet macam ko sorang je ade dlsr memang menyampah la kan..hahahaha....

:: HidayahHilman ::

Saturday, December 18, 2010

:: Saya ada menda nak announce ni.. ::

3 comments:
Saya nak bagi tengok dulu saya punya beg yang saya buat after balik dari Kompo aritu.
First beg sling untuk lelaki ya. Yang ini kepunyaan kawan adik saya.
Design dia pelik siket sebab dia punya penutup bag tu sekali dengan body bag.
Just lipat kalo nak tutup bag.


Dekat strap kaler merah belang tu ada magnetic snap. Katenye nak lukis gambar gitar kat depan beg, since saya dah buat penutup macam ni susah siket la kan nak lukes2.



Bahagian dalam saya gunakan kain bercorak army jenis japanese cotton.


Dan jugak satu lagi boxed tote yang dah agak lama saya iklankan dekat tepi blog. Farah AJ, my old skoolmate nak hadiahkan kepada kawan dia. So, dia minta buatkan nama kawan dia tu (Malin Salleh) depan beg tu. Memandangkan nama tu agak panjang, saya decided untuk jahitkan nama pada kain felt. Sebabnya kalau saya nak buatkan tulisan blok satu-satu sangat la payah dan time consuming. Jadi lebih senang saya jahitkan saya nama dia. Bolehla kan....


Semalam saya dah siapkan beg tempahan Incik Mizuary, nanti saya upload dalam next entry (saje nak banyakkan entry). Kena buat entry khas la kan.. Baru gempak!!

So, berbalik kepada announcement saya tu, saya nak bagi tahu kamu, kamu dan kamu *tunjuk-tunjuk* semua dengan hati yang separuh sedih, mulai hari ini (18/12/2010) saya terpaksa tutup tempahan bag dan sebagainya buat sementara waktu sebab saya agak sibuk dengan persiapan perkahwinan saya.
Walaupun tarikh perkahwinan saya lambat lagi, bulan 3 tahun depan (jangan bimbang saya akan jemput kamu, kamu dan kamu *tunjuk lagi* nanti), saya kena siapkan banyak benda.

Antaranya saya nak kena jahit sendiri baju nikah saya dengan nak buat beading lagi kan. Harusla glamer....hehehe. Tambah dengan nak alter baju melayu Hilman, bukan nak besarkan, cuma nak alter bahagian leher baju aje. Plus nak kena siapkan banyak baju pasang sedondon untuk semua ahli keluarga. Ada la dalam 6 pasang baju kurung, 3 pasang baju melayu dewasa dan 4 pasang baju melayu kecik untuk anak2 buah.

Tu belum masuk lagi dengan persiapan2 lain. HIV test tak buat lagi. Borang tak isi lagi. Goodies pon ade yang nak buat sendiri muffin-muffinnya (kalau agak tak sempat kena tempahla kan). Hantaran pun kena buat sendiri. Buat apa nak upah orang kan?, buang duit aje plus kena la asah kreativiti sendiri kan. Bukan wedding anak raja pon.. Hantaran ada la 27 dulang nak kena siapkan, tu termasuk saya punya, Liza dan Zam punya dulang hantaran.

Belum lagi dengan nak jahit langsir rumah bahagian depan rumah yang tengah renovate tuh. Harap2 sempat la. Tapi takut jugak kalau tak sempat sebab sekarang ni kejap je masa berlalu. Jap-jap dah sebulan.

Memang la saya takkan buat semuanya sendiri, Mama akan bantu saya. Tapi kalo masa tu masih ade yang tempah bag dan sebagainya akan sedikit sesak la kepala saya nak kejar dateline beg kan. Jangan ingat journalist je ade dateline, seamstress pon ade dateline nak kena kejar. Takot nanti kalo tak terkejar jadi deadline pulak...mati den. Fullstop.

So, bila semua dah settle saya akan announce balik untuk kamoo (kamoo adalah jamak kepada kamu,kamu dan kamu..**definisi saya sendiri) buat tempahan beg dan sebagainya.

Jadi sekarang ini saya akan siapkan tempahan yang telah dibuat sebelum pengumuman ini dibuat. Iaitu::

-From Yna:: Sling bag kaler koko (plain brown) dan jugak handbag (red-and-brown stripes).

-From Hanayuribara Rose:: Keisha Bag (Blue-Yellow Stripes) **sila konfemkan balik

-From Kak Ita:: Damia diaper bag (Colourful flowery + plain green)

-From Puteri:: Pencil Case dan A3 Drawing Bag **sila konfem kain cepat2 tau!

-From Kak Fadhilah:: Damia diapers bag (Colourful flowery+plain pink)

-From Mimi Suriati:: Tote bag (kain sukati aku kan...? thehehehe...)

-From Sarah:: dua bijik Damia Diapers bag dan Sling clutch

-From Hasnida:: 5 helai kemeja womanwear..

Harap2 customer saya yang tertinggal nama diorang tu (kalau ada) sila call/text saya ye.. atau boleh komen kat entry ni aje. Dan nama yang tersenarai ni saya akan call kamoo kalau ada apa-apa masalah dan jugak kalau bag dan siap.

Saya rase tu aje kot untuk entry ni. If there is anything left, I'll let you know later. Right now I will end this entry and go help my Mama to cook. Well, have to equip myself with cooking skills, rite? Or Hilman and I will end up at restaurant every day nanti...huhu

Babai kamoo semua!!!
See you, have a great day.

:: HidayahHilman ::

Tuesday, December 14, 2010

:: Preview ::

No comments:
Nak preview dulu kain yang baru saya beli dekat Nilai itu hari. Tapi sikit je yang saya tambah dalam koleksi sebab tak banyak kain yang lawa2 dan takde sale sangat. Kain colourful flowery yang biasa saya beli tu pon takde dalam stok kedai. Saya ambik sikit yang ada dalam stok kakak saya. Terpaksalah saya hampakan beberapa customer yang nak kain tu.

Kain ni saya belum kasik nama lagi. Sekarang ni laptop saya takde dalam genggaman. So, proses editing gambar agak lambat sebab tak berapa selesa guna laptop orang lain.
Kalau sape2 yang berminat boleh mention kain2 baru kat bawah ni atau kain sedia ada kat sebelah kiri blog ni okey.







Ada beberapa beg yang belum saya edit. Tak cantik nak tunjuk secara raw kat dalam blog ni. Apa-apa pon,,nanti kita jumpa lagi ok...

Babai!!

:: HidayahHilman ::

Monday, December 6, 2010

:: Pinky Hobo ::

3 comments:
Beg ni saya siapkan pagi tadi. Untuk Rosliza sebab dia memang nak beg ni cepat. Sebelum saya ke KL selama 5 hari, baik saya siapkan beg ini dulu.. tapi masih banyak lagi tempahan yang belum disiapkan. Hopefully semuanya akan lebih terurus selepas ini.

I'm sure I don't have to explain much on this beautiful bag since I've been talking about Hobo bag quite a lot recently.

So, just enjoy the pictures!







Lotsa Love,

See u in a week..

:: HidayahHilman ::

:: Black Alphabet Hobo ::

2 comments:
Tadi baru je hantar kat Yna..

Beg ni dah siap lama. But lemmi define "lama".. ade la dalam 5 6 hari lepas.
Tapi sebab dah kehabisan wood ring, so, the bag ended-up in my box a little bit "lama".
So, cari punya cari. Tinjau punya tinjau. Takde kedai yang jual wood ring by itself. Yang ade, wood ring pakej dengan batang langsir tu. Err I mean curtain rail.
takkan nak beli skali dengan curtain rail tu kan..

So, I have decided to use steel ring instead of wood ring.
I have put 3 rings on each side in order to attach the body to the straps.
But I hope this is a temporary adjustment to hobo bag.
I'll use the wood ring or at least something like it right after I found it at reasonable price in any store. I mean "insanely" reasonable..

So, this is the ring I'm talking about. The ring trio..

Not bad,huh!!



