Monday, August 27, 2012

Salam Lebaran..

No comments:

Ramadhan lepas memang langsung tak update blog ni. Nak kate sibuk takde la sangat tapi boleh tahan la. Yang bab malas tu memang dah wajib la kan! Kalau tak malas mesti dah update 3 4 kali paling kurang. Lagi satu takde cerite yang best nak dikongsi.

Nak ucapkan Selamat Berpuasa pon hanya larat di FB je. Tak larat nak type di blog. Lagipon kalau yang puase penuh tu memang selamat la Ramadhan nya. Yang tak penuh tu alamatnya, Selamat Ganti Puase la ye.

Time Ramadhan aritu kepala stress dengan paper yang nak disiapkan. Walaupun dah hantar kat SV ingat nya dah boleh approve la untuk submit, skali kena ulang buat all over la pulak. Time cuti raye seminggu langsung tak tengok nak buat correction, ah, kuasserr la aku! Dah nama nya cuti, cuti ajela. Masa raye ni aje la nak berkumpul anak-beranak, kumpul cerita.. harap-harap tak kumpul dose skali la ye. huhu...

Ni lepas dah naik cuti raye, aku je sorang-sorang dalam workstation ni. Dah pukol 10 ni takde keje ape yang dibuat. haha... layan gambar raye orang lain kat FB dulu. Member-menber yang lain masih tak nampak muka. Agaknya on the way balik sini kot. Yela Sabtu Ahad memang jammed kan. So, Isnin jalan dah lengang seronok la siket nak bawak kete tak stress.

Yang penting raya tahun ni memang best. Walaupun tak sempat jalan semua rumah sedara-mara, tapi at least boleh jugak berkumpul ramai-ramai sebab ade 2 majlis penting.. Gambar-gambar yang ada dalam ni semua download balik di FB. Yang lain ade dalam hardisk kat rumah. Lupe nak bawak. Nanti upload lagi kat sini. Gambar raya rumah Mak pun xder dalam pendrive. Yang ada siket-siket masa raya rumah Mama.




Anyway tahniah untuk adik ipar, Noor yang dah selamat bertunang dengan spupu aku sendiri. huhu... Jadik jugak akhirnya kamu ber dua ni. Semoga cepat kahwen, Noor dan Jun.


Dan satu lagi, Selamat bertunang adik aku sendiri, Achik dengan Raziz (raya ke 5 lalu).. memang padat jadual raya aritu. Walaupun tak jemput semua sedara-mara (ramai sangat sedara-mara, huhu) yang penting majlis berjalan lancar.








Harap-harapnya dah bertunang tarikh sebelah-sebelah ni jangan la kahwin tarikh sebelah-sebelah jugak. Tak larat den nak cover dua belah pihak. Tapi kalau nak buat sekali bergabung dialu-alukan. Letih sekali je. Anyway tak sabar nak tunggu raye tahun depan plak.

Cuma satu je tak berapa best raya ni, tak de baby sendiri! huhu.. harap-harap raya tahun depan boleh la kendong baby sendiri. Ni asyik pegang baby orang je. Tak best la..
Doakan kami ye!

Kepada kawan-kawan yang tak sempat jumpa time time raya tu harap maaf la ye. lagipun raye ke 2 dah start demam, selsema dan batuk. Aku yang start semua virus tu, akibatnya habis satu family demam, selsema. Memang betul-betul Terbaekkkk Raya, lah!!

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

daripada, HIDAYAH & HILMAN

Untuk gang-gang UTP, moh kite raya same2 weekend ni. Datang le rumah. Biskut raye banyak aku tapaw dari kampung. huhu..

Daa..