Friday, December 7, 2012

Sabun dibilik mandi..sabun~~

No comments:
Tajuk tak boleh blah..

Let's go to the story mory.

Ada sekali tu saya pernah basuh baju kat somewhere. Lepas basuh baju dan segala tudung tu baru saya perasan yang sabun yang digunakan tu saya tak berapa berkenan sebab bau dia sangat kuat sampai menusuk-nusuk lobang hidong. Tapi saya tak check la sabun tu jenama apa. Sabun tu berbau..SABUN! Maksud saya bau sabun tu pure original sabun yang sangat sensitif bagi hidung saya. Bukannya bau floral, lemon dsb. Akibatnya, saya kena basuh balik tudung saya. Baju-baju saya tak kuasa nak basuh balik. Hadap je. Sebab nya kalau saya terus pakai tudung tu confirm saya akan selsema. Bila dah basuh balik tu baru boleh pakai.

.
.
Fast-forward.

.
.
Minggu lepas pegi Tesco shopping barang-barang rumah. Termasuk la sabun basuh. Masa duk pilih-pilih sabun, ade satu jenama ni Tesco tengah buat sale. Saya ni jenis tak ambik peduli sangat jenama sabun ni. Last time saya guna Bonux, OK. Breeze pon OK. Dah yang lain berat 2.5 kg harga melebihi 15 ringgit, tinggal la yang promosi ni 2.5 kg 10 ringgit lebih macam tu. Saya ambik la. Cheapskate? Agak arr.. Kebetulan pulak time tu Bonux tak ade. Ambik je la kan. Jimat pon jimat. Yang ni 'perisa' lemon.
.
.
Fast-forward lagi.
.
.
Sabun basuh yang berbaki kat rumah baru habis 2 hari lepas. Jadi hari ni saya buka sabun yang baru beli tu, pagi ni. Bila bukak je, bau sabun tu terus menusuk-nusuk hidung. Halamak!! Tau dah, saya dah terkena. Rupa-rupanya silap beli sabun yang saya tak suka bau dia tu. Tapi ape kan daya. Terpaksa la guna jugak. 2.5 kg nak saya habis kan dengan men-jeopardize-kan lobang hidung saya. Habis la rosak fungsi normal hidong saya untuk sebulan dua ni.

Kemain nak lari dari bau sabun busuk. Sabun pulak yang kejar saya. Adoyaii.. Tiba-tiba terasa yang aktiviti basuh membasuh baju sudah tidak menarik lagi. Nak lipat satu hal. Nak pakai baju nanti pon satu hal. 

Bau dia kuat, letak Comfort banyak-banyak pon tak hilang. Katanya perisa lemon. Tipu aje.
.
.
.
Sabun Ape? mm.. Daia!!!



Tetiba teringat ade course mate cina kat UKM dulu suka panggil aku "Daia..daia...". Ironik betol hidup ni.


Tata.

Saturday, December 1, 2012

Random #4

2 comments:

In b4, adik stay dengan kami. Jadi kena ajar sembahyang setiap waktu.

Lepas sembahyang Maghrib berjemaah tadi Adik ngan Abang nak baca Yasin. Aku plak baca quran. Sambung bacaan. Lepas diorang dh siap baca yasin, Adik bukak buku doa-doa.

Pastu adik tanya "Abang, 'mendatangi' tu mende?"

Ha! Tu dia. Aku sengih je.

Ape yang Abang dia jawab, malas nak citer la kan~~


Friday, November 30, 2012

I'm baby-sitting my baby sister!

No comments:

Ok, fine. Not so baby la...
Since dia paling bongsu dalam family, kire baby la jugak.
Last week kitorang balik Terengganu and happen to be sekarang ni school holiday. This little Shafiqa wanted to stay with us for the holiday. Actually she really wanted to visit Teluk Anson. Nak tengok Menara Condong tu. But, kami sekarang tak ada masa lagi nak ke Teluk Intan. Agak jauh daripada Seri Iskandar. Teluk Intan takde ape sangat yang best kot. Kalau setakat nak pergi tengok menara tu je, tak best la kan.
In-sya Allah kalau ada peluang balik dari KL nanti singgah jap kat Teluk Anson, kena ikut laluan Kuala Selangor, dekat siket.

So, Isnin lepas ajak adik gi sopping-sopping kat Jusco Pengkalan.

Here's the kid with her happy face!

Rockin' at Daiso!

New face of Fipper sandals. Eh, forgot. Fipper belom ade model kan?? Kan??

Dapat la sneakers ni seketol.


--------------------------xxx-------------------------


Ni time jenjalan dekat Marina Bay, Lumut.


-------------------------xxx-------------------------


Jalan-jalan bagi makan ikan kat Tasek UTP. Tasek UTP cantek ape.. Selalu masuk dalam list tempat wajib ber-foto time convo budak-budak UTP. huhu..




Ni ade kami bawak bekal video ikan-ikan yang "menggelegak" dalam tasek. Banyak giler kot. Aku suspek baru lepas musim mengawan ni. haha.. Meriah tasik ni, ikan-ikan ni dah banyak sangat aku tengok macam lintah pon ade gak. Eee...geli.




Weekend ni nak mengular ke mana?
Wait haa~~

Tata.