A little addition, ade zip kat bag instead of guna magnet snap sahaja..securer kan?..err..I mean more secure.. ;p


The strap is a lil' bit long.. Since it's adjustable..so, not problem with any height.

Sneek peek on the inside..


Ikat jangan tak ikat..



So how?Whaddayasay?
Ok?
Menarik?
teruk?
Just tick... (*__^) wink wink!!

See U around guys!!
Err..I means girlssss....


:: HidayahHilman ::

Saturday, December 4, 2010

:: First order from Hasnida ::

2 comments:
Sekarang dah belajar buat kemeja lelaki dan perempuan daripada Mama. Tapi ada banyak improvement yang perlu dibuat terutamanya kena mahirkan diri dengan membuat pattern baju mengikut potongan badan. Tapi last week saya cuba buat kebaya sendiri, ikut potongan badan sendiri memang tak de masalah. Memang terletak pada badan bila dicuba. Sehari dah boleh siapkan sepasang kebaya. Bolehlakan for beginner like me.

Yang ini, kemeja yang saya siapkan untuk Hasnida. Potongan ni ikut baju sedia ada yang dia beli kat Voir. Ambil ukuran ikut baju sedia ada lebih senang berbanding ukur pada badan sebab tak payah pikir banyak-banyak. Tiru saja.

Untuk wanita yang ada potongan badan yang agak unik, payah siket nak cari baju yang sesuai di pasaran dengan harga yang berpatutan. Kalo yang cantik-cantik tu atas 50 la kan.. Kemeja yang saya hasilkan boleh anda dapat dengan harga yang berpatutan bergantung kepada kain. Kemeja Hasnida ni saya jual dengan harga RM45 sahaja tak termasuk kos penghantaran.

Kalau ada yang berminat nak saya buat dengan kain sendiri, boleh poskan kepada saya kain yang kamu suka beserta dengan contoh baju yang nak saya tiru. Boleh alter siket nak besarkan, kecikkan, panjangkan atau apa saja. Harga saya ambik mengikut kain tak lebih daripada RM30 ringgit.

Selepas ni saya boleh cuba rekaan lain untuk 5 pasang baju lagi yang ditempah oleh Hasnida jugak.. Harap2 dia suka. Tunggu selepas saya balik dari Kl minggu depan ok..

Okey,,sekarang boleh tengok kemeja Hasnida dengan dia sendiri yang jadi modelnya..



Ini pulak pandangan daripada belakang.
Untuk sesiapa yang kurus boleh ikat ketat tali di pinggang..



P/s:: Sekarang tak banyak product yang ada sebab kain dah banyak yang habis. Next week saya akan tambah lagi stok kain.. Sila tunggu.

P/s/s:: Kemaja yang saya buat untuk Hilman dah siap jugak. Tapi tak amik gambar lagi. Tak sempat la. Dia yang selalu takde masa. So, tunggu bila tiba masanya saya akan tunjukkan ye.

:: HidayahHilman ::

Wednesday, November 24, 2010

:: Travelling bag (Pattern by Julesco') ::

1 comment:
Ini travelling bag kepunyaan Sarah. My ex-rumet. Yang sangat sweet dan adorable. Banyak kain yag dia mintak dah takdak.. So, end-up dengan abstract black ni. Oke je kan..

Pattern bag ni saya amik daripada buku "Textile Handmade Bag" by Julesco'. Yang bahagian kuning dan poket oren tu saje je nak bagi naik seri siket. I add some colour to make the bag not so boring.



Ukuran beg ni 20"x10"x8" as requested by Sarah. Sangat sesuai untuk travel..


Bigger zipper to suit bigger bag.


Bahagian dalam saya gabungkan kain Pooh dengan plain oren yang sama dengan poket depan.
Kat dalam takde poket. Poket kan dah ada 3 kat luar. huhu



Do you like it?

Please vote below. Ala..bukan susah pon, tick je dalam kotak kecik tu...

P/s:: sekarang tengah siapkan tempahan kemeja dari Hasnida dan jugak try buat satu kemeja lelaki untuk Hilman.. saje je nak try betul tak pattern baju tu..

:: HidayahHilman ::