Tuesday, January 26, 2010

Casing untuk Samsung digital camera

No comments:

Baby yang suarakan pendapat untuk buat casing camera ni. Jadi selepas bincang nak guna fabrik mana, saya pun mulakan menjahit. Mula pukul 12malam sampai pukul 3pagi baru siap. Cara buat dia senang tapi kena teliti so that jahitan memang straight.

Ni gambar yang di ambil selepas siap sepenuhnya::


Saya jahit kan tali supaya senang nak attachkan camera dengan casing nanti tak hilang. Tutorial dia takde tali.


Tambahkan butang yang agak kontra warna dia dan nampak lebih menyerlah.

Untuk design macam ni harga dia RM12 sahaja (tak termasuk pos)....

Tote merah menyala

No comments:

Saya cuba pula menyiapkan tote bag merah yang saya matchingkan sendiri fabriknya. Tutorial saya dapat daripada Kak Bie. Tutorial tu ade kat studio dia,,so,, saya cuba lah nak tengok hasil macam mana.

Sangat saya suka sebab saya memang suka merah. Ni gambarnya..

Kalau nak tau, saya dah pun pakai bag ni bawak pegi jalan-jalan kat The Curve hari Sabtu lepas masa mencari buku Bag DIY kat Popular.

Lain rasanya pakai bag yang dibeli dengan bag yang dibuat sendiri. Kalau boleh tak mau lepas (hehehe...)

Ruangan dalamnya ada 1 poket berzip dan 2 ruangan poket (takde zip) yang diletak handphone (muat-muat sbb memang dan ukur saiz HP) dan letak lipstik.

Ruangan dalam bleh letak buku, purse, susu Rafiq (hehehe), ape lagi ek....banyak la..dah lupe dah.

Tote Bag ni dia banyak fashion dan saiz. So, sesapa yang ade request nak dimension berapa boleh lah bagitau.

Harga tote bag saiz ni RM25 tak termasuk kos penghantaran.

Mama dan Acik dah tempah nak Tote Bag yang macam ni..huhu...sabar yer..banyak tempahan tak siap lg ni..
P/S:: Kena upgrade studio foto saya...shegannyerrr...

Percubaan Pertama

No comments:
Gambar-gambar yang kat bawah ni adalah percubaan pertama saya untuk mengetest bakat menghasilkan beg yang dibuat sendiri-ly...Yang pertama saya cuba ialah::
Cluth berbunga rose ala Inggeris



Yang ini akan dijadikan hadiah daripada Kak Bie kepada Mama. Saya tukang jahit je sebab nak tau macam mana proses buat clutch. Okey lah.. agak simple kecuali kalau nak add pelbagai feature tamabahan macam magnetic clip, tali dan sebagainya